Last aku wat entry blog ni 14 september.. x ada cerita untuk bulan oktober.. bulan penentu samada aku masih berada di CK Graphic atau tak. ermm..
29 oktober 2015- selama 1 tahun lima bulan aku bekerja di CK Graphic.. sejam sebelum habis waktu kerja Shingyi suruh aku kumpulkan dalam 1 folder apa yang aku dah render sebab lepas ni dia akan meeting dengan Nan,Yandy dan boss untuk nilai kerja aku dan tentukan samada aku masih boleh kerja kat sini atau tak. tapi memandangkan aku takde la render banyak sangat pun just 2-3 perspektif je yang aku render so dia suruh aku letak je mana2 perspektif lain yang diorang suruh aku fix.
So diorang meeting.kat luar tu je. Aku berharap diorang boleh terima kerja aku. Ryan selalu pesan kat aku :
"don't stay until midnight..your rendering is getting better.."
Majid pun selalu cakap kat aku bila aku mintak tunjuk ajar dia., dia ajar dan dia kata " you can do it"
Bila ryan tengok Majid tolong aku render final Ryan tanya "this is final?" Majid cakap "yaa..why not..she's good.."
Bila Ryan tegur rendering yang aku buat tu a bit dark.. need to make the environment more lighter, aku kata dia salah dan aku betulkan ikut apa yang aku cakap, aku alih semula pokok yang aku letak dekat dengan camera tu.. dia kata kat majid "oh majid, see.. eti's getting better..". aku memang selalu tanya diorang ni selain dari tanya kat Ah Mao, Ka looi, Shem Yee..
Jadi aku berharap jugak walaupun maybe impossible. Lepas boss meeting dengan team leader then diorang masuk tanpa sepatah kata.. boss balik. aku dah pusing kiri kanan kompius. Aku perasan Ah Mao tanya kat Shingyi macamana tapi aku tak tau apa shingyi cakap. then diorang balik. Then Yandy dan Nan panggil aku meeting kat luar. aku tengok kat meja tu ada surat aku baca tajuk dia "dismissal letter". Terkedu.
Yandy kata diorang nampak effort aku cuba buat rendering tu tapi boss kata x meet expectation, lagipun market sekarang tinggi. jadi tak boleh. aku tengok je kat surat tu. dia kata don't worry you can use this experience yang ada untuk cari kerja nanti..we still friend. Nan cakap aku boleh je tanya pendapat dia kalau aku ada wat rendering bila2. aku xtau nak cakap apa.aku nak nangis. aku just cakap "thanks for giving me chance even just for one month..its ok.." aku nampak diorang pun serba salah. tapi diorang bukan boss.xleh wat apa.
Yandy suruh majid take over projek yang aku sedang buat. diorang ni tanya aku macamana meeting tu. aku cuma geleng.. diorang nak tau jugak apa yang Yandy cakap tadi.. mata dah berair dah tapi aku senyum je. Majid tanya aku "Yandy want me to help you doing this for 1 month?" aku geleng.. '' no.. i'm not working here anymore.." aku cakap slow je memang aku x bajet dia dengar pun apa aku cakap. serious aku nak nangis kalau aku bukak mulut mmg aku nangis.tapi diorang paham aku dissmiss..aku tahan je tapi menitis jugak la air mata tu.Yandy masuk balik dia pujuk "it's ok la..jangan la nangis.." aku senyum je. aku just cakap "ye..". lagi la aku nangis..
kan aku dh kata klu aku bukak mulut kang aku nangis.terus majid tak jadi tanya aku.. dia tengok pc.. sorry aku tak niat nak nangis kt ctu..ter.. actually aku nak suruh majid ajar aku render final.. jadi aku cakap kt dia "majid..i will come back.." aku pegi tandas..tak sampai ati nak nangis kat ctu.
Bila aku masuk balik majid tengah tunjuk kat asad apa yang aku dah render.. asad cakap "not bad..just here not reflact".. rupanya diorang ni dah tau pasal aku sebelum ni. Ryan yang cerita. sebab kata Ryan "we're friend". nak tergelak aku Ryan cakap "I will miss eti.." Majid sambung "me too.." aku sambung "me too..three..four.." hehe gelak lagi, aku kemas barang2 aku, diorang ni duk potpet2 kt situ x puas hati dengan boss sebab buang aku. diorang pun akan tukar kerja jugak nanti.. Ryan wat aksi kat Shem Yee nak campak monitor.. nak tergelak aku.. haha.. Shem Yee wat gaya kuat kat aku.. maksud nye "stay strong!" dia kan bisu,. aku biasa tunjuk je kat dia apa2 surat yang dapat.. surat bonus ke.. gaji ke.. surat berenti ke.. bukan dia nak bagitau semua orang pun.
Dalam dok kemas tu perasan ada 1 lagi biskut tinggal dalam balang aku.. Aku cakap kat majid " Majid.. still got one.." terus majid panggil Ryan.. Memandangkan Ryan selalu cilok makanan aku so biskut aku yang satu last dalam balang tu aku suruh dia habiskan. "Ryan..finish this..for the last time.." haha..
Majid, Ryan and ah mao
Shem yee.. sleep already
ygang seelah ah mao tu shingyi.. Nan xde dalam ni
ka looi..
Jadi itu la pengakhiran aku kerja kat situ. Xpelah nak buat macamana, Aku dah cuba sedaya upaya aku. Boleh katakan hampir setiap hari aku balik lewat malam.. duk la ngadap komputer tu. kadang sorang2 kadang ada orang lain kadang ada Ryan tolong aku fix apa yang aku wat salah.. tapi kalau dia tolong beriya pulak.. itu salah ini salah.. orang nak balik dia pulak duk fix itu ini.. balik lewat jugak la aku. Maklum la aku kan tak laju macam orang lain. Kadang aku kategorikan aku ni sama macam orang sindrom down. mereka ni kan ada jumlah saraf otak sama dengan orang lain tapi kecik sikit jadi agak lambat. Sorry to say that I'm not a fast learner. Otak aku makin lama makin biol ada la bukan makin cerdik. makin banyak benda yang mengganggu otak sampai dah jadi serabut tah apa2. tambah kalau stress rasa banyak sangat benda bersarang kat otak.
Sikit lagi boleh sama level ngan orang gila. sekarang paham la orang yang sakit mental tu yang merayau-rayau, yang duk wad mental tu kan diorang tu maybe sebab terlampau stress dengan pelbagai masalah yang menghimpit mereka, mereka hadapi tekanan yang hebat jadi otak mereka jadi berserabut..otak mereka pikir tu pikir ni sampai taknak pikir pun ia pikir sendiri..jadi benyak benda yang ganggu otak, macam2 masalah berlegar2 kat otak.. terngiang2 kat telinga tu sampai hilang kewarasan otak tu,. itu yang diorang jadi tak tentu arah..bercakap sendiri..merayau kat tepi jalan.. maybe diorang pun dah jadi macam orang yang hilang ingatan.. kosong.. ikut jelah mana kaki melangkah.. kan.. tapi aku waras lagi la.. ni pandangan aku kat orang2 yang ada masalah mental tu je.
xpelah.. sekarang ni misi aku cari kerja.. bukan senang nak dapat kerja.. cuba lagi. ni antara perspektif aku yang x bape cantik tu.. memang la tak cantik itu pasal la diorang reject.. xpelah cuba lagi..
first task aku kena buat satu Ryan banyak ajar
angle confirmed
aku letak jela apa2..
orang bahagian photoshop edit jadi gini..
actually diorang dah fix balik yang ini lepas aku keluar. Ryan yang buat.
yang penting better than this.
angle confirmed
not satisfied with this one.
rumah kos rendah.just simple.
diorang dah edit ckit plus photoshop.
No comments:
Post a Comment