Powered by Cincopa

...

Sunday, 12 February 2017

Kalau suka katakanlah

Assamualaikum..

Sambungan kepada entry sebelum ni, masih berkisah topik yang sama. ok umur aku tahun ni 28 tahun.. di ulangi, 28 tahun hokeyy. belum masuk 30 lagi.. haha ok la tu kn.. kalau aku cakap tahun lepas umur aku 27 kan rasa tua pulak walaupun hakikatnya memang p0nnn... Kembar aku dah kawin 4 tahun tak silap aku. Dah ada anak sorang. Ermm..

Aku pernah katakan pada sorang mamat ni yang selalu duk chat ngan aku.. sebab dia pernah la ajak aku jadi makwe dia. memang beriya sangat dia nak kawin. Nak ikut sunnah Nabi katanya kawin umur 25. Aku pernah la cakap2 aku kalau nak kawin pun tunggu lepas Eni ada anak.  Kenapa tau.. first aku tak boleh nak pikir pasal kawin sebelum ni sebab ada la masalah2 peribadi tu.. Then sebab Eni belum ada anak walaupun dah 3 tahun kawin. So bayangkan kalau aku kawin then aku ada anak dulu. Just better kte tunggu dia ada anak dulu.  Sambil aku teruskan hidup kais pagi makan pagi tu dulu.


Berbalik kepada orang yang disebutkan di atas, dia rasanya sama umur la kot ngan aku. Dia orang terengganu.  Kalau diikutkan dia ok je sebenarnya. walaupun aku selalu je dok marah dia.  Macam yang aku pernah cakap aku memang suka marah orang laki yang chat ngan aku.  Pada aku, biarlah orang kenal aku sebagai seorang yang keras hati.  Sebab kalau bajet ayu pun lama2 klu dah jadi singa kita xtau camane penerimaan orang tu. so kalau dia nak terkejut ke., baik dia terkejut awal2..hahaha

Tapi kalau aku marah orang yang chat ngan aku pun bukannya aku maki dia pun.. aku cuma berkeras hati je.. itu pun bila orang tu bagi emoji yang over atau pun bila orang tu panggil dengan panggilan yang tak sesuai bagi aku yang bukan makwe dia ni. jadi jika tidak menjaga batas tu aku tukar la jd raksasa.grrrr..


Lagi pun aku suka marah diorang sbb aku nak tau kalau dia betul serius boleh ke dia bertahan kena marah ngan aku.  Sebab ada yang bila aku berkeras hati tanak bagi no phone setelah dimintak berkali2 diorang akan sentap pastu block aku. jadi aku x kisah. Maknanya orang tu jenis yang agak memaksa. x sume benda yang kita nak kita leh dapat on da spot. tapi mamat yang aku ceritakan di atas ok dia x paksa walupun bertahun dia mintak.

Dan perlu mereka tahu walaupun aku suka marah tapi hakikatnya kalau depan2 aku bukanlah seorang yang suka marah. orang je yang suka marah aku. kalau depan2 aku diam seribu bahasa.. sama la macam bos aku or kawan opis aku marah aku diam je.

ok berbalik kepada citer mamat yang kat atas tu aku agak keberatan untuk kata ya sebab family dia jenis yang warak. family aku ni termasuk aku la bukan la nak kata sosial tapi kami biasa2 je. kami tak terlalu sosial tapi kami tak warak.  Means aku ni bukan la jenis yang pakai tudung setiap masa.  di luar memang bertudung tapi di kawasan rumah takde la sangat. Jadi nye untuk bergandingan tu kita xtau apa pandangan mereka pada kita. Memang terkadang aku rasa perlu pilih dia untuk dapat tegur mana yang kurang dan mudah sebagai rujukan.

Lagi pula aku suka dengan minat dia.  Dia minat ternak binatang dan bercucuk tanam sampai dia berenti keje ternak kambing.  Aku pun ada cita2 nak ternak binatang bagai tapi tu la xde tanah.. takkan nk guna tanah orang.

Dia x pandai masak sangat tapi dia cuba gak la nak masak singgang  bagai..  Bagi aku memang aku tak mencari orang laki yang hebat masak aku cuma nak laki yang suka makan, rajin masak atau pun at least tau masak.  sebab kalau dia hebat masak mau nye dia duk komplen aje ape yang aku masak. aku memang suka masak tapi aku x suka test rasa dia.. dalam erti kata lain masin ke tawar ke aku peduli ape makan jela. orang dah masak.

Dia bukanlah jenis yang cepat reply mesej. terkadang lambat nk reply.  tapi xleh nak cakap dia jugak sebab aku pun jenis yang lambat jugak.  Aku ni suka laki yang kelakar sebab aku suka gelak.  Aku sendiri pun suka wat lawak.  Tapi dia pulak xde la suka wat lawak sangat. Aku dalam setiap percakapan aku tu kalau boleh aku nak selitkan dengan unsur lawak. sebab aku tak suka serius. tu pasal la masa sekolah kawan aku gelar aku badut. sampai tengok muka aku pun depa nak gelak. tapi perbuatan tu memang buat aku tersinggung.sumpah,



Apa2 pun dia dah kawin dah pun. Isteri dia memang warak. pakai purdah lagi. sesuai la untuk dia.  much better than me, kitorang pn dah lama x chat walaupun ada je dalam media sosial tu tiap masa.

Saturday, 11 February 2017

suatu yang pernah

Assalamualaikum..

Rasanya baru je  aku update post baru setelah setahun x update.. ni dah macam terlebih rajin la pulak nak update lagi. hehe xde ape nak buat. keboringan di situ. bukak fb scroll up scroll down then scroll up lg.. sampai kau rasa citer yang terpampang kt news feed tu kau dah tengok bape kali. Tapi dah boring kan.. hadap jelah..

Time2 camni sambil layan lagu2 kat suria cinta ni aku nak cakap pasal cinta la.. Aku tak pandai nak cakap pasal ni sebab aku bukan la ada pengalaman bercinta pun. Errr iye la kalau ada pun sementara cuma and kitorang pun x pernah keluar sama. Cuma yang lucunya laki tu pun kembar  👬  Kitorang belajar poli sama lain kos. Dia lagi tua setahun.

Aku pernah la beli simcard UOpax ke ape orang panggil tu yang jimat tu dekat booth celcom kat poli. Tapi aku beli untuk kembar aku, Eni, yang laki tu ada lepak kat booth tu jugak. Dia sempat amik no yang aku beli tu tanpa aku perasan. So dia mesej Eni.. sebab dia sangka aku. Aku nak citer ni pun rasa lucu lagi walaupun dah lama sangat.



Bila dia mesej Eni and dia kata dia PUO mana la Eni kenal. Aku pun x kenal. At the same time dia ada jugak dapat no aku dari sape tah.. biasa la kat poli ke U ke kita x perasan tetibe no tepon kita terbang merata tanpa pengetahuan kann. Jadi apa yang lucu nya di situ dia boleh mesej ngan Eni yang disangkanya aku and at the same time dia mesej dengan aku yang dia sangka orang lain. Berbelit kan.. Eni time tu couple ngan sape pun aku tak tau. Ramai sangat,.  💑 💑 💑

Tah camane aku boleh ingat pulak dia pernah wat pertunjukan silat masa kat kamsis dulu2 walaupun yang buat pertunjukan silat tu ramai. bukan nak kata aku aim dia.. maybe sebab muka senang nak ingat kot. so bila lalu kat toilet laki kat jabatan kejuruteraan tu masa aku nak gi kelas, perasan la ada sorang kt sinki toilet tu lepas tu perasan macam dia. xkan nak undur cek pulak kan.. so nak tanya kat mesej ops tepon tertinggal kat dorm kamsis. memang dia pun.

Then dia mintak couple ngan aku. Aku x layan sangat. Tapi sebab aku rasa macam dia ok je kot so aku terima je tapi x pernah kuar sama pun. Saje mengelak. Then.. hanya sebab 1 gossip orang kata dia pegang tangan ex makwe dia kat cafe. Kalau ikutkan aku tak kisah pun tapi sikit2 rasa macam dipermainkan pulak. Bila aku tanya dia and mintak dia prove kan benda tu dia xde nak buat ape2.. diam je,. ok fine..

Walaupun dah xde ape kitorang still kawan biasa. still mesej. Pernah la duk menyembang lagi dekat pagar depan umah sewa.  Walaupun aku dah bape kali suruh dia balik.. Xde pasal nye nk borak lama2 kat depan umah.  Orang tengok kang. Selepas aku pun dia dah couple dengan a few girl. x kisah la sebab sebelum tu pun dia dah pernah couple putus couple putus. cuma tertanya jugak la cepat betul lelaki ganti. Pernah la dia suarakan untuk sambung dengan aku lepas aku sambung study kat U tapi aku menolak. ada la sebab2 yang perlu tolak..






Thursday, 9 February 2017

1 tahun pengalaman di Megan

Assalamualaikum

Selepas dekat setahun x belek benda ni baru la ni nk menulis balik.. tiada apa2 update terbaru yang boleh dikongsikan.  semua benda masih sama. jika ada perubahan pun sedikit cuma.. bersyukur la..

Kalau daripada posting yang sebelum ini yang pasti aku masih lagi di Megan Pasifika, Alhamdulillah.  Walaupun start dari aku masuk lagi dah berbelas orang kuar masuk.. bukan sebab aku tau.. tapi sebab ape.. mana aku tau.. biasa la kebanyakan staff yang berenti tidak lain sebabnya ialah bos mereka. ok itu saje la. hihi xnak cakap lebih.  ðŸ‘€

Pelik kan sebengap2 aku ni masih lagi kekal kat situ.. patutnya kalau yang sepesen aku ni dah lama dah kena sepak keluar.  1 jela.. sebab aku x buat drawing and aku bukan dari bidang ID. jadi aku xde la 'kena marah' sangat ngan bos2. walaupun pernah je kena.. heh kau pikir kau siapa, kau pikir kau raja , tak kena marah.. kena la.. eleh,, 😫

Teruk sangat ke kena marah tuu?? daripada permerhatian aku yang suka menyebok ni siapa saja boleh sentap time kena marah tu.  tambah-tambah lagi bila dia punya sound tu ala2 nak bedebat kat parlimen.  Time aku pulak biasa je kena marah.. Bukan marah tapi tegur. Tapi teguran yang menyentuh sensitiviti sampai rasa nak menitis ayaq mata 😢. iyelah dah apa yang aku buat tu x setaraf dengan freelancer lain yang jauh lebih hebat.. aku buat view salah.. aku x pandai photoshop bagai.. aku mengharapkan si wan saje.. bla bla bla..

walaupun nak je aku bangkang kata view tu atas persetujuan wan, apa yang diubah tu atas arahan dia sebelum ini yang dia sendiri pun x ingat.. photoshop aku dah tau buat dan kebanyakannya aku edit sendiri tanpa bantuan wan pun. tapi dia dah cakap based on pemerhatian dia so better we just keep silent 😶. hadam pelan2.  #sentap. Tapi sebab aku ni xsuka nangis depan orang kan, jadi memang control baik punye ayaq mata dari jatuh. malu la kalau orang tengok. aku ni kental pe.. hati besi. eleh.. 💪

Tapi sekarang ni aku dah belajar sketchup.. drawing yang basic, just sebagai backup. tapi kalau dia tanya aku tak ngaku aku kata aku x pandai je.





 





itu antara 3d yang aku pernah buat sepanjang keje kat cini la.  kalau autocad dan sketchup aku ada jugak belajar dari youtube tapi yela klu x paham bukan boleh tanya direct.. so sementara baru2 ni si shazwan sempat bekerja kat Megan walaupun hanya sebulan, tapi sempat la aku belajar dengan dia.. and dia dah berenti dah pun. ok lah sebab dia akan jawab and cuba explain setiap pertanyaan bodoh aku yang noob ni walaupun kekadang aku tanya benda sama berkali2 sebab x ingat.





Sunday, 1 May 2016

new job

Assalamualaikum

Lepas bersara dari keje first tu aku balik kampung jelah duk kampung jelah jaga anak jelah..  hari2 duk jaga budak 2 orang tu,. Dah la dua2 nye degil.. si abang xnak mengalah dengan adik.. si adik 2x5 degil.. dah kena bebel ngn tokmek diorang lagi kang.. aku nak apply keje pun x menyempat.. kalau ada company yang bagi task sebelum interview tu pun aku tak sempat nak buat..serabut pulak rasa.. dah la tunggu orang panggil interview x panggil2..call dari agen insurans pulak yang berlambak masuk..celcom la..cimb la..prudential la ape la.. buat orang kompius je.

Cuti sekolah bawak bebudak ni gi KL la macam biasa kat mak diorang.  Then aku dapat offer interview dari Mydin subang.. tempat Nadia keje..interview ok la tapi dia punye gap masa untuk dia reply samada dapat ke tak tu sangat lama. makan masa sebulan.

Then aku dapat la call dari Megan Pasifika. actually diorang dah call lama tapi itu la.. bila aku cek no tu kat internet kuar link yang macam ape tah aku tak paham so aku kategorikan dalam list2 insurans jugak la. Diorang call by handphone then aku pegi jelah interview kat sg,buloh. company ni buat construction. kilang. built-in specialist.. buat interior design.  Aku dah cakap aku sebelum ni buat modelling je.. rendering tu buat basic2 je. xtau sgt. autocad xtau. Tapi bos tu ok je. So bermula dari 14 Disember 2015 bermula la keje aku yang kedua di Megan Pasifika Sdn. Bhd. Awal2 tu agak selalu la kena ngan si Asyraf tu.,. Asyraf tu senior kat situ,. Bila dia suruh design bilik and aku buat jelah ikut suka aku then dia tgk ada jela yg tak kena,, siling tu kenapa macam tu.. wardrobe tu kenapa macam tu.. then dia suruh design ikut dia sketch kat kertas tu. Itu la cara nya kalau nak suruh aku buat dia akan sketch or bagitau nak kena buat macamana.  so makin lama aku boleh baiki la design tu.dari segi lighting or camera or design..

Dan banyak jugak la yang aku belajar. Benda2 yang tak pernah aku dengar yang diorang guna dalam construction macam laminate, skirting, cornice, wood grain, pelmet, macam2 la.. kat situ kalau tak ramai orang macam company lama kat atas ada la lebih kurang 10 orang..bawah ada la 3 orang. aku kat team ID. and aku satu2 nye pompuan. haa aku lupa diorang kat situ guna 3d max 2011.. aku jadi blur nak guna plus aku dah tinggal sebulan lebih benda alah tu. So keje tu jadi agak lambat la. aku kompem memang kena la jap lg.  memang bos panggil la. aku cakap aku tak biasa guna 2011.. aku akan abiasakan diri dalam minggu tu.. nasib baik aku boleh recall balik kat kepala hotak ni pasal 3d max. selain aku dan asyraf ada la si Heidi yang buat drawing. then masuk pulak si safwan ni dalam team ID. Actually wan ni ada twin gak.. so maknanya team ID ada 2 pasang kembar.

Aku dah bagitau aku ni bukan background ID.  So aku tak pandai sangat bab design.. aku boleh wat kalau ikut sketch diorang je. walaupun kitorang berbeza dalam erti kata lain si wan ngan asyraf tu lagi terror sebab diorang background ID., TAPI diorang taktau sangat bab modelling berbanding aku.  asyraf kata diorang tau mencantikkan je tak mahir sangat bab modelling. aku pulak bukan la mahir atau terror bab modelling tapi boleh la tau la jugak sikit2 skill2 yang aku belajar dari Ah Mao masa kat CKG, thanks to Ah mao.. haha.. so kalau wan ngn asyraf tak tau pasal modelling diorang akan tanya aku.. so dari situ kitorang share knowledge sesama sendiri la.. Bos Mr Eric ok saje dia pun bukan tau bab design.. dia tgk cantik je dia suka je.  tapi sekarang ni Mr Murphy masuk company ni sebagai ID director. so kena jugak la.. itu tak kena ini tak kena..ermm..

At first aku rasa dia ok je.. baru masuk tapi dia amik tau pasal semua projek yang ada..nampak dedikasi nye.. padan dengan experience berpuluh tahun. tapi makin lama makin takut pulak aku haha. Mr Murphy agak tegas.. dia nk design sekian sekian.. kalau depan aku dia tengok ok.. then bila wan nk edit dia kata kureng plk.. xpelah belajar la.. Che baru masuk sebulan.. asyik kena tembak so dia dah berenti keje lepas abis sebulan..err.. xpelah mr murphy tak bagi dia berenti pun dia yang nk berenti,xpelah.

**  Hope boleh stay lama lagi la..itu jela..

Saturday, 21 November 2015

berakhir sudah~

Assalamualaikum

Last aku wat entry blog ni 14 september.. x ada cerita untuk bulan oktober.. bulan penentu samada aku masih berada di CK Graphic atau tak. ermm..

29 oktober 2015- selama 1 tahun lima bulan aku bekerja di CK Graphic.. sejam sebelum habis waktu kerja Shingyi suruh aku kumpulkan dalam 1 folder  apa yang aku dah render sebab lepas ni dia akan meeting dengan Nan,Yandy dan boss untuk nilai kerja aku dan tentukan samada aku masih boleh kerja kat sini atau tak. tapi memandangkan aku takde la render banyak sangat pun just 2-3 perspektif  je yang aku render so dia suruh aku letak je mana2 perspektif lain yang diorang suruh aku fix.

So diorang meeting.kat luar tu je. Aku berharap diorang boleh terima kerja aku.  Ryan selalu pesan kat aku :
"don't stay until midnight..your rendering is getting better.."

Majid pun selalu cakap kat aku bila aku mintak tunjuk ajar dia., dia ajar dan dia kata " you can do it"

Bila ryan tengok Majid tolong aku render final Ryan tanya "this is final?" Majid cakap "yaa..why not..she's good.."

Bila Ryan tegur rendering yang aku buat tu a bit dark.. need to make the environment more lighter, aku kata dia salah dan aku betulkan ikut apa yang aku cakap, aku alih semula pokok yang aku letak dekat dengan camera tu.. dia kata kat majid "oh majid, see.. eti's getting better..". aku memang selalu tanya diorang ni selain dari tanya kat Ah Mao, Ka looi, Shem Yee..

Jadi aku berharap jugak walaupun maybe impossible.  Lepas boss meeting dengan team leader then diorang masuk tanpa sepatah kata.. boss balik. aku dah pusing kiri kanan kompius.  Aku perasan Ah Mao tanya kat Shingyi macamana tapi aku tak tau apa shingyi cakap. then diorang balik. Then Yandy dan Nan panggil aku meeting kat luar.  aku tengok kat meja tu ada surat aku baca tajuk dia "dismissal letter". Terkedu.

Yandy kata diorang nampak effort aku cuba buat rendering tu tapi boss kata x meet expectation, lagipun market sekarang tinggi. jadi tak boleh. aku tengok je kat surat tu. dia kata don't worry you can use this experience yang ada untuk cari kerja nanti..we still friend. Nan cakap aku boleh je tanya pendapat dia kalau aku ada wat rendering bila2. aku xtau nak cakap apa.aku nak nangis. aku just cakap "thanks for giving me chance even just for one month..its ok.." aku nampak diorang pun serba salah. tapi diorang bukan boss.xleh wat apa.

Yandy suruh majid take over projek yang aku sedang buat. diorang ni tanya aku macamana meeting tu. aku cuma geleng.. diorang nak tau jugak apa yang Yandy cakap tadi.. mata dah berair dah tapi aku senyum je. Majid tanya aku "Yandy want me to help you doing this for 1 month?" aku geleng.. '' no.. i'm not working here anymore.." aku cakap slow je memang aku x bajet dia dengar pun apa aku cakap. serious aku nak nangis kalau aku bukak mulut mmg aku nangis.tapi diorang paham aku dissmiss..aku tahan je tapi menitis jugak la air mata tu.Yandy masuk balik dia pujuk "it's ok la..jangan la nangis.." aku senyum je. aku just cakap "ye..".  lagi la aku nangis..

kan aku dh kata klu aku bukak mulut kang aku nangis.terus majid tak jadi tanya aku.. dia tengok pc.. sorry aku tak niat nak nangis kt ctu..ter.. actually aku nak suruh majid ajar aku render final.. jadi aku cakap kt dia "majid..i will come back.." aku pegi tandas..tak sampai ati nak nangis kat ctu.

Bila aku masuk balik majid tengah tunjuk kat asad apa yang aku dah render.. asad cakap "not bad..just here not reflact".. rupanya diorang ni dah tau pasal aku sebelum ni. Ryan yang cerita. sebab kata Ryan "we're friend". nak tergelak aku Ryan cakap "I will miss eti.." Majid sambung "me too.." aku sambung "me too..three..four.." hehe gelak lagi, aku kemas barang2 aku, diorang ni duk potpet2 kt situ x puas hati dengan boss sebab buang aku. diorang pun akan tukar kerja jugak nanti.. Ryan wat aksi kat Shem Yee nak campak monitor.. nak tergelak aku.. haha.. Shem Yee wat gaya kuat kat aku.. maksud nye "stay strong!" dia kan bisu,. aku biasa tunjuk je kat dia apa2 surat yang dapat.. surat bonus ke.. gaji ke.. surat berenti ke..  bukan dia nak bagitau semua orang pun.

Dalam dok kemas tu perasan ada 1 lagi biskut tinggal dalam balang aku.. Aku cakap kat majid " Majid.. still got one.." terus majid panggil Ryan.. Memandangkan Ryan selalu cilok makanan aku so biskut aku yang satu last dalam balang tu aku suruh dia habiskan. "Ryan..finish this..for the last time.." haha..

Majid, Ryan and ah mao

Shem yee.. sleep already

ygang seelah ah mao tu shingyi.. Nan xde dalam ni

ka looi..


Jadi itu la pengakhiran aku kerja kat situ. Xpelah nak buat macamana,  Aku dah cuba sedaya upaya aku. Boleh katakan hampir setiap hari aku balik lewat malam.. duk la ngadap komputer tu. kadang sorang2 kadang ada orang lain kadang ada Ryan tolong aku fix apa yang aku wat salah.. tapi kalau dia tolong beriya pulak.. itu salah ini salah.. orang nak balik dia pulak duk fix itu ini.. balik lewat jugak la aku. Maklum la aku kan tak laju macam orang lain. Kadang aku kategorikan aku ni sama macam orang sindrom down. mereka ni kan ada jumlah saraf otak sama dengan orang lain tapi kecik sikit jadi agak lambat. Sorry to say that I'm not a fast learner. Otak aku makin lama makin biol ada la bukan makin cerdik. makin banyak benda yang mengganggu otak sampai dah jadi serabut tah apa2. tambah kalau stress rasa banyak sangat benda bersarang kat otak.

Sikit lagi boleh sama level ngan orang gila. sekarang paham la orang yang sakit mental tu yang merayau-rayau, yang duk wad mental tu kan diorang tu maybe sebab terlampau stress dengan pelbagai masalah yang menghimpit mereka, mereka hadapi tekanan yang hebat jadi otak mereka jadi berserabut..otak mereka pikir tu pikir ni sampai taknak pikir pun ia pikir sendiri..jadi benyak benda yang ganggu otak, macam2 masalah berlegar2 kat otak.. terngiang2 kat telinga tu sampai hilang kewarasan otak tu,. itu yang diorang jadi tak tentu arah..bercakap sendiri..merayau kat tepi jalan.. maybe diorang pun dah jadi macam orang yang hilang ingatan.. kosong.. ikut jelah mana kaki melangkah.. kan.. tapi aku waras lagi la.. ni pandangan aku kat orang2 yang ada masalah mental tu je.

xpelah.. sekarang ni misi aku cari kerja.. bukan senang nak dapat kerja.. cuba lagi. ni antara perspektif aku yang x bape cantik tu.. memang la tak cantik itu pasal la diorang reject.. xpelah cuba lagi..

first task aku kena buat satu Ryan banyak ajar

angle confirmed


  
aku letak jela apa2..



orang bahagian photoshop edit jadi gini.. 
actually diorang dah fix balik yang ini lepas aku keluar. Ryan yang buat. 
yang penting better than this.

angle confirmed

not satisfied with this one.

rumah kos rendah.just simple.

 diorang dah edit ckit plus photoshop.






Wednesday, 14 October 2015

Stress!

Assalamualaikum..

Entry stress.. siapa pun kat dunia ni pasti pernah stress.. terutama sekali orang dewasa yang ada banyak tanggungjawab.. even budak kecik pun stress bila tak dapat apa yang dia mahu..

Lain orang lain caranya untuk hilangkan stress.  Kebanyakan orang memilih untuk makan bagi mengurangkan stress tu.  Ada yang memilih untuk bersendirian. Ada yang memilih untuk pergi berhibur.. kalau dalam tv wataknya pergi ke bukit2 atau tempat2 yang luas terbentang dan jerit sekuat hati.. tapi kalau kat umah yang ada ramai jiran jangan jerit nanti orang sebelah kata gila pulak..huhu

Aku? orang tengok aku stress ke tak.. kadang orang tengok aku tak stress sebab aku selamba je.. dah kena pecat selamba.. kena marah selamba.. kena kutuk selamba.. duit kena curi selamba.. sakit pun selamba.. sume nye selamba la.. orang tengok la.. sebab tu kawan2 aku selalu kata aku takde perasaan.. (actually aku paling tak suka dengan ayat takde perasaan tu.. tapi ada aku balas balik? xde.. kenapa? eh aku kan xde perasaan.. biar la.. aku kan keras hati.. hati batu.. hati kayu.. hati besi.. yang boleh memantulkan setiap apa yang jadi tanpa tinggal kesan pada hati tu.. Tapi tak selamanya..  apabila batu tu selalu dicurahkan air ia boleh menyebabkan lekukan.. sekeras kayu lama2 berlubang dimakan anai2.. seteguh besi lama2 pudar dan berkarat disimbah cahaya matahari dan air..

Kalau boleh aku tukarkan.. hati aku selembut kain.. tanah.. kapas.. span.. yang bisa menyerap segala apa yang jadi di sekeliling.. dan disimpan terus di hati tanpa mengeluarkannya kembali melalui titisan air mata. yaa memang aku jarang menangis di khalayak kecuali jika bersendirian.  orang hanya akan lihat aku diam.. senyum.. dan ketawa. itu sahaja..

Xde masalah? itu la.. bagi diri aku masalah aku banyak.. banyak sangat. cuma tidak ditunjuk.. setiap masalah tu buat aku stress.. aku simpan semuanya dalam hati.. ingin diselesaikan tapi tidak mampu. then bila masalah yang sedia ada ditambah dengan masalah2 baru maka terasa sangat kepadatan masalah2 tu di hati.. terasa seperti empangan yang hampir pecah. sakit bukan,.. menangislah.. kadang2 ia bisa menenangkan...... tapi bergantung kepada lokasi aku.. jika bersedirian.. mungkin.. jika di khalayak..tidak.. kiranya di jalanan.. tak payah cakap.. aku drive selajunya.. aku tekan pedal minyak tu seperti aku menekan masalah tu keluar dari otak aku..

Kadang masalah yang dihadapi sukar untuk diselesaikan.. kadang masalah tu hadir walaupun ditepis.. kadang aku mahu menyelesaikan masalah tapi aku tersepit dalam banyak keadaan. ok aku katakan antara masalah yang paling ringan aku kerap mengantuk dalam opis. Solution nya aku cuba tido awal tapi tak dapat walaupun sangat mengantuk.. terhimpit dengan perkara lain.. then bila aku dapat tido awal actually itu membuatkan aku lebih mengantuk dalam opis. Aku kena minum nescafe tapi nescafe tak bagus minum hari2.. ada kafein.. boleh menyebabkan salur darah tersumbat, angin dan sebagainya. jadi solution nya di mana. makan gula2 tiap masa.. nama pun gula.. tapi sekarang bila dah kena warning aku minum saja nescafe hampir setiap hari..tiap masa aku makan gula2..

Dalam sentengah keadaan suatu perkara tu amat mudah bagi orang lain tapi amat sukar untuk aku.  Aku kena buat tapi sangat sukar dan menyakitkan dan memakan masa. dan at the end ia tidak menjadi. kemudian datang yang lain..juga perlu diselesaikan tapi terpaksa ditunda dalam kesuntukan masa.. then bila ingin diselesaikan ada pula gangguan yang lain. Hasilnya tiada.. yang ada hanyalah kepenatan dan kesakitan, sedang yang terbengkalai perlu diselesaikan juga..

Masalah lain.. nathing to be shared,. sometimes x semua benda kita boleh berkongsi.. yaa walaupun blog ni bukan la blog yang ramai followers.. aku je yang tengok tapi ia tetap boleh diakses oleh public dan aku tak menyekat blog ni dari dibaca oleh sesiapa pun.  orang kata sesetengah perkara je kita boleh share dengan orang setengah lagi kita simpan sampai mati. setengah masalah orang tak dapat tolong.. Allah je boleh tolong..

Hati ni kecik je.. kat situ la aku simpan semua masalah.. kat situ la aku menangis.. kat situ la aku pujuk diri untuk sabar. kat situ la aku cuba happy kan diri, segalanya di situ.. kepenatan.. kebimbangan.. kegembiraan.. kesunyian..

Andai dapat kupejam mata bermimpi dapat kembali ke masa lalu.. aku rindu..
aku takkan mahu sedar dari tidurku..
sungguh aku penat.......