Cerita terbaru buat masa ni tak ada yang baru.. sebulan selepas denggi aku dah sihat walafiat dah. denggi tak ambik masa lama untuk sembuh. paling koman masuk wad 3 hari sihat la, tidak termasuk 3,4 hari sebelum masuk wad sebab hasil ujian darah biasanya adalah negatif bila test dibuat kurang dari 3 hari.. sampailah hari2 berikutnya ia jadi positif bila mana nilai platlet tu makin turun..turun..kurang dari 100 sebab apa? sebab virus denggi ni makan platelet kita haa. ape la mkn platlet.. makan la nasik ke ape ke.. mcm aku platelet 84.. pegi OPD kat HKL masuk air naik cikit jadi 90.. tapi still kena tahan wad la.. paling rendah platelet aku pun dia turun sampai 50 hari ke2 dalam wad.. then naik balik la.. setengah orang turun terus menerus.. platlet kita yang normal biasanya around 150-410.
Nyamuk AEDES
Pokoknya kena minum banyak air.. pokok memang la kena siram dia x minum pakai gelas.. haha ..setengah orang ikut petua minum air daun betik untuk naikkan platlet.. aku x la.. macam x sanggup je.. pahit tuu. setengah orang minum air 100plus. dan aku pun xkan minum air ni sebab aku memang x minum 100plus.. rasanya agak pelik pada aku. dan doktor pun x bagi patient minum air tu.. alhamdulillah.. haha.. lagi pun minum air gas tu berbotol2 pastu duk baring je pun.. gula banyak tu.. ahli sukan xpelah diorang minum diorang main sukan gula tu ditukarkan kepada tenaga.. yang duk baring tu tukar gula kepada kencing manis pulak karang.. so aku just minum air masak.. air tembikai.. dan air sup ketam.. haha xleh blah orang lain hirup pakai sudu sup ketam tu, aku minum pakai gelas kot.. kau hado?? bukan ape.. sudu xde kot.. mangkuk takde.. gelas saje yang ada.. bedal saje la.. pure punya sup ketam cina buat.. rasa sangat ketamnya baru angkat dari kolam.. atau paya barangkali?? haha
mana satu yang anda amalkan?
Platlet tu ape sebenarnya? ok murid-murid platelet tu pentingnya untuk pembekuan darah.. macam kalau tangan kena pisau ke kan.. berdarah.. kalau xde platelet darah tu xkan berhenti mengalir.. maunye habis darah mati kang. sebab tu la dalam kes denggi ada masalah gigi gusi berdarah.. tapi kalau nilai platlet terlebih tinggi dari yang normal pun x boleh jugak sebab kemungkinan salur darah ke otak tu akan tersumbat dan menyebabkan stroke.. ok kalau kena denggi sila kenalpasti simptom2 nye then buat test darah.. kalau lambat dan x ambil tindakan langsung takutnya nilai platlet tu turun ke paras yang sangat rendah.. kat wad aku duk aritu akak tu hari ke3 platlet dia 14.. rendah tu.. ada aku baca pengalaman orang lain yang platlet nya 8.. what?? bayangkan platlet ni dalam 410 tu tggal kurang daripada 10 je kedek-kedek dalam tu.. tu kira parah dah tu.. kalau sampai platlet nye 5 ke bawah dah bleh cop denggi berdarah kot.. bahaya.. cikgu sekolah aku dulu meninggal kes denggi berdarah.. Din Beramboi meninggal kes sama. kena denggi berdarah ni bila2 masa boleh berlaku renjatan/sawan dan membawa maut.
Tapi kan.. kadang2 kematian dalam kes denggi ni bukanlah bergantung kepada kiraan platlet tu.. tak jugak.. kena tengok pada keadaan pesakit bukan sahaja pada bilangan platlet. ada yang platlet sangat rendah tapi cepat dapatkan rawatan dan dimasukkan cecair intravena dah boleh sembuh.. dalam masa 3 ke 4 hari platlet naik ke paras normal semula .. penting juga memantau penghidratan pesakit supaya air dalam badan mencukupi . Kalau dah kena denggi kurang pulak minum air so kuantiti air kencing pun kurang darah pun jadi pekat maka organ2 penting seperti hati, buah pinggang dan sebagainya tu akan hilang fungsi.. minumlah air daun betik sepohon sekalipun xtau la boleh survive ke tak.. Ada yang platlet maintain banyak tapi last nye innalillahiwainnailaihirojiun.
Pendapat daripada Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman yang dipetik dari SINI mengatakan kematian bagi pesakit denggi sebenarnya adalah berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung. diulangi.. KEBOCORAN PLASMA.. bukan kerana platlet darah yang rendah. Nak tau simptom kebocoran plasma ialah sakit seluruh badan, loya, sesak nafas, muntah, gusi berdarah dan tidak bermaya. Doktor/nurse akan sentiasa memantau pesakit supaya gejala pendarahan dan sawan dapat dikesan awal. Demam panas perlu dikawal tak kira la suruh pesakit tu pegi mandi ke bagi ubat ke lapkan badan dengan air ke.. Pemberian aliran intravena juga perlu sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana itu menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Macam berbelit kan aku cakap.. ni la gayanya bila kita baca dari banyak sumber so penulisan aku pn jadi kelibut macam aku gak la.. bukan ape takut bagi info salah.
Jom usha jenis and simptom denggi ni..
1) Demam denggi klasikal (denggi biasa)
- Demam (setengah orang demamnya kejap ada kejap takde pastu ada balik) selama 2-7 hari
- Timbul ruam / bintik merah pada anggota badan
- sakit kepala
- sakit otot/ sakit sendi
- sakit belakang mata
2) Demam denggi berdarah
*simptom nya sama macam demam denggi klasikal diikuti tahap yang lebih teruk seperti :-
- Gigi dan gusi berdarah
- tekanan darah rendah
- ruam pada anggota badan
- najis berwarna hitam (sebab darah telah bercampur dengan najis)
- sawan dan tidak sedarkan diri
1) Demam sangat panas
2) Pendarahan
- Pendarahan gigi dan gusi atau dan hidung
- Bintik merah di bawah kulit
- Darah dalam najis (najis berwarna hitam)
- Kencing berdarah
- Haid berlebihan
3) Pembesaran hati
- Terjadi di awal penyakit
- Hati membesar 2 ke 4 cm di bawah rusuk kanan
4) Kegagalan sistem peredaran darah
- Kesejukan
- Kulit kebiruan
- Peningkatan kadar nadi
- Resah dan lemah
- Cepat mengalami renjatan/sawan
- Dikenali juga sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS)
Aku jenis yang x la minum air banyak.. tapi dalam wad aku ikut je Doktor suruh minum air banyak.. tapi bila keluar wad aku kurang pulak minum air.. bila test darah seminggu lepas tu bacaan hematokrit tu berkurang pulak sikit (3.4 lebih) dari paras normal (3.5).. kena minum banyak air nanti kalau tak kena masuk wad lg.. gigih la aku minum air kt opis.. sehari 2 kali aku isi air dalam botol air aku.. biasanya 3 hari sekali baru aku refill..haha.. itu sebab nak test darah.. hasilnya nilai tu naik sikit atas pagar.. then lepas tu aku kurang balik minum air.. astagfirullahalajim.. apo nak jadi.. xpelah dah sihat.. leh jumpa ngn geng2 aku..haha.. 2,3 bulan sekali je pun.,
No comments:
Post a Comment