Powered by Cincopa

...

Sunday 31 August 2014

Reunion Muna and Da Gang yang menguji mental dan emosi

Assalamualaikum..hai,,hai..

Dalam sedar tak sedar pejam celik pejam celik., dah 2 orang dalam group muna yang dah kahwin.. nadia dah kawin 2 tahun kot seingat aku.. suha pulak baru je kahwin raya baru ni.. so tinggal la 4 orang je lagi yang belum kahwin.. belum kahwin ye.. 25 tahun sudah.. aku pikir nanti suha ngan nadia dah ada anak 2,3, orang..tah yang lain ni kawin ke belum time tu..kikiki.. erm xpelah belum waktunya..

Aku lupe bila last kitorang berkumpul sesama., kalau ada pun kompem akan ada yang x datang sorang dua.. ada planning nak kumpul sesama tapi macam biasa la.. xkan lengkap semuanya.. Baru2 ni aku terpikir nak pinjam novel dari ying.. sbb time ni cuti merdeka xde sorang pun dalam rumah ni kecuali aku sorang je.,kalau aku pun xde, maknanya tinggal makcik siti jela a.k.a tikus dalam umah ni.. saat aku duk tulis ni pun aku jenuh gertak tikus yang sekor ni dari semalam dia duk pusing kt almari tu..apa dia pikir ini rumah dia punya ke.. ikutkan hati aku letak gam biar dia terlekat kt situ tapi tanak la nanti aku kesian pulak..biar orang lain wat aku tak nampak xpe..hehe.. biasala kat kl ni kn ramai cik citi.. ni nasib baik rumah ni terurus, kalau macam tongkang pecah, aku rasa tikus tu yang perambat aku keluar, nanti dia kta ni rumah dia..sape nk jawab??

Ok back to MunaGang.. so bila aku terpikir nak jumpa diorang ni sekali la tapi hani la pulak bercuti ke kelantan.,nadia ke terengganu.. then ying pulak nak balik kampung..so aku tanyakan la kot2 leh jumpe malam lepas keje.. setelah berdiskusi.. asalnya macam ada masalah dan hampir kepada tak menjadi.. down? ermm agak la..  but then menjadi.. yess.. rasa nak senyum sampai telinga..

So lepas keje aku ambik nadia kat puchong..dan macam biasa la aku sesat..kena patah balik.. kitorang sampai alamanda kol 9.30.. yang lain tu xyah cakap la dah bising la.. bile jumpe je apo laie, aku jugak yang kena soal macam penjenayah..kenapa nak jumpa tergesa2? nak kawin ke? bla bla bla.. kepala mereka la yang penuh tanda tanya., aku tak.. haha sebab aku yang ajak.. so walaupun pertemuan tu agak "sekejap sangat" kitorang sempat la capture gambar sesama.. dah lama tak ambik gambar sesama.. tak caye cuba la cari dalam gallery bila last nya gambar muna gang cukup 6 orang.. kalau bukan tahun lepas..maybe 2 tahun lepas kot..

Disebabkan masing2 nak keje esoknya so kena balik awal la.. kalau ikutkan boleh je aku ambik novel tu dengan ying time hujung minggu sebab ying nak datang tempat aku tapi sebab macam ramai dah setuju nak jumpa, so aku taknak cancel.. just proceed.. aku teragak2 nak cakap cancel tu.. tak ter-taip.. dan memang tanak cakap.. bukan senang nak jumpa semua..

Apa yang menguji mental dan emosi nye? first sebab aku lambat sampai, then kepala mereka penuh dengan pertanyaan kenapa aku beria nak jumpa, then bila tau yang aku sekadar nak jumpa xde ape yang penting pun so agak berasap cikit haha.. tapi happy je.. :D

Agak panjang cikit, well aku menulis mana pernah pendek nya haha.. tambah2 kalau pasal MunaGang.. xleh berenti.. diorang sangat bermakna dalam hidup aku.. walaupun aku bukanlah jenis yang cakap banyak pon kan dan kalau xde aku pun memang xde ape hal la, tapi aku happy dengan MunaGang ni.. xde yang tak happy.. paling menyedihkan pun bila nak berpisah bila habis poli.. that time walaupun nampak tenang di mata but deep from my heart.. only god know.. just one word I wanna say to MunaGang... I love u all so much.. yaa.. sooo muuuch.. tak ada ayat lain lagi yang boleh aku gunakan untuk menggambarkan betapa aku sayangkan mereka.. thanks for everything my friends ........... :)
















Sunday 24 August 2014

Pray For MH17 & MH370

Assalamualaikum..

Sebelum ni rakyat Malaysia telah dirundung kesedihan dan sejuta pertanyaan apabila pesawat MH370 yang membawa hampir 200 lebih penumpang dan anak kapal telah hilang dari radar secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan keberadaan walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.. di udara.. lautan..mahupun daratan namun semuanya tidak menemukan apa2 petunjuk dan masih terus hilang..hilang....hilang...sehingga kini...

Pada bulan ramadan yang lepas rakyat Malaysia sekali lagi dihujani kesedihan apabila pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh di ukrain Pesawat tersebut dalam perjalan dari belanda ke malaysia.. majoriti adalah penumpang belanda seramai 154 orang manakala malaysia  43 orang dan lain2 adalah dari  indonesia,belgium dan beberapa negara lain.

Daripada video yang dimuat naik dalam tenet ni menunjukkan keadaan di kawasan pesawat tersebut terhempas.  mayat bergelimpangan disana sini..ada yang masih sempurna jasadnya dan ada yang tidak dapat digambarkan dengan kata2..

Aritu 22 ogos 2014 kerajaan mengisytiharkan hari berkabung negara.. 17 mayat dan 3 abu mayat selamat dibawa pulang ke malaysia.. rakyat diminta memakai pakaian berwarna suram dan kenderaan dan sebarang aktiviti dihentikan seketika saat mayat terakhir dibawa keluar dari pesawat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Radio dan televisyen juga tidak henti2 mengalunkan bacaan yassin dan alfatihah kepada semua jenazah yang beragama islam. Office aku pn ikut sama bertafakur walaupun bkn dalam waktu yang dinyatakan.  Saat tu aku jd sebak la nk nangis jugak la..aku tanak nangis..agi pun orang tak pernah tgk aku nangis. tapi aku xde la nangis cuma sebak je..aku tahan je air mata yang bertakung tu.. shingyi yg amik gmbar time tu hanya bagi isyarat je tanda ok..dia serba salah kot nk ganggu mereka yg masih bertafakur.

bila masuk ofis blk dan2 pulak afiq ni tegur aku nangis ke? ehh...aku sangkal la..terus aku sapu air mata aku dari menitis. nak bercakap pn jd bergetar suara..dia senyap aku senyap..=.= semoga jenazah mangsa tenang di sana.. aamin..