Assalamualaikum..
Entry stress.. siapa pun kat dunia ni pasti pernah stress.. terutama sekali orang dewasa yang ada banyak tanggungjawab.. even budak kecik pun stress bila tak dapat apa yang dia mahu..
Lain orang lain caranya untuk hilangkan stress. Kebanyakan orang memilih untuk makan bagi mengurangkan stress tu. Ada yang memilih untuk bersendirian. Ada yang memilih untuk pergi berhibur.. kalau dalam tv wataknya pergi ke bukit2 atau tempat2 yang luas terbentang dan jerit sekuat hati.. tapi kalau kat umah yang ada ramai jiran jangan jerit nanti orang sebelah kata gila pulak..huhu
Aku? orang tengok aku stress ke tak.. kadang orang tengok aku tak stress sebab aku selamba je.. dah kena pecat selamba.. kena marah selamba.. kena kutuk selamba.. duit kena curi selamba.. sakit pun selamba.. sume nye selamba la.. orang tengok la.. sebab tu kawan2 aku selalu kata aku takde perasaan.. (actually aku paling tak suka dengan ayat takde perasaan tu.. tapi ada aku balas balik? xde.. kenapa? eh aku kan xde perasaan.. biar la.. aku kan keras hati.. hati batu.. hati kayu.. hati besi.. yang boleh memantulkan setiap apa yang jadi tanpa tinggal kesan pada hati tu.. Tapi tak selamanya.. apabila batu tu selalu dicurahkan air ia boleh menyebabkan lekukan.. sekeras kayu lama2 berlubang dimakan anai2.. seteguh besi lama2 pudar dan berkarat disimbah cahaya matahari dan air..
Kalau boleh aku tukarkan.. hati aku selembut kain.. tanah.. kapas.. span.. yang bisa menyerap segala apa yang jadi di sekeliling.. dan disimpan terus di hati tanpa mengeluarkannya kembali melalui titisan air mata. yaa memang aku jarang menangis di khalayak kecuali jika bersendirian. orang hanya akan lihat aku diam.. senyum.. dan ketawa. itu sahaja..
Xde masalah? itu la.. bagi diri aku masalah aku banyak.. banyak sangat. cuma tidak ditunjuk.. setiap masalah tu buat aku stress.. aku simpan semuanya dalam hati.. ingin diselesaikan tapi tidak mampu. then bila masalah yang sedia ada ditambah dengan masalah2 baru maka terasa sangat kepadatan masalah2 tu di hati.. terasa seperti empangan yang hampir pecah. sakit bukan,.. menangislah.. kadang2 ia bisa menenangkan...... tapi bergantung kepada lokasi aku.. jika bersedirian.. mungkin.. jika di khalayak..tidak.. kiranya di jalanan.. tak payah cakap.. aku drive selajunya.. aku tekan pedal minyak tu seperti aku menekan masalah tu keluar dari otak aku..
Kadang masalah yang dihadapi sukar untuk diselesaikan.. kadang masalah tu hadir walaupun ditepis.. kadang aku mahu menyelesaikan masalah tapi aku tersepit dalam banyak keadaan. ok aku katakan antara masalah yang paling ringan aku kerap mengantuk dalam opis. Solution nya aku cuba tido awal tapi tak dapat walaupun sangat mengantuk.. terhimpit dengan perkara lain.. then bila aku dapat tido awal actually itu membuatkan aku lebih mengantuk dalam opis. Aku kena minum nescafe tapi nescafe tak bagus minum hari2.. ada kafein.. boleh menyebabkan salur darah tersumbat, angin dan sebagainya. jadi solution nya di mana. makan gula2 tiap masa.. nama pun gula.. tapi sekarang bila dah kena warning aku minum saja nescafe hampir setiap hari..tiap masa aku makan gula2..
Dalam sentengah keadaan suatu perkara tu amat mudah bagi orang lain tapi amat sukar untuk aku. Aku kena buat tapi sangat sukar dan menyakitkan dan memakan masa. dan at the end ia tidak menjadi. kemudian datang yang lain..juga perlu diselesaikan tapi terpaksa ditunda dalam kesuntukan masa.. then bila ingin diselesaikan ada pula gangguan yang lain. Hasilnya tiada.. yang ada hanyalah kepenatan dan kesakitan, sedang yang terbengkalai perlu diselesaikan juga..
Masalah lain.. nathing to be shared,. sometimes x semua benda kita boleh berkongsi.. yaa walaupun blog ni bukan la blog yang ramai followers.. aku je yang tengok tapi ia tetap boleh diakses oleh public dan aku tak menyekat blog ni dari dibaca oleh sesiapa pun. orang kata sesetengah perkara je kita boleh share dengan orang setengah lagi kita simpan sampai mati. setengah masalah orang tak dapat tolong.. Allah je boleh tolong..
Hati ni kecik je.. kat situ la aku simpan semua masalah.. kat situ la aku menangis.. kat situ la aku pujuk diri untuk sabar. kat situ la aku cuba happy kan diri, segalanya di situ.. kepenatan.. kebimbangan.. kegembiraan.. kesunyian..
Andai dapat kupejam mata bermimpi dapat kembali ke masa lalu.. aku rindu..
aku takkan mahu sedar dari tidurku..
sungguh aku penat.......
No comments:
Post a Comment