Powered by Cincopa

...

Thursday 20 September 2012

LI for Degree

Salam 1 Malaysia..

Bermula dari 10 September 2012 aku mula menjalani LI untuk Degree pulak.. kali ni tukar pulak.. dulu aku LI kat kedai komputer kat kelantan, sekarang LI kat syarikat besar sikit.,KFC Holdings kat Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.. dulu masa LI leh goyang kaki sambil2..leh makan roti canai sambil kerja.. sekarang tidak lagi..

Masuk kerja kol 8.30 pagi.. aku just naik monorel la pegi sana. turun kat stesen Raja Chulan and then jalan kaki kejap.. sekarang ni kerja dalam pejabat so xleh la nak huha huha.. kerja kat sini aku ngan Ying ditempatkan kat bahagian Training while Hani n Fatin ditempatkan kat bahagian HR..

kat sini mengamalkan greeting di mana masuk kerja kitorang kena la wish kat semua selamat pagi, and goodbye time nak balik.. err xpelah maybe tu boleh mengeratkan hubungan sesama staff..

Jadi setakat ni xde la masalah sangat.. kalau dia suruh buat itu kitorang buat la..suruh buat ini kitorang buat la.. cuma yang menjadi masalah nye time nak buat Excel  yang amatlah kitorang tidak pandai kerana kurang menggunakannya dalam kehidupan seharian kikikiki.. ada ke Miss Sin tanya tahap kitorang dalam excel..maka aku dengan sejujurnya cakap la beginner..hehehe jujur sungguh.. diorang kata dah kalau kitorang beginner, diorang yang tak pandai IT tu ape la agak nye..low beginner ke ape..dia la kata kuikuikui..

So kesimpulannya setakat ini OK la..next2..kita kena tengok dulu la..hehehe


kenangan LI masa Diploma

Salam..

Teringat aku masa LI waktu diploma dulu..yes permulaan LI yang menyakitkan jiwa..Masa LI tu aku wat masalah.. Yang menyusahkan pihak poli.. aku tukar tempat LI.. bukan sengaja ok but i have to.. sebab?? aku xtau ape aku buat kat syarikat lama..walaupun jaraknya dari Apex ni tidaklah jauh tapi aku TERPAKSA!. mana tak nye hari2 pegi LI duk tercongok kat kedai tu main pembaris sambil borak ngan kerani kat situ.. budak laki ada jugak dua orang tapi diorang leh kuar pegi wat marketing.,kadang2 diorang curi tulang pegi mandi air terjun.

lagi satu sebab nak tukar tu ialah aku kena tukar2 kenderaan pegi situ..kena naik bas then kena naik kete prebet.. balik kena berkejaran ngan bas.. bos aku ada sedia tempat untuk aku kalau nak bermalam kat situ.. memang la ada bilik kecik bawah tangga tu..oh dia ada hotel murah jugak sebelah kedai tu tapi paham2 la kan hotel2 macam ni dah biasa anak2 muda sewa untuk buat PROJEK.. jadi tidak selamat ok..

Bos aku pun satu..mulanya dia macam bagi..pastu macam x bagi pulak..nak report kat pihak poli la apa la..ugut la tu..depan dia jugak nak suruh aku call pihak poli.. call Pn. Faridah (Ketua unit LI) pun boleh menanah telinga dengar Pn. tu membebel.. jadi aku pun berbelah bahagi nak tukar tu.. sakit jiwa jadinya.. nak tukar karang menyusahkan ramai pihak tapi kalau x tukar rasanya x lama aku leh ladi gila.. asalnya aku x jadi nak tukar, time aku nak balik aku bagitau bos aku x jadi la tukar tapi suara masa tu xyah cakap la macam nak menangis, sebak..err bukan macam tapi rasanya nak menitis dah air mata..opss..tidak pernah aku menangis depan orang.. tapi dia macam bagi pulak..eh2..

Maka aku pun bertukar la tempat..sekali dengan nadia.. yang lucunya x lama lepas tu ada lagi 2 orang budak poli KB tukar ke situ sebab diorang dituduh menghilangkan duit topup kedai tempat diorang LI walaupun x betul.. dah jadi tempat pengumpulan pelajar bermasalah pulak Apex tu haha.. tapi ok la sebab banyak benda yang aku belajar kat situ. dan ada jugak la masalah antara kami ngn pekerja kat situ.,kes nye diorang BULI.. so solution nye..kita BULI BALIK la..kehkehkeh.. ada pekerja dibuang sebab kitorang report masalah dia x masuk kerja kat bos..

Sepatutnya aku hanya dapat status LULUS saje lepas balik LI sebab aku tukar tempat. yes itu perjanjian antara aku dan Pn. Faridah.. tapi waktu tu Pn. Faridah dah bertukar ke sabah..jadi berbekal kan interview dan report LI yang agak ok, maka aku dapat status CEMERLANG.. tak ku sangka.. pelbagai masalah tapi masalah tu la yang mematangkan kita di mana kita sendiri yang harunginya and selesaikannya..... :)

Wednesday 19 September 2012

New Blogger

Assalamualaikum wbt..

Salam.. ni first time aku buat blog sendiri.. sebelum ni bukan nye xde blog, ada tu ada tapi bukanlah blog peribadi melainkan blog yang dikongsikan bersama kawan2.. dalam erti kata lain ianya bukan sendirian berhad la..haa ianya perkongsian. jadi apa2 perkara adalah melibatkan kami sahaja dan tidak merujuk kepada seseorang secara spesifik..

Maka disebabkan minat aku yang suka  menulis a.k.a mengarut ni, maka aku mula la berhajat nak menulis dalam blog sendiri.. Ada pun aku ni suka la tulis diari..antara diari aku., Diari Cilik yang menceritakan tentang ape yang aku dan gang aku buat masa kecik dulu..kenangan2.. banyak kerja bodoh dan cerdik yang kitorang buat dulu.. lagi Diari Hidup yang menceritakan tentang diri aku bila dah besar.. eh bukan2, remaja la..., Diari Kawan-kawan yang tidak berbentuk penulisan straight melainkan banyak kepada gambar2 berdialog..

Aku suka tulis panjang jadi bila aku tulis panjang maka aku tahu la aku sendiri jugak yang baca nya..xde la orang lain menyampah nak baca panjang2.. ok klu rasa nak baca..baca..kalau tanak baca..kasi tutup ini tab..

First nye ok aku memang jenis malas nak cakap banyak.. aku lebih suka tulis dari cakap.. aku banyak BERANGAN jgk @ MENGELAMUN..x kisah la pikir pasal something or mengulang tayang benda lepas2.. kadang2 aku tgk 1 benda tu sambil otak pegi tempat lain so aku x tahu la apa yang aku tengok..meski pun aku tengok skrin tv dengan bersungguh-sungguh yang pada masa tu hanya tunjuk jam saja..tu la namanya pikir benda lain..naik LRT tapi pikir benda lain hinggakan dah sampai destinasi aku boleh tengok je orang masuk sedangkan aku lupa yang aku nak keluar..

ok x payah la nak citer sume pada 1 masa..lain kali leh citer lagi.. sekarang, ini ialah FIRST POST..maybe kalau ada kelapangan leh post lagi..lagi..dan lagi.. banyak lagi benda yang nak diluahkan yang tak terluah dek kata2.. perkara2 terpendam yang hanya meronta2 dalam jiwa sahaja.. ok byee3