Powered by Cincopa

...

Saturday, 11 February 2017

suatu yang pernah

Assalamualaikum..

Rasanya baru je  aku update post baru setelah setahun x update.. ni dah macam terlebih rajin la pulak nak update lagi. hehe xde ape nak buat. keboringan di situ. bukak fb scroll up scroll down then scroll up lg.. sampai kau rasa citer yang terpampang kt news feed tu kau dah tengok bape kali. Tapi dah boring kan.. hadap jelah..

Time2 camni sambil layan lagu2 kat suria cinta ni aku nak cakap pasal cinta la.. Aku tak pandai nak cakap pasal ni sebab aku bukan la ada pengalaman bercinta pun. Errr iye la kalau ada pun sementara cuma and kitorang pun x pernah keluar sama. Cuma yang lucunya laki tu pun kembar  👬  Kitorang belajar poli sama lain kos. Dia lagi tua setahun.

Aku pernah la beli simcard UOpax ke ape orang panggil tu yang jimat tu dekat booth celcom kat poli. Tapi aku beli untuk kembar aku, Eni, yang laki tu ada lepak kat booth tu jugak. Dia sempat amik no yang aku beli tu tanpa aku perasan. So dia mesej Eni.. sebab dia sangka aku. Aku nak citer ni pun rasa lucu lagi walaupun dah lama sangat.



Bila dia mesej Eni and dia kata dia PUO mana la Eni kenal. Aku pun x kenal. At the same time dia ada jugak dapat no aku dari sape tah.. biasa la kat poli ke U ke kita x perasan tetibe no tepon kita terbang merata tanpa pengetahuan kann. Jadi apa yang lucu nya di situ dia boleh mesej ngan Eni yang disangkanya aku and at the same time dia mesej dengan aku yang dia sangka orang lain. Berbelit kan.. Eni time tu couple ngan sape pun aku tak tau. Ramai sangat,.  💑 💑 💑

Tah camane aku boleh ingat pulak dia pernah wat pertunjukan silat masa kat kamsis dulu2 walaupun yang buat pertunjukan silat tu ramai. bukan nak kata aku aim dia.. maybe sebab muka senang nak ingat kot. so bila lalu kat toilet laki kat jabatan kejuruteraan tu masa aku nak gi kelas, perasan la ada sorang kt sinki toilet tu lepas tu perasan macam dia. xkan nak undur cek pulak kan.. so nak tanya kat mesej ops tepon tertinggal kat dorm kamsis. memang dia pun.

Then dia mintak couple ngan aku. Aku x layan sangat. Tapi sebab aku rasa macam dia ok je kot so aku terima je tapi x pernah kuar sama pun. Saje mengelak. Then.. hanya sebab 1 gossip orang kata dia pegang tangan ex makwe dia kat cafe. Kalau ikutkan aku tak kisah pun tapi sikit2 rasa macam dipermainkan pulak. Bila aku tanya dia and mintak dia prove kan benda tu dia xde nak buat ape2.. diam je,. ok fine..

Walaupun dah xde ape kitorang still kawan biasa. still mesej. Pernah la duk menyembang lagi dekat pagar depan umah sewa.  Walaupun aku dah bape kali suruh dia balik.. Xde pasal nye nk borak lama2 kat depan umah.  Orang tengok kang. Selepas aku pun dia dah couple dengan a few girl. x kisah la sebab sebelum tu pun dia dah pernah couple putus couple putus. cuma tertanya jugak la cepat betul lelaki ganti. Pernah la dia suarakan untuk sambung dengan aku lepas aku sambung study kat U tapi aku menolak. ada la sebab2 yang perlu tolak..






1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete