Powered by Cincopa

...

Sunday 6 May 2018

nothing~

Assalamualaikum

Bila rasa nak tulis blog macam takde masa.. Bila ada masa macam kemalasan nak menaip tulis blog tu pulak..tetiba je jadi xde idea nak menulis.. tah pape..

kalau aku tulis blog pun actually aku pusing2 cakap benda sama je kan.. sebelum ni aku dah cakap dah kali ni aku cakap lagi.. tapi sebenarnya bukan aku kisah dan bukan sape kisah pun aku cakap benda sama.. sebab aku bukan tulis artikel kemasyarakatan untuk bacaan semua orang pun.. aku jugak yang baca nye pun.  ataupun sesape yang tersinggah secara tak sengaja kat blog ni. dan terbaca.. haa ingat ada orang nak baca blog senget ni suka2? orang senget je leh terima blog orang senget ni.. kalau orang skema x dapek den nak nolong.

Pernah tak korang rasa diri korang tak berguna..rasa diri korang loser..?? kalau aku terus terang aku cakap ada je.. tapi cakap kat diri sendiri la xde la cakap macam penyampai radio. heh. ape yang buat aku rasa macam loser tu? yela aku ni sometimes buat keje xleh la nk laju macam orang lain.. orang kata bukan seorang yang fast learner.. kalau nak pahamkan sesuatu tu kena slow2. tambah pulak kalau keje tu nak rushing then boss duk tunggu kat belakang..memang jadi x keruan la diknon.. pastu boss kau kata la kau ni mula la nak gelabah..slow la ape la.. kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain yang boleh buat keje cepat..boleh mudah paham..



Then aku rasa loser bila x dapat nk sempurnakan sesuatu tu macam orang lain. walhal benda tu mudah saje tapi bagi aku susah nye benda tu nak diselesaikan. dan kalau selesai pun hakikatnya ia x sempurna langsung, sekadar menyelesaikan tanggungjawab sahaja.  sebab nanti2 pun ia tetap susah nak jadi sempurna. apa yang ekau dapat..penat saje bila buat benda sama berkali2..tapi kena buat jugak. Hanya setengah orang sahaja yang paham apa yang aku tulis ni and apa yang aku maksudkan.. boleh dikatakan dalam dunia hanya sekelompok sahaja.  itu pun sebab diorang pun sama macam aku.. yang tak paham x payah la paham.  at the end u just gonna said this is ridiculous. eh.. memang rasa loser di situ. loser bila jadi alien.  Jika kita diberikan peluang untuk buat permintaan aku hanya nak masa lalu aku.


Xpelah kat dunia ni Allah uji semua orang.. tiap orang ada bahagian masing2. orang ni diuji begini orang tu diuji begitu. kita jangan pandang apa yang x betul pada orang lain tu sebagai salah dia sebaliknya pnadang ia sebagai ujian untuk dia. Itu bahagian dia, sebagai contoh la macam kakak aku. anak dia ada tahun2 yang datang problem tanak pegi sekolah. kakak aku sorang lagi pulak bebel bila anak sedara aku tu tak pegi sekolah. bebel bila mama dia macam xbalik duk kg je jaga anak dia.  tak pegi sekolah tu salah budak tu sendiri. mama nye pun dalam dilema jugak,. itu bahagian dia. Anak orang lain maybe senang pegi sekolah xyah berkeras.sebab Allah senangkan bab tu..bab lain belum tahu ujian macamana. betul ke pandangan aku ni.



Tahun ni aku dah 29 tahun. still x kawin.. bukan tanak kawin..tapi takde yang ok.. bukan memilih.. tapi setiap orang berhak memilih yang terbaik sebagai pemimpin mereka.. kuasa mengundi di tangan anda..marilah kita mengundi..jom kita mengundi..jom..jom..kita mengundi..
Alamak kompius sudah mood bertukar2 haha.. ok la ok la.. disebabkan aku rasa macam nak kawin sebelum 30 tapi dah nak dekat 30..actually aku terima jela sape yang boleh terima aku..tapi tu pun kalau aku berkenan la.



Aku kalau boleh nak lelaki yang kelakar. itu yang penting. sebab aku kan suka gelak. tanak la yang skema. 24 jam serius. tensen tau dak.. tak kaya sangat xpa cukup setakat dia ada kerja. jangan kedekut,. walaupun tak berduit tapi jangan kedekut sangat, aku kalau boleh bila kedekut bak angg aku reject sebab dari situ boleh tengok samada dia akan berkira atau x kalau beli something kat ahli keluarga kau seksok. atau dah beli pastu nak mengungkit.. nak bersedekah kedekut..  then hantaran aku takde nak mintak puluhan ribu pun kan walaupun orang sekarang nilai hantaran dari segi pelajaran. sebab aku ni takde la pandai sangat kan.. loser pulak tu.. then aku pun tau bukan senang nak kumpul duit. aku respek laki yang boleh kumpul duit beribu2 semata2 nak kawin.. sebab aku sendiri pun susah nak kumpul duit.. xde duit nak dikumpul..

Dah aku takde benda nak diceritakan lagi la..sudah2 la..babai.


Sunday 7 January 2018

Pegakhiran tahun 2018 bagi megan~~

Assalamualaikum..

Macam yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ni kan boss aku selalu marah aku.. kejap2 nak marah..kejap2 nak marah.. tak jawab kena marah., jawab pn kena marah., tanya kena marah.,x tanya pun kena marah..pokok nya marah la....

Lepas tu kan...kan... masuk la lagi staf-staf baru untuk bahagian site, IT and tak lupa juga bahagian ID. Jadi untuk bahagian ID ni ada la si Melissa dengan si Faiez.. Melissa sebagai ID faiez pulak sebagai 3D visualizer.. macam aku la.. cuma dia bagus dari aku sikit la kot sebab dia dah lama kerja and dia tahu autocad.. tu yang advance nye dia.. aku ni kalau tau autocad baru la senang sikit nak cari kerja lain.. eh tapi aku tau la jugak bukan xtau langsung.. cuma kira aku ni budak tadika la..



Nak dijadikan cerita pada awalnya memang boss aku tu biasa saja.. tapi memang kalau dia x suka ngan idea bebudak ID ni dia cakap je. dan kadang2 dia cakap 'B' walaupun semalam dia cakap 'A'.. Itu perkara biasa bagi aku,wan, ngan sophie yang dah lama duk bawah dia.  TAPI.. melissa ni tegas ckit.. dia dah cakap kt kitorang kalau murphy tak suka ngan idea tu walaupun tak ada salahnya dgn idea tu memang dia akan bangkang balik..

Makanya... pada suatu hari.. sang kancil pun mencari idea untuk menipu buaya.. eh hihihi..  pertandingan bercerita sangatt.. murphy pun panggil melissa untuk  discuss pasal projek hotel Summit yang dekat Subang tu. bila murphy x setuju dengan design yang melissa buat dia cakap la.. bila dia cakap je xpe la kot cuma maybe sebab dia ada menyebut something yang x patut disebut makanya aku dengar la melissa sebut "if u think that i'm not suit to work here then let me go la!.." terus aku toleh ke arah bilik murphy yang sebelah aku je tu. pastu pandang ngan ekor mata jela xkan nak toleh tengok je kan..menyebok pulak..

Jadi dan2 la murphy mintak maaf ngan melissa.. u know murphy xkan lepaskan melissa coz melissa ada experience..dia senior.. maka bermula dari itu la aku tengok murphy ni macam lain macam haha,, every time dia x setuju dengan idea ID dia akan cakap berlapik sikit.. what can i say cara nye seperti nampak berhati2.. lepas tu tiap masa nak gelak je,. klu dulu dia stress buat kerja ada masanya nampak seperti dia mengamuk sorang2 dalam bilik dia tapi xde la sampai campak2 barang,, tapi skang ni ada bunyi jugak tapi bunyi happy.. siap keje dia tu pun dia happy..


Bagus tu memang la bagus..ada perubahan nya.. aku cakap kt melissa ngan faiez.. murphy ni dh lain dh Mel.. sejak u sound dia aritu dia dh nampak ok.. mungkin selepas kena sound tu saluran akupuntur dia dah terbukak..klu tidak... oooo... pastu faiez pulak menyokong apa yang aku cakap..betul Mel.. dulu asal dia cakap ngan eti je nak marah,,. alamak.. aku ingat aku sorang je perasan dia selalu marah aku,, klu dah faiez pun cakap macam tu nampak nye memang jelas la kat mata orang lain aku selalu kena marah,. hihi.. tapi dia punya suka gelak tu sampai aku rasa dia dah macam tak betul hahaha.. xpelah biarlah dia..

So untuk pengakhiran 2017 ni Rizz sebagai otai dalam megan tu yang mana dah bekerja selama 5 tahun atau dalam bahasa lain sudah 5 tahun bertahan dalam tu..haa akhirnya dia pun dah bertukar kerja,.pergi meninggalkan Megan. Farah pun dah pergi dari Megan setelah 3 bulan di situ. Jujur  aku katakan nasib baik masih ada kak ekin sebagai otai kat situ. andai kata kak ekin pun keluar dari megan seolah seperti kami tiada kakak yang bertindak menjaga adik2nya.

Dan kalau ditanya bila pulak aku akan keluar dari situ..jawapannya selagi masih ada kak ekin..ada wan dan sophie.. atau pun..bila aku dah nak kawin..aku berenti la..haha.. jadi dari statistik yang telah aku buat selama 2 tahun keberadaan ak kt megan tu aku kira dari januari  2016 sehingga disember 2017 la..lebih kurang 28 orang telah masuk dan pergi dari megan..omg..

Untuk masa sekarang masih berbaki 10 orang staff kat situ tidak termasuk incik2 boss.. sume masih biasa..suka ngumpat boss haha.. yang paling berdrama  kalau bab citer pasal boss time masuk opis tu melissa la. kalau sophie xde dia akan bawak bekal dia xkan kuar makan dengan murphy. pastu faiez tukang tokok tambah sebab diorang je yg paling awal smpai opis. faiez ni orang klate jugak sebab tu aku potpet2 ngan dia kot loghat kitorang je. tapi dia dah lama x duk klate dia kawin orang cini mak ayah dia pulak dah duk perak.




Tapi tu la aku lagi senang cakap ngan faiez sbb ktorang sama negeri cakap loghat sendiri la. Ngan wan xde la nk potpet2 sangat walaupun ok je. sebenarnya ok je cuma aku ni tak cakap ngan orang yang lebih kurang sebaya aku ni dengan bahasakan 'aku'.. kalau orang tu lagi tua memang la ku bahasakan saya. tapi bila dah orang tu start bahasakan dirinya 'aku'..'ko'.. jadi aku pun xtau nak bahasakan diri macamana,. tu yang aku jarang cakap..kalau cakap pun straight je xde nk bahasakan diri ape,.kalau faiez tu ore klate aku bhsakan 'kito' la..no hal.. mcm wan tu dia bahasakan 'aku'..'ko'.. jadi aku mcm jarang nk communicate. plus dia tu klu mcm faiez buat lambat ckit dia xde nak marah pun..klu aku wat lambat kang perli aku la dh setahun buat x siap lagi.. kalau cakap ngan sophie ngan melissa ngan orang lain bahasakan nama.. kalau cakap dengan aku ni nk suh dia bahasakan nama?? lambattt lagi...hahaha..dah macam gaya sherry.. ko tunggu tengok kalau ada pompuan cantik yang sebaya dia masuk kje kt ctu kan ape dia nak bahasakan diri nanti.. hahaha aduss macam nk tengok maharaja lawak pulak ni...kakaka

oklah malas la nak tulis panjang2..walaupun dah panjang.. sebab nanti nk tulis lagi..hhaaha..chow..assalamualaikum..