Powered by Cincopa

...

Saturday 19 September 2015

Ujian

Assalamualaikum 

Next entry aku akan bercerita pasal ujian. Ujian ape? ujian pekse sekolah? ujian lesen kete? uji rashid? haa suka ati la apa2 pun asal ianya diuji.. cuma kat sini bicaranya adalah berkenaan ujian Allah. Aku nak bercakap pasal ni memang xleh la.  Ini just pendapat dari pemerhatian dan pemahaman selama hidup ni je.

Semua orang kat dunia tak terlepas dari mendapat ujian dari Allah.  Tak kira la kecik ke besar ujian tu pokoknya anda diuji. Ujian Allah datang dalam pelbagai cara.  Ada orang diuji sekali dalam hidup, ada yang diuji berkali2, ada yang ujian ke atas dia tu lepas settle satu..datang ujian lain..lepas settle yang tu.. datang pulak yang lain.. belum settle yang ni datang lagi yang lain.. macam sudah jatuh ditimpa tangga gitu.. tangga escalator pulak tu.. dah la escalator sekarang ni asyik makan orang je.. haa berhantu..

Setengah orang diuji dengan kemiskinan.. miskin sampai sudah tah bila nak kaya nye xtau.. ada orang diuji dengan masalah rumah tangga.. yang ni memang biasa la.. then ada pasangan yang tidak mendapat anak walaupun dah lama bangat kawin., time cenggini memang ramai makcik timah,mak jemah, hantu kak limah balik umah.. sume nye nak ngumpat,, sebok je.. pastu ada yang sukar dapat jodoh tak kira la bape kali dia kapel pun,, yang ni pun mak jemah suka sebok gak.. ada yang Allah ujianya dengan rupa paras yang kurang cantik atau pun pancaindera yang tidak berfungsi sempurna. buta ke.. bisu ke.. pekak ke.. cacat ke.. Ada yang Allah uji dengan masalah kesihatan dan pelbagai ujian lagi (sila tambah sendiri). 

Bila ditimpa ujian orang sebelah kata "sabar la..banyakkan bersabar.." pastu orang ni balas balik cenggini "kau cakap senang la.. sabar.. sabar.. bukan kena kat kau!" eh wat dialog pulak kat sini hihi.. Tapi dialog macam tu memang biasa sangat kita dengar terutama dalam tv.. maklum la hafal dialog kan.. eh.. kuikuikui.. Manusia memang mudah berkata-kata.  kadang2 kita selalu nasihat orang berjela punya nasihat siap tazkirah sekali.. err alhamdulillah.. hehe.. TAPI hakikatnya diri sendiri tak mampu nak jadi seperti apa yang kita nasihatkan orang.. manusia kan.. kata-kata indah hanya di bibir sahaja.... tajuk laguu... tajuk lagu?? ada ke?

Ustaz2 ustazah2 dalam ceramah selalu kata Allah tidak akan bagi ujian ke atas seseorang melebihi dari kemampuan dia.


Apabila Allah bagi kita ujian sekian..sekian.. Allah tahu kita mampu hadapi ujian tu.  Kalau kita tengok pada contoh apa ya.. erm haa kata orang tu rupa dia x berapa cantik la kn.. ataupun macam satu kes yang jadi kat seorang perempuan di china kot yang mana rupanya yang masih muda dalam lingkungan 20-an berubah jadi tua macam nenek tua dalam satu malam.. tapi suaminya masih jaga dia walaupun orang sekeliling pandang semacam dan kata macam2.. sehingga dia lari tinggalkan suami dan anak2 dia sebab dia taknak suami dia malu. tapi dia masih meneruskan hidup dia.. tapi jangan kata suami dia biar je.. takk.. suami dia cari la sampai mereka dipertemukan semula dalam rancangan jejak kasih gitu la.. so kita tengok walaupun dia sedih dengan perubahan yang jadi kat diri dia tapi tetap terima cuma dia memilih untuk hidup sendiri dan balut kepalanya bila keluar.. cuba kalau benda ni jadi kat orang yang duk mengata dia tu.. kompem dal lama terjun bangunan kot..


Lagi contoh macam orang sindrom down yang tak pandai menguruskan diri.. then bila xleh buat suatu benda macam orang lain kena marah la..buat sepah kena marah.. sindrome down ni berlaku kerana kecacatan genetik yang tidak dapat dikawal.  Manusia normal mempunyai 23 pasang kromosom( bahan baka yang mengandungi maklumat tentang diri kita) yang mana satu daripadanya diwarisi oleh ibu dan satu lagi dari ayah menjadikan semuanya 46 kromosom. Tapi bagi orang sindrome down mereka ada lebihan 1 kromosom pada pasangan kromosom ke-21 menyebabkan timbul masalah.  sidrome down biasa dikaitkan dengan usia ibu mengandung yang dah melewati 35 ke 40 tahun.. and above.. sempat lagi tambah. tapi tak semua la.. Che Ta pun pregnant umur 45  anak comel lote je.. mereka yang mengalami sindrime down ni mempunyai saiz sel saraf otak sama dengan orang lain tapi lebih kecil jadi mereka sukar atau lambat dalam pembelajaran. aku pun lambat jugak bab study ni.. sel2 x berhubung jugak kot.. hehe.. tapi ada rawatan pemindahan sel stem kultur untuk mereka2 ini supaya boleh jadi macam orang lain dan seeloknya diberi rawatan pada usia muda dalam usia 6 bulan sebelum masuk ke 4 tahun sebab otak kanak2 dah berkembang sepenuhnya pada usia 4 tahun. Namun kosnya agak mahal.. terpulang kepada ibu bapa.  Jadi kenapa Allah kata mereka2 ni mampu? sebab kalau pun mereka x mampu tapi mereka dah lama jadi macam tu.. so itu maknanya mereka mampu la.. walaupun sukar.. Biasa kia tengok orang sindrom down ni waktu kecil je susah nak kawal tapi bila umur makin meningkat nampak macam orang normal jugak diorang dah boleh kawal kelakuan.  Ada jugak yang aku perasan dalam tenet ni orang sindrom pun berjaya dalam hidup.

Then contoh lain macam orang yang ada penyakit OCD (Obsessive compulsive disorder) yang mana kes nya seperti terlalu obses dengan suatu perkara..was-was extreme,. samada dari segi kebersihan, susun atur barang dan sebagainya.. Secara medikalnya ocd disebabkan kekurangan cecair neurotransmitter atau serotonin dalam otak yang menyebabkan maklumat dari saraf dan deria tersekat dari sampai ke otak menyebabkan perlakuan kompulsif.  Jadi pesakit xleh nak bagi tumpuan terhadap apa yang dilakukan. Ingat tak mama zila makwe si papa zola tu.. boboi boy..eh eh eh.. haha dia kan OCD.. abis semua kereta nak disusun nya. selalunya gelagat dan kelakuan pesakit akan akan dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling.. Mak jemah n da geng toksah cakap la kompem bentang minit mesyuarat punye kalau tengok.

Actually penyakit OCD jadi kat seseorang tu secara tiba-tiba maknanya sebelum2 nya dia normal but then pada suatu saat *tingg dia berubah kurang lebih 360 darjah. Biasanya disebabkan bisikan halus dari iblis atau dari hati mereka sendiri. Then mula menunjukkan kelakuan berulang. kalau ditanya pada pesakit pastinya mereka mahu kembali normal tetapi agak sukar untuk pesakit keluar dari penyakit tu serta perlukan masa. Penyakit yang tidak nampak pada zahir tapi cukup menghentak rohani dan jasmani pesakit dan memberi impak negatif yang sangat besar.  Malah ada pesakit yang bertindak untuk bunuh diri disebabkan OCD..begitulah ceritanya.. terharu kan? terharu pulak. racangan bersamamu ke ni? .. udah.. Rawatan untuk pesakit ada ubat seperti SSRI (selective srotonin reuptake inbitor)/setraline seperti zoloft.  Mungkin membantu mengurangkan obsesi kerisauan pesakit.  Mungkin untuk menyeimbangkan cecair serotonin.. Masyarakat sekeliling juga perlu turut sama membantu.  jadi kalau anda berhadapan dengan pesakit ini jangan la hanya mengutuk mereka.. mak ai mengutuk xleh blah.. atau mengata akan penyakit mereka sebaliknya bantulah mereka untuk pulih sebab 'kesakitan' yang mereka lalui itu nyatanya lebih menyakitkan bila ada mulut yang mengherdik mereka.. mengherdik pulak.. suka ati aku je punye bahasa.. itu kan ujian ke atas mereka.. ujian ke? kira ujian la jugak kot.. sakit tu kan datang dari Allah.. kesembuhan juga datang dari Allah.



Kemudian contoh ujian lain kalau difokuskan kepada perempuan kebiasaan  kes nya seperti masalah berkaitan haid atau bahasa mat saleh nya period.  haa color merah gituu. Ada orang yang haid nya teratur setiap bulan perfect punye.  Ada yang tak teratur kadang awal kadang lambat kadang x datang haid berbulan2 bertahun2 kadang haid memanjang.. Nah bila haid jadi x teratur boleh bikin stress jadinya. First menyebabkan kesukaran untuk dapatkan anak, then menyukarkan kita untuk membuat kiraan pusingan haid. Sebabnya mengikut kepada ustazah2 darah haid tu pelbagai.. merah..hitam..kelabu..coklat..kuning.. kalau orang tu dah biasa dan kenal perbezaan warna darah haidnya dia boleh tahu darah tersebut adalah darah haid atau darah istihadhah.  kalau darah haid memang xleh solat la kalau darah istihadah atau darah penyakit kena solat la dengan syarat kena bersihkan dan lapik kain bersih setiap kali nak solat.  kalau orang tu x pandai bab beza darah tu ikut la kaedah kiraan hari.. sebulan ada 30 hari. Maksimum bilangan hari haid adalah 15..  selepas dari 15 hari sekiranya masih ada darah tu kira darah istihadhah.. So, mandi wajib then solat la.  Jangan lupa lapik.  then sekiranya darah masih mengalir untuk hari2 berikutnya sehingga melewati hari ke 30 maka anggap la darah untuk hari ke 31 tu darah haid balik.. haa pusing2.. kiraan nya 15 hari haid.. then 15 hari suci.. begitulah seterusnya.. tu bagi orang yang xtau beza haid dan isthahdah.  Ramai yang haid tidak teratur tapi xtau kira..last nya dok tertanya sorg2..

".. eh ni kira darah haid ke.."
".. baru je minggu lepas habis haid..xkan haid lagi.."
".. awal bulan baru ni spotting je.. tapi lama..dah lebih 15 hari bru bleeding.. nak kira camane ni.. haid ke istihadhah ek.."

Benda2 macam tu la duk meragukan kita.  nak solat kang kot xboleh.. x solat kang kot kena solat.. boleh bikin stress ooo.. kejap tanya ustazah ni kata camni.. "haa boleh2..".. kejap tanya ustazah tu kata camtu pulak "oo xbleh2..".. dah camane.. nak ikut yang ni ke yang tu.. ikut suka hang laa.. hehe.. eh x la.. ikut la kaedah yang aku cakap kat atas tu.. khilaf pendapat berkenaan haid ni memang xkan selesai sampai kiamat bak kata ustazah.



Kalau bagi yang istihadhah tu mereka kena ikut la prosedur bila nak solat. Pergi toilet bersihkan bila dah masuk waktu dan tukar lapik baru.  Apa yang menyusahkan adalah bila keadaan macam tu, kena ke tandas setiap kali masuk waktu solat untuk bersihkan, tukar lapik and bersegera ambik wuduk dan solat.. no excuse untuk belek fb, tengok tv dulu lepas wuduk.  ni ustazah yang cakap bukan aku tau..Then 1 wuduk hanya sah untuk 1 solat fardu atau solat qada KECUALI  solat2 sunat yang dikerjakan selepas solat fardu tu tak perlu la perbaharui wuduk..  Memang agak menyukarkan bila perlu sentiasa bersihkan dan perbaharui wuduk untuk setiap solat fardu.. kecuali kalau takde darah.

Ada orang yang mengalami isthadhah bertahun2.. jadi bayangkanlah sendiri kesukaran dia nak solat tu selama tu.. kalau dia sabar dengan ujian tu maka sangat besarlah ganjarannya.  Keadaan tu sama untuk dikaitkan dengan orang yang daimul hadas. iaitu orang yang sukar mengekalkan wuduknya.. Maybe sebab dia ada masalah angin, kencing tidak lawas, keputihan, dan sebagainya.. So, perlu ikut prosedur juga la.. kata ustaz2.. mereka ini first perlu tunggu apabila masuk waktu solat kena ke toilet dulu la kan..taharah.. bersihkan dulu, berdehem, lapik dan bersegera wuduk.. sekiranya mereka telah berusaha mengikut prosedur tu maka sekiranya mereka terkentut ke, terkencing ke apa2 ter ke.. maka solat tu sah tak perlu diulangi lagi.  kalau ulang memang sampai tahun depan pun tak abis.

Baru2 ni kota Mekah dilanda angin kencang sehingga menerbangkan apa sahaja di situ.. kalau kita tengok pasti tertanya bagaimana jemaah ingn melakukan ibadah haji di sana dengan keadaan angin yang kencang seperti ribut. Blok2 pembahagi jalan malah orang juga boleh terseret bila angin terlalu kuat. Pada 11 september 2015 ketika mana para jemaah haji sedang bersiap2 untuk solat fardu maghrib, malang tidak berbau apabila sebuah kren di sekitar kawasan tersebut telah tumbang dan menghempap jemaah haji. Keadaan waktu tu berlaku dengan pantas.  Setakat aku tulis entry ni seramai 107 orang kalau x silap yang telah terkorban termasuk 3 jemaah dari Malaysia. bertabahlah keluarga mangsa yang telah kehilangan ahli keluarga. Disebalik ujian yang menimpa mereka tersebut juga pasti ada juga hikmahnya.  Mereka beruntung dijemput menghadap Allah pada hari jumaat yang mana kelebihannya akan diberi pelepasan dari fitnah kubur. Mereka juga mendapat mati syahid. Mereka yang meninggal juga dikuburkan di perkuburan Ma'la bersama kerabat Rasulullah. Pastinya mereka kelak akan dibangkitkan bersama Rasulullah pada hari kiamat.  Semoga jemaah yang selamat dapat meneruskan ibadah mereka di Mekah dan dipermudahkan oleh Allah untuk mereka menyempurnakan haji walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Aamin.


Apa sahaja ujian yang diberi kepada kita harus diingat ada hikmah disebaliknya.  Apabila Allah beri ujian bermakna Allah sayangkan kita.. jadi tak perlulah mengeluh kerana setiap ujian yang diberi Allah dah janjikan ganjaran di penghujungnya.. Andai kata kita tidak mampu dengan ujian yang kita dapat, ingatlah bahawa nanti akan ada ganjaran untuk kita. Meski walau sehingga ianya tidak tertanggung maka menangislah kerana tangisan itu bisa membawa pergi kesedihan kita seperti air yang mengalir ke sungai. Manusia jika mampu melihat apa ganjaran yang dijanjikan diatas setiap ujian Allah pasti tidak seorang pun mahu ujian tersebut dikurangkan. Mungkin sahaja dengan ujian tersebut telah merubah diri kita menjadi lebih baik tanpa kita sedar. Atau mungkin sahaja kita hamba yang baik tetapi ada darjah yang belum mampu kita capai jadi Allah berikan ujian untuk kita cuba sampai ke darjah tersebut.  kadang2 kita minta matahari tapi Allah berikan hujan dan kita menangis tetapi rupanya selepas hujan Allah berikan pelangi yang cantik untuk kita. Bila mana kita berdoa pada Allah untuk kurangkan ujian tetapi masih sama bukanlah bermakna Allah tak makbulkan permintaan hambanya. Allah akan makbulkan setiap doa hambanya dan DIA lagi suka hambanya meminta2 padanya tapi Allah postpone supaya kita tidak berhenti berdoa.



Pokoknya kalau kita melihat orang lain yang diuji janganlah kita mengata sebaliknya cuba tempatkan diri kita dalam diri mereka dan kita pasti sedar tahap kemampuan kita sendiri untuk berhadapan dengan ujian itu.  Berat mata kita memandang mereka maka berat lagi bahu mereka yang memikul.

*hulurkan tangan ringankan beban.. tetiba pulak kat hujung jadi bersamamu..hehe

ada ayat2 yang boleh diamalkan bila kita ditimpa ujian seperti berikut.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun :-