Powered by Cincopa

...

Sunday, 31 May 2015

Doktor Google ~

Assalamualaikum 

Salam selamat malam selamat mengantuk.. time mengantuk tu la baru gatal nak menulis..time x ngantuk gatal tengok pesbuk.. kecik besar kecik besar je aku tengok keyboard ni.. ermm mau tulis apa ya.. macam yang aku cakap sebelum ni bila banyak benda nak ditulis aku jadi xtau nak tulis ape.. apa yaa.. mau tulis ini atau mau tulis itu..

Haa ni la aku citer pasal habit aku.  Aku ni bila timbul pertanyaan apa yang aku xtau tentang something tu cepat je aku akan google.. tak kira la pasal isu semasa, kemusykilan agama, perubatan sume benda nak google. Tapi bab study malas pulak aku nak google kalau tak dah lama aku jadi genius.. kompem kalah sorang pakcik yang dah memang genius dalam kelas aku masa PUO dulu..

Sekarang aku banyak google pasal perubatan.. Sejak keluar wad haritu. Tapi sebelum masuk wad tu pun aku dah google pasal denggi.. eh haruslah google.. kalau tak takde la aku nak test darah. Then bila lepas xray tu aku lagi kerap google.. Maklum la Dr tak tau apa yang putih kt xray tu kan. So kerja aku ialah google and google all the time..yahoo xde pulak.. google je.. haha..



Macam2 yang aku baca pasal paru-paru.  panjang pulak tu artikel masing2.. bapak tekun dan gigih nye aku. dengan info yang berlambak lambak aku yakin kalau cikgu suruh tulis esei aku leh markah tinggi punye la.. hehehe.. eh tapi aku time sekolah memang selalu markah tinggi la karangan.. perasan..@#!*~$.. haha

Actually ada banyak masalah yang boleh dikaitkan dengan paru-paru. Awal dulu doktor suspek aku pleural effusion iaitu bahasa mudahnya ada air pada lapisan membran paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas.. Kalau yang dalam tu pulak kita panggil tak silap aku pulmonary edema iaitu takungan air dalam alveoli. Seingat aku la.. malas pulak nak google balik.  Tapi doktor pun x sure sebab xray tu x jelas. Yang jelas je putih kt bawah yg sama saiz bola pingpong tu je.. itu yang doktor kata air tapi ikut laporan dari jabatan xray tu bukan air.. air cuma ada kt tepi paru-paru tu sikit je sebab dia tulis minimal blunting at the right costophrenic angle..  means kat tepi paru2 kiri tu tumpul sikit sebab kat area tu putih.. tapi doktor tu dah kata minimal just around 2g.. kalau air banyak kita akan nampak kt xray tu putih hampir keseluruhan paru2.. Kalau macam tu baru la kena tebuk untuk keluarkan air. Aku ni xpayah..




pleural effusion





pulmonary edema

Kakak aku duk kata aku rajin sangat main air.. Yela orang tua kata paru2 berair ni disebabkan suka mandi lewat malam.  Tapi kalau dari sudut perubatan paru2 berair ni disebabkan oleh
  • Pneumonia (radang paru2/jangkitan kuman pada paru2) atau pun 
  • Tuberculosis (penyakit TB)- hepatatis atau pun 
  • Heart failure (kegagalan jantung)   atau ketiga2 nya mungkin.. 
So nak kata orang mandi malam mudah kena paru2 berair pun aku tengok orang dalam umah aku ni hari2 mandi tengah malam sebelum tido kalau tak mandi tengah malam tu bukan dia rasanya. Orang jepun pun amalkan mandi malam untuk kesegaran. ada kes yang aku terbaca dia bukanlah seorang perokok dan tidak mengamalkan mandi malam tapi dapat penyakit paru2 berair complete with kanser limforma.. dan orang tu dah pun meninggal.. jadi di situ kita xleh nak cakap mandi malam penyebab paru2 berair la.. maybe certain cases..

Disebabkan selalu belek pasal medical aku sampai dah boleh faham dah report doktor ni. Antara lain yang doktot tulis dalam report tu nye heart is not enlarge maknanya saiz jantung tak berubah.  kalau saiz jantung macam jadi besar sikit tu masuk masalah jantung pulak.. Then bab hilar enlargement aku tak bpe paham la tapi takde OK.. tolak tepi.  lagi dia tulis minimal chicular change at the right lower zone.. ada sedikit perubahan pada bahagian bawah paru2. itu saje.  Actually cara tengok xray ni terbalik. Pada xray tu kalau yang kanan kita akan sebut kiri dan begitulah sebaliknya,. aku pun dah naik kompius.

Pada awal dulu aku ingatkan kes aku macam kes yang aku sebut kat atas tu, kanser limforma sebab dia punye xray paru2 nampak putih hampir keseluruhan paru2. Aku agak takut jugak awal2 tu sebab dari kisah yang aku baca tu dia seorang lelaki so kuat la kiranya kan dari perempuan.. and dia kuat semangat jalani kimoterapi berkali2.. di tengah nya lega sikit sebab dia kata makin sihat tapi sentap di hujungnya bila dia meninggal.. dalam masa setahun mungkin.  Tapi dalam kes sama yang lain ada yang survive.. dengan izin Allah.



Bila k ju kata doktor suspek kanser paru2 aku rileks je.  Sebab aku sendiri pun suspek macam2, Jadi xdelah nk terkejut ke ape.  Tapi ada jugak stress nye. Sebelum2 tu dah biasa je rasa macam kalau saluran pernafasan tu kita ibaratkan macam batang paip dan kita sumbat dengan lumpur sehingga laluannya jadi sempit.. macam tu la kadang2 aku ibaratkan diri aku tapi tu tak bagi masalah sangat  pun.. biasa jela .. Kadang2 rasa macam ada batu bata yang tersekat tang ulu hati. Takde ape pun. biasa je.. Lepas beberapa hari kuar wad tu rasa dada macam kena cucuk ngan jarum tajam zupp sampai ke belakang.. Tahun lepas ke 2 tahun lepas dah pernah rasa.  tapi takde ape la lepas 2,3 hari hilanglah dia. cuma kalau nak gelak tu berkerut dahi je. Aku ni dah la spesis suka gelak. Tapi aku tensen gak bila pikir2 yang doktor cakap tu.  Tambah2 appointment xray nun bulan 10 nun lama lagi.. kalau orang kawin pun agaknye dah beranak dah kot..

Time bangun tido pagi tu la agak tensen jugak aku rasa.. sebab apa.. bila bangun pagi tu dia ada rasa lain macam sikit.  camane nk cakap ye aku sendiri pun tak tau.. Rasa macam x cukup oksigen dalam badan,. rasa dingin ke ape.. macam racun yang mengalir dalam darah.. walaupun aku tak pernah minum racun erk.. macam minum klorox.. tapi klorox pun tak pernah minum.. ish ape2 jela.. then nadi/jantung mula la laju macam main kejar2.. bila aku bangun dah amik tuala nak gi mandi kompem aku akan landing balik atas katil.. lepas tu baru gi mandi.. stress nye aku aaaaaaaaa.. nak nangis p0n ada.. sebab yela kalau korang macam tu then doktor pun suspek kanser tapi doktor kata xray hujung tahun.. mau nye x stress.. ibarat membiarkan diri tanpa sebarang pantang tanpa sebarang rawatan tanpa sebarang confirmation betol ke tidak tu kanser.  aku nak makan pun dah jadi serba salah sebab kalau kanser kena pantang.  Tapi bila lama2 tak rasa pape dah.. Aku tengok simptom kanser paru2 adalah seperti:-
  1. Sakit yang berulang...Aku takde sakit berulang
  2. Batuk berpanjangan.. aku tak batuk..sekali 2 tu biasa la orang gila pun batuk kot.. 
  3. kahak berdarah.. batuk pun tak, tang mana ada kahaknya.. Then 
  4. Bila cek dengan stateskop bunyi nafas paru2 tu macam kertas pasir.  Aku punye bukan bunyi berdesir macam kertas pasir tapi bunyi nafas pun takde.. haha :p 


So aku mula tolak andaian doktor tu.  Lama2 aku kata la bukan kanser dengan konfiden nye.  So aku makan xpayah nak pantang la..

Tapi aku still searching pasal lain.. sebab aku nak tau jugak apa yang putih tu. Aku suspek angin pulak sebab dari perkongsian2 cerita dan pengalaman orang lain ada yang sesak nafas dah macam sakit jantung tapi bila pergi jumpa hospital doktor kata takde ape2 and xray xde masalah.

Kalau orang yang ada sakit jantung diorang boleh kenalpasti tandanya macam :-

  • sakit pada rahang atau leher kanan, 
  • sakit kat lengan kanan.. 
  • sakit dada kanan.. 
  • cepat berpeluh walaupun duk dekat aicond
  • sakit kepala, 
  • degupan jantung laju.. 



lagi aku tak ingat.. hehe selamba je tak ingat.  Tapi kenapa semuanya kanan..? yaa sebab jantung tu kan dia melencong ke kanan.. eh kiri.. eh.. haa gini la kalau korang lihat kat diri korang, korang cakap la kiri kalau korang tengok pada orang lain korang sebut la kanan.. payah sangat.. So berbalik kepada orang yang sesak nafas tu doktor akan kata mungkin masalah angin.  Angin yang banyak dalam badan kadang2 boleh berkumpul dan tersekat kat sendi atau kawasan2 tertentu boleh sebabkan sesak nafas. So aku kata pada diri aku..masalah angin saja.  Tapi.. angin tidak boleh discan.. Sebab tu doktor2 tu kata dari pemeriksaan xray mereka takde ape2 masalah.

Ok aku kaji lain pulak.. dalam banyak2 yang aku search aku jumpa pasal hernia hiatal and lebih aku tumpukan pasal Diaphragmatic hernia.  Apa yang aku paham ialah organ perut atau usus tu masuk ke dada melalui satu lubang abnormal pada diafragma.  Asid refluks banyak sangat menolak dinding perut ke dada. Jadi masalah tu akan sebabkan kesukaran bernafas dan tiada bunyi nafas pada paru sebab paru-paru takleh berkembang secara normal sebab terdesak ngan organ tu.  Dari xray akan nampak bentuk dada kiri kanan tidak simetri. Aku suspek yang ini maybe ada kaitan sebab time doktor suruh tarik nafas selalu je cakap "saya tak dengar la.. tarik nafas.. buka mulut.. saya tak dengar la.." aku pun paham apa yang doktor ni tak dengar (sebab time tu aku tak tau yg boleh dengar paru-paru bernafas guna stateskop tu).. lagi 1 kalau aku minum air banyak2 then aku baring rasa x selesa macam air bertakung kt bawah rusuk kiri. tu yang aku malas nak minum air banyak2 tu tapi minum jugak.. denggi kan.. kena la minum.. tapi kes diaphragmatic hernia biasanya berlaku kat bayi yang baru lahir. aku x rasa apa pun sekarang.. so tolak tepi,.. dah semuanya tolak tepi la,,,

  



Sekarang aku biarkan je x search ape2.. dalam pada x search pun aku pikir jugak pasal kanser tu.. sebab kanser paru2 antara kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal hanya dikesan bila dah stage 4 camtu ha yang dah susah nak diubati.  Kalau ada yang dapat kesan awal pun secara tidak sengaja samada melalui ujian kahak ataupun xray.  Ada yang aku ternampak dalam facebook salah sorang lecturer aku post berita kawannya meninggal selepas melahirkan anak.. bukan meninggal sebab bersalin tapi sebab kanser.  katanya menghidap 4 kanser.. Bila aku stalk rupanya dia sebenarnya menghidap kanser serviks but then kanser tu dah merebak ke tulang, hati dan payudara.  Kat sini kanser primary adalah kanser serviks dan yang lain nya adalah kanser sekunder yang mana terjadi hasil dari perebakan tu.  Tapi dia x sedar ke?? tak ada tanda?? pada aku maybe dia sedar sikit2 cuma mungkin dia tak rasa ia serius.. mungkin.. Sekarang kalau aku dengar pasal kanser2 jadi tersentak sikit kompem aku toleh 2 kali.  Macam sorang adik yang dalam bintang bersama bintang haritu.. doktor suspek dia kanser paru2 since umur 3 bulan and sekarang i think umur dia around 3,4,5 cuma ada masa 3 bulan lagi untuk hidup.. semoga Allah panjangkan umur adik tu. Doktor hanya meramal Allah yang tentukan.

Haa benda baru yang aku jumpa ialah pasal peti suara..bukan peti surat ok..peti sejuk pon bukan apatah lagi peti besi.. peti suara rupanya ada hubungkait dengan paru2.. nafas dari paru2 yang akan menggetarkan peti suara saat dia melalui peti suara tu.. so menghasilkan bunyi huruf2 yang disebut.  kalau ada ketumbuhan maybe akan menyebabkan timbulnya masalah dalam pertuturan tu.. jadi ada sebutan yang tidak jelas.  tapi ketumbuhan kat mana tu aku lupa.. eh aku terpikir orang bisu tu kenapa dia bisu? disebabkan apa? tapi orang dalam opis aku tu bisu jugak but sometimes when he try to say something ada jugak bunyi cikit2..

Sekarang aku rasa macam nak kaitkan pulak dengan kanser usus.. Dah apasal pulak usus xde kena mengena dengan paru-paru kot.. tah nye sebab dia jiran la kot.. kekadang sakit perut jadi crampt. aku jarang sakit perut.. kalau period pun aku jarang sakit perut.. yela setengah orang kan asal period je senggugut. pastu ada la masalah lain yang buat aku kena google..google lagii.. dari apa yang aku belek tu masalah tu kebanyakannya bawak ke kes kanser usus yang mana kena segera jumpa doktor. aku pun takut jugak tapi aku wat tak kisah la sebab apa.. sebab scan aku bulan 10..tunggu je yang tu.. so sekarang xde ape la kdg2 ada tu wat derk jela..

Dah xpelah.. So aku tunggu scan bulan 10 jelah abis citer.. malas dah aku nak pikir.. cari banyak2 serabut pulak.. so anggap saje takde ape2 and apa yang jadi tu hanyalah effect dari denggi. ape2 jelah.. tiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  kalau aku tak masuk wad sebab denggi dah sah2 la aku takkan pernah nye nak wat medical checkup kecuali kalau memang kena buat untuk masuk universiti atau keje.. sebab aku memang x reti nak pegi sepital dan kalau aku kena pegi aku rasa aku tak tau nk kena pegi mana situ ke sini ke kena daftar ke ape ke.. so apa2 masalah aku ignore saje la abis citer.. malas la aku nak pikir.. tunggu jelaaa...













No comments:

Post a Comment