Powered by Cincopa

...

Sunday, 28 July 2019

Sana Harris Sini Harris

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni aku nak citer pasal drama kat tv. memandangkan aku ni sekarang bukan la aku yang dulu..zaman sekolah.. 24 jam duk depan tv macam nak masuk dalam tv tu.,iklan pun tengok beriya., sekarang ni x tengok. banyak tengok pc.

1 benda je paling menarik aku untuk tengok drama/filem..1) lucu.. 2) seram.. tapi yang paling menarik nye kalau citer tu lucu. so baru ni aku nampak citer tajuk dia " Cik Reen Encik Ngokngek" lakonan Fikri Ibrahim and Farah Nabilah. citer tu lucu. eh bukan.. sepatutnya citer tu x lucu tapi dia jd lucu sebab hero dia tu ngokngek.


Pengorbanan demi untuk menjaga maruah keluarga sebab pengantin sebenar yakni adik diorang lari dari rumah sehari sebelum majlis perkahwinan tu. so diorang kena kahwin ganti adik diorang walaupun masing2 taknak. yang Cik Reen tu xpa lg, tapi Encik ngokngek tu ada buah hati, si zaza model antarabangasa. cuma masalahnya si zaza tu belum rasa nak kahwin buat masa tu, so xdak pilihan kahwin la si Reen ngn si ngokngek.

Boleh tengok gelagat diorang dalam misi mencari adik2 diorang yang lari tu. kejap ke situ kejap ke sini. Sebab diorang dah janji bila diorang jumpa je adik2 diorang tu then diorang akan berpisah.. macam2 halangan. bila dah jumpa then hilang balik. yang adik2 diorang ni pun satu asyik lari je .ingat ni game polis sentri ka pa..eh2,, tapi walaupun hampir untuk berpisah actually cik reen n encik ngokngek ni tak rela pun nak berpisah sebab masing2 dah jatuh cinta. tapi masing2 terperangkap dengan situasi dan masing2 tanak mengaku. Ditambah dengan si zaza yang sentiasa menuntut janji dari Harris Zakuan..si ngokngek tu la untuk menceraikan cik Reen.



ok dah habis citer tu.. actually sebelum aku nampak citer ni.. aku nak tengok citer "Titian Cinta". citer ni dah lama. eh x la lama.2017. setahun je. akasia. time tu orang punye gila ngn citer ni.. mana2 je aku dengar orang sebut titian cinta.. tapi aku xde la beriya nak tengok. sebab yela aku balik pun sampai umah dh kol 8 dan ke atas. citer pun dah abis kan..

dan macam biasa la aku scroll fb..youtube.. memang aku suka ngadap youtube. macam2 benda nk tengok,. klu boleh ngadap tu la masa jalan laju je x sedar. so aku nampak scene dalam citer ni.. bila aku baca sinopsis aku x bpe paham sebab rupanya dia punye sinopsis mula dari tengah bukan dari awal citer,. ok fine.. dah tengok baru paham..nak tengok citer ni pun kena ada masa sesuai baru la xde kekangan.

Titian Cinta berkisahkan..err macam susah pulak nak ringkaskan citer ni. Rahadatul Aisy(Farah Nabila) yang kawin dengan Umayr Harris(Zul Arifin) atas suggestion dari nenek Harris selepas berlaku kejadian tunang si Aisy, Ryan kena tangkap khalwat dengan tunang si Harris, Sofea yakni kawan baik Aisy. persamaan citer ni dengan citer ngokngek tadi ialah heroinnya sama. kebetulan. Farah Nabila. atau nama pendekknya Fawaa. dan kebetulannya jugak watak hero dalam dua2 citer ni sumenye 'Harris'. macam dah xde nama lain dah dalam dunia drama ni... asal drama je ada nama harris..asal ada nama harris je drama...drama sangatt



So citer ni diorang kahwin la. Aisy tu ok je.tapi si Harris tu kadang hormon dia x stabil orang kata..haha.. kejap ok kejap x.. dah la tanak buang beard.. sejenis yang bizi memanjang.. ko ingat tu cool la.. (tangan di bahu mata ke atas).. sampai saat Aisy difitnah curang dia leh percaya and pukul Aisy.. So Aisy pegi sambung belajar kat oversea.4 tahun. then balik Harris duk kejar dia sebab nak tebus salah dia kat Aisy.  Dalam masa yang sama ada makhluk2 perosak lain seperti Ryan,Danial,and sofea yang x putus asa nak meruntuhkan rumah dan tangga Aisy dengan Harris. haa tambah sorang lagi mak si Harris yang berkenan sangat nk jadikan sofea yang jahatnya nauzubillah tu sebagai menantu dia. eiii x paham aku la.

kalau nak disimpulkan dari 2 drama ni aku boleh kata dua2 nye best. Cuma Titian cinta (TC) tu berat sikit berbanding Cik Reen Encik Ngokngek(CREN). Kalau CREN tu komedi tapi ada sweet nye.. so dia light sikit..mudah diterima.. TC pulak romantik berat, dia punye bersemut dari tengah sampai abis. sebab yang depan nya hero nya banyak makan asam. kelat. Kat tengah citer baru nampak jadi orang.



Aku ibaratkan macam kalau CREN tu macam novel yang nipis. kita baca citer dia best.. enjoy je. watak yang kena maki hamun pun sikit2 je.. sebab x banyak pergolakan dalam tu.  TC pulak ibarat novel tebal ckit. sebab kita x expect watak baik tu sebenarnya jahat.

Pastu TC ada scene hero pukul heroin. heroin kena halau bagai. CREN walaupun hero n heroin x sama2 suka tapi xde la scene pukul bini..kira diorang just go with flow jela...

Watak antagonis dalam CREN pun 1 je. si Zaza tu je. eh ala kira 2 la. masuk sekali manager si zaza. itu pun dua2 xdelah la jahat sangat. geram2 dengan Zaza sebab nak rampas balik Harris tu pun nampak dia still menghormati orang tua. kadang2 boleh lagi baik dengan cik Reen. Ada pulak dalam TC watak antagonis nye 3 orang. Ryan, Sofea, Danial, n kadang2 Datin Seri Nora si mak nye Harris tu pun boleh join sekali. Masing2 punye jahat pun boleh tahan sampai ada niat nak membunuh.  Sampai tahap aku rasa si Aisy ni sepatutnya takleh kuar langsung dari rumah and takleh lepas dari mata pak Rusydi sebab penjahat2 tu di mana2.  Pantang duk sorang kompem muncul hantu2 tu.

Kalau bab scene sedih dalam CREN ada tapi x banyak.  Hanya melibatkan cik Reen dengan cik ngokngek tu je sebab diorang tanak berpisah tapi masing2 ego tanak mengaku. TC scene sedihnya nk kta sikit tapi mcm x sikit jugak. Aisy kena pukul kena halau dengan Harris. dia keguguran. ayah dia mati. mak dia x peduli dia.kejap jela. agak biasa citer novel yang sedih ada scene heroinnya akan kena fitnah bla bla bla then mak ayh dia pulaukan heroin tu. dalam kebanyakan novel yang aku baca biasa ada scene macam tu. part tu macam sadis. sebab tu novel tebal ni kabanyakannya sedih. tapi aku suka la pulak baca novel tebal yang sedeyyhh tu.. banyak pergolakan. ngan aku2 sekali leh nangis baca. tapi kalau aku baca sorang la. kalau baca depan orang memang ibarat aku baca buku teks sekolah la.. xkn nk nangis depan orang. malu la kat orang,





Ape2 pun anda digalakkan untuk tengok citer2 di atas..dan nilaikan sendiri lelaki yang sepeseng manakah dari dua drama ni yang anda suka kalau anda diberi pilihan untuk pilih sebagai teman hidup anda2..samada Harris Zakuan a.k.a Encik Ngokngek yang nak kata kacak tu x la sangat.. putih pun tidak.. tp boleh laa..jenis selamba, suka wat lawak, kadang2 x  serius,.  atau pun Umayr Harris yang sado.. segak.. putih sikit, pandai bermadah, tapi kadang serius dan mudah sentap. hah cer pilih.. kalau aku ni xyah pikir lelama.. walaupun Umayr Harris tu lagi hensem tapi aku rasa aku lebih memilih Harris Zakuan,. aku pandang orang tu walaupun dia x la putih..x la hensem.. tp manis tu ada la. tu dh ok dh. dan kemas. paling penting dia kelakar. tu je. enough. sekian sahaja ulasan saya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       '',

Sunday, 6 May 2018

nothing~

Assalamualaikum

Bila rasa nak tulis blog macam takde masa.. Bila ada masa macam kemalasan nak menaip tulis blog tu pulak..tetiba je jadi xde idea nak menulis.. tah pape..

kalau aku tulis blog pun actually aku pusing2 cakap benda sama je kan.. sebelum ni aku dah cakap dah kali ni aku cakap lagi.. tapi sebenarnya bukan aku kisah dan bukan sape kisah pun aku cakap benda sama.. sebab aku bukan tulis artikel kemasyarakatan untuk bacaan semua orang pun.. aku jugak yang baca nye pun.  ataupun sesape yang tersinggah secara tak sengaja kat blog ni. dan terbaca.. haa ingat ada orang nak baca blog senget ni suka2? orang senget je leh terima blog orang senget ni.. kalau orang skema x dapek den nak nolong.

Pernah tak korang rasa diri korang tak berguna..rasa diri korang loser..?? kalau aku terus terang aku cakap ada je.. tapi cakap kat diri sendiri la xde la cakap macam penyampai radio. heh. ape yang buat aku rasa macam loser tu? yela aku ni sometimes buat keje xleh la nk laju macam orang lain.. orang kata bukan seorang yang fast learner.. kalau nak pahamkan sesuatu tu kena slow2. tambah pulak kalau keje tu nak rushing then boss duk tunggu kat belakang..memang jadi x keruan la diknon.. pastu boss kau kata la kau ni mula la nak gelabah..slow la ape la.. kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain yang boleh buat keje cepat..boleh mudah paham..



Then aku rasa loser bila x dapat nk sempurnakan sesuatu tu macam orang lain. walhal benda tu mudah saje tapi bagi aku susah nye benda tu nak diselesaikan. dan kalau selesai pun hakikatnya ia x sempurna langsung, sekadar menyelesaikan tanggungjawab sahaja.  sebab nanti2 pun ia tetap susah nak jadi sempurna. apa yang ekau dapat..penat saje bila buat benda sama berkali2..tapi kena buat jugak. Hanya setengah orang sahaja yang paham apa yang aku tulis ni and apa yang aku maksudkan.. boleh dikatakan dalam dunia hanya sekelompok sahaja.  itu pun sebab diorang pun sama macam aku.. yang tak paham x payah la paham.  at the end u just gonna said this is ridiculous. eh.. memang rasa loser di situ. loser bila jadi alien.  Jika kita diberikan peluang untuk buat permintaan aku hanya nak masa lalu aku.


Xpelah kat dunia ni Allah uji semua orang.. tiap orang ada bahagian masing2. orang ni diuji begini orang tu diuji begitu. kita jangan pandang apa yang x betul pada orang lain tu sebagai salah dia sebaliknya pnadang ia sebagai ujian untuk dia. Itu bahagian dia, sebagai contoh la macam kakak aku. anak dia ada tahun2 yang datang problem tanak pegi sekolah. kakak aku sorang lagi pulak bebel bila anak sedara aku tu tak pegi sekolah. bebel bila mama dia macam xbalik duk kg je jaga anak dia.  tak pegi sekolah tu salah budak tu sendiri. mama nye pun dalam dilema jugak,. itu bahagian dia. Anak orang lain maybe senang pegi sekolah xyah berkeras.sebab Allah senangkan bab tu..bab lain belum tahu ujian macamana. betul ke pandangan aku ni.



Tahun ni aku dah 29 tahun. still x kawin.. bukan tanak kawin..tapi takde yang ok.. bukan memilih.. tapi setiap orang berhak memilih yang terbaik sebagai pemimpin mereka.. kuasa mengundi di tangan anda..marilah kita mengundi..jom kita mengundi..jom..jom..kita mengundi..
Alamak kompius sudah mood bertukar2 haha.. ok la ok la.. disebabkan aku rasa macam nak kawin sebelum 30 tapi dah nak dekat 30..actually aku terima jela sape yang boleh terima aku..tapi tu pun kalau aku berkenan la.



Aku kalau boleh nak lelaki yang kelakar. itu yang penting. sebab aku kan suka gelak. tanak la yang skema. 24 jam serius. tensen tau dak.. tak kaya sangat xpa cukup setakat dia ada kerja. jangan kedekut,. walaupun tak berduit tapi jangan kedekut sangat, aku kalau boleh bila kedekut bak angg aku reject sebab dari situ boleh tengok samada dia akan berkira atau x kalau beli something kat ahli keluarga kau seksok. atau dah beli pastu nak mengungkit.. nak bersedekah kedekut..  then hantaran aku takde nak mintak puluhan ribu pun kan walaupun orang sekarang nilai hantaran dari segi pelajaran. sebab aku ni takde la pandai sangat kan.. loser pulak tu.. then aku pun tau bukan senang nak kumpul duit. aku respek laki yang boleh kumpul duit beribu2 semata2 nak kawin.. sebab aku sendiri pun susah nak kumpul duit.. xde duit nak dikumpul..

Dah aku takde benda nak diceritakan lagi la..sudah2 la..babai.


Sunday, 7 January 2018

Pegakhiran tahun 2018 bagi megan~~

Assalamualaikum..

Macam yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ni kan boss aku selalu marah aku.. kejap2 nak marah..kejap2 nak marah.. tak jawab kena marah., jawab pn kena marah., tanya kena marah.,x tanya pun kena marah..pokok nya marah la....

Lepas tu kan...kan... masuk la lagi staf-staf baru untuk bahagian site, IT and tak lupa juga bahagian ID. Jadi untuk bahagian ID ni ada la si Melissa dengan si Faiez.. Melissa sebagai ID faiez pulak sebagai 3D visualizer.. macam aku la.. cuma dia bagus dari aku sikit la kot sebab dia dah lama kerja and dia tahu autocad.. tu yang advance nye dia.. aku ni kalau tau autocad baru la senang sikit nak cari kerja lain.. eh tapi aku tau la jugak bukan xtau langsung.. cuma kira aku ni budak tadika la..



Nak dijadikan cerita pada awalnya memang boss aku tu biasa saja.. tapi memang kalau dia x suka ngan idea bebudak ID ni dia cakap je. dan kadang2 dia cakap 'B' walaupun semalam dia cakap 'A'.. Itu perkara biasa bagi aku,wan, ngan sophie yang dah lama duk bawah dia.  TAPI.. melissa ni tegas ckit.. dia dah cakap kt kitorang kalau murphy tak suka ngan idea tu walaupun tak ada salahnya dgn idea tu memang dia akan bangkang balik..

Makanya... pada suatu hari.. sang kancil pun mencari idea untuk menipu buaya.. eh hihihi..  pertandingan bercerita sangatt.. murphy pun panggil melissa untuk  discuss pasal projek hotel Summit yang dekat Subang tu. bila murphy x setuju dengan design yang melissa buat dia cakap la.. bila dia cakap je xpe la kot cuma maybe sebab dia ada menyebut something yang x patut disebut makanya aku dengar la melissa sebut "if u think that i'm not suit to work here then let me go la!.." terus aku toleh ke arah bilik murphy yang sebelah aku je tu. pastu pandang ngan ekor mata jela xkan nak toleh tengok je kan..menyebok pulak..

Jadi dan2 la murphy mintak maaf ngan melissa.. u know murphy xkan lepaskan melissa coz melissa ada experience..dia senior.. maka bermula dari itu la aku tengok murphy ni macam lain macam haha,, every time dia x setuju dengan idea ID dia akan cakap berlapik sikit.. what can i say cara nye seperti nampak berhati2.. lepas tu tiap masa nak gelak je,. klu dulu dia stress buat kerja ada masanya nampak seperti dia mengamuk sorang2 dalam bilik dia tapi xde la sampai campak2 barang,, tapi skang ni ada bunyi jugak tapi bunyi happy.. siap keje dia tu pun dia happy..


Bagus tu memang la bagus..ada perubahan nya.. aku cakap kt melissa ngan faiez.. murphy ni dh lain dh Mel.. sejak u sound dia aritu dia dh nampak ok.. mungkin selepas kena sound tu saluran akupuntur dia dah terbukak..klu tidak... oooo... pastu faiez pulak menyokong apa yang aku cakap..betul Mel.. dulu asal dia cakap ngan eti je nak marah,,. alamak.. aku ingat aku sorang je perasan dia selalu marah aku,, klu dah faiez pun cakap macam tu nampak nye memang jelas la kat mata orang lain aku selalu kena marah,. hihi.. tapi dia punya suka gelak tu sampai aku rasa dia dah macam tak betul hahaha.. xpelah biarlah dia..

So untuk pengakhiran 2017 ni Rizz sebagai otai dalam megan tu yang mana dah bekerja selama 5 tahun atau dalam bahasa lain sudah 5 tahun bertahan dalam tu..haa akhirnya dia pun dah bertukar kerja,.pergi meninggalkan Megan. Farah pun dah pergi dari Megan setelah 3 bulan di situ. Jujur  aku katakan nasib baik masih ada kak ekin sebagai otai kat situ. andai kata kak ekin pun keluar dari megan seolah seperti kami tiada kakak yang bertindak menjaga adik2nya.

Dan kalau ditanya bila pulak aku akan keluar dari situ..jawapannya selagi masih ada kak ekin..ada wan dan sophie.. atau pun..bila aku dah nak kawin..aku berenti la..haha.. jadi dari statistik yang telah aku buat selama 2 tahun keberadaan ak kt megan tu aku kira dari januari  2016 sehingga disember 2017 la..lebih kurang 28 orang telah masuk dan pergi dari megan..omg..

Untuk masa sekarang masih berbaki 10 orang staff kat situ tidak termasuk incik2 boss.. sume masih biasa..suka ngumpat boss haha.. yang paling berdrama  kalau bab citer pasal boss time masuk opis tu melissa la. kalau sophie xde dia akan bawak bekal dia xkan kuar makan dengan murphy. pastu faiez tukang tokok tambah sebab diorang je yg paling awal smpai opis. faiez ni orang klate jugak sebab tu aku potpet2 ngan dia kot loghat kitorang je. tapi dia dah lama x duk klate dia kawin orang cini mak ayah dia pulak dah duk perak.




Tapi tu la aku lagi senang cakap ngan faiez sbb ktorang sama negeri cakap loghat sendiri la. Ngan wan xde la nk potpet2 sangat walaupun ok je. sebenarnya ok je cuma aku ni tak cakap ngan orang yang lebih kurang sebaya aku ni dengan bahasakan 'aku'.. kalau orang tu lagi tua memang la ku bahasakan saya. tapi bila dah orang tu start bahasakan dirinya 'aku'..'ko'.. jadi aku pun xtau nak bahasakan diri macamana,. tu yang aku jarang cakap..kalau cakap pun straight je xde nk bahasakan diri ape,.kalau faiez tu ore klate aku bhsakan 'kito' la..no hal.. mcm wan tu dia bahasakan 'aku'..'ko'.. jadi aku mcm jarang nk communicate. plus dia tu klu mcm faiez buat lambat ckit dia xde nak marah pun..klu aku wat lambat kang perli aku la dh setahun buat x siap lagi.. kalau cakap ngan sophie ngan melissa ngan orang lain bahasakan nama.. kalau cakap dengan aku ni nk suh dia bahasakan nama?? lambattt lagi...hahaha..dah macam gaya sherry.. ko tunggu tengok kalau ada pompuan cantik yang sebaya dia masuk kje kt ctu kan ape dia nak bahasakan diri nanti.. hahaha aduss macam nk tengok maharaja lawak pulak ni...kakaka

oklah malas la nak tulis panjang2..walaupun dah panjang.. sebab nanti nk tulis lagi..hhaaha..chow..assalamualaikum..

Tuesday, 2 May 2017

Kenapa belum kawin?

Assalamualaikum..

Entry untuk tahap kerajinan melampau..  ada waktu2 nya saje ni aku boleh update aku punye blog.. klu tak memang xde berkesempatan nye la aku nak update blog ni..apatah lagi aku kalau tulis aje panjang.. memang la x sempat..kalau pendek tu sempat la.. tapi kalau pendek tu macam x kena la pulak.. aku rasa macam "ishh..ni bukan aku ni.. pendek sangat ni,. patutnya 2 marhalah ni.." kakakaka nampak tak.. kebongokan di situ..

Sempena menutupi kesunyian yang melanda hati ini (ayat macam budak tak sekolah ) aku nak tulis pasal diri aku la..(selama ni aku tulis pasal diri aku je pun mana tulis pasal orang lain). Agak2 nye pada abad bila kah aku akan berkahwin?

Yelah umur dah nak masuk 3 series.. kalau lelaki xpa x kisah pun.. standard 28 x kawin lagi xde hal la.. tapi pompuan ni kalau umur 30 automatik jadi anak dara tua a.k.a andartu. Tapi terpulang la x semua orang pandang orang yang kahwin lambat ni andartu.. macam sesetengah artis kan yang belum kawin lagi tu diorang nampak muda je walaupun umur mereka dah melebihi 30 dan ada yang melebihi 40 tahun.

Tapi aku tanak la kawin lambat.  Cuma jodoh tu belum sampai lagi.  Dulu ada la masa sekolah kot budak2 belajar dari mana la tah tafsir ramalan bila rakan2 diorang akan kawin.  diorang teka aku.. dalam 30 lebih jugak la. Tapi itu kan cuma ramalan. jangan dok caye sangat..syirik.. walaupun memang sekarang aku x kawin lagi pun.. eh.. hahaha

Alaa bukan aku tanak kawin awal.. macam aku cakap tadi la jodoh belum sampai.  Kadang2 dia nak sampai tapi aku sekat dia..ngeee.. xdelah2 aku x terima tu ada la sebab2 dia.. salah satu nya macam yang diceritakan dalam post yang sebelum ni la.. Lagi satu la kan yang aku kompius,. kenapa ramai yang chat ngan aku kebanyakan nya berasal dari negeri johor.. aku bukan la nak bersikap kenegerian,. cuma apa yang aku pikir kelatan dan negeri johor tu sangat la jauh.  sedara mara aku ramai yang kawin ngan orang johor sebab diorang keje kat sana. tapi diorang punya perjalanan balik raya tu aku pulak rasa nak mengeluh.. jauh benor..

Xpelah tu semua kira alasan sampingan jelah.. sebab alasan utama nye duit. Aku xde simpanan untuk kawin pun.  Mana nak ada simpanan nye wei.. bayar kete bayar sewa umah api air.. minyak kete yang asyik naik memanjang. tol.. separuh gaji ataupun lebih mungkin adalah pegi ke kete. pastu bagi mak aku la. yg lebih cket tu aku guna untuk barang dapur cini.. untuk beli barang aku ckit.. nak shopping baju ape sume tu memang tak la.. gaji aku bukan la banyak. boleh bagi mak aku ckit tu pun kira ok la tu.  kalau tengok orang lain pegi bercuti sana sini tu kalau diajaknya kita memang aku tak mampu la. xpelah tima kasih la. Kalau boleh save duit tu nasib la tapi untuk roadtax dan insurans kete la gunanya. Jadi nya untuk ke arah kawin tu memang x nampak la.

Dalam umah sewa aku ni ada jugak kakak2 yang belum kawin lagi.  Jadi bila diorang bercakap tentang majlis kawin begitu begini aku dengar je tapi tak beriya sangat la err.. tu sume perlu duit kott.. aku mana ada duit,, lagipun aku xnak la majlis yang grand2.  Aku malu la orang tengok aku bersanding. ( ni alasan paling bongok kan haha).. yela macam bongok tapi boleh percaya.  Aku kalau bercakap ngan orang aku takkan pandang tepat ke mata orang tu..kalau tengok tu kejap2 aku pandang tempat lain.. Tambah2 lagi kalau lelaki,, erkk.. jadi kalau tanak sanding kira aku pi nikah umah tok kadi jela kan abis citer.. hahaha

Biasanya la kan kalau setengah pompuan kalau ada lelaki kacak kompem berebut punya pakat cop.  paling tidak mesti duk usha,  x kisah la kan.  bak kata sedara aku la.. nak cari pakwe kena la jadi gelennya (gatal).  aku ni bukan jenis gatal. abis patut la lambat kawin kot. jarang aku nak cakap orang tu hensem. paling tidak pun aku cakap dalam hati jela.  nak dijadikan kisahnya bercakap ngan laki pun aku jarang nak pandang tepat ke mata kan..

kalau kata aku duk kat 1 tempat ada beberapa laki tambah2 kalau laki tu boleh dikatakan agak hensem ke kan.. aku memang akan tunduk jela xpun tumpukan pada kawasan lain..main tepon ke.. tapi kalau tepon xde wifi nak tengok ape..game pun xde.. tepon cikai kan x cukup space nak download game bagai.. xkan nak tengok je tepon tu..macam gila la pulak.. kalau pandang kang dia kata kita usha dia pulak,.. xpun dia kata kita gatal pulak.. pastu aku bebel dalam hati "lambat nya orang ni basuh kete bila nak panggil.. lambat nya tren.. bla bla"

Pastinya sume pompuan nak laki yang hensem walaupun diri x cantik pun.  Kalau tanya aku pun aku nak. kalau ada orang kata saya tak pandang paras rupa tu tah leh caye ye tah tidak.. paling tidak pun pandang jugak la cikett...  Tapi aku percaya kalau pun pasangan kita tu x sehensem orang lain tapi bila kita dah duk sama dengan dia dah kenal hati budi dia.. dia yang sudi terima kita seadanya, bertanggungjawab ke atas rumahtangga yang dibina, sudi menyayangi kita melebihi dirinya sendiri.. kita akan rasa dia sudah cukup hensem. kita xkan pandang orang lain (pandang jugak la kalau lalu depan mata). kiranya hensem tu dari dalaman dia,

Jadi walaupun aku pun suka yang hensem tapi aku x berani taruh harapan. macam aku cakap tadi kalau orang lain berebut nak cop orang hensem tapi aku pulak wat xtau.  Sebab kita kena sedar diri.  kita x secantik orang lain. aku ni x pandai nak bergaya.. x pandai make up. cuba tengok gadis2 sekarang pandai bergaya dengan shawl.. aku senang cakap aku x pandai nak pakai shawl. kalau pakai tu serabut je rasa. asyik kena betulkan je. tu pun kejap je rupa orang.. lepas tu dia jadi macam chandramukhi.. tau x watak pompuan citer tamil yang gila kusut masai tu. jadi untuk kesenangan aku pakai bawal sudah la. ok what.. aku x pakai tudung saji tu pun dah kira bagus dah.

Jadi pada aku yang sedar diri ni kan.. kalau orang tu hensem.. berduit.. xkan la dia nak pandang kita yang xde ape ni.  yang hensem mesti la nak cari yang pandai bergaya.. baru la matching.

ape2 jelah,. Tapi itulah bila nak pikir pasal kawin tu aku akan terpikir pasal orang lain.  Dalam family aku tinggal aku je yang belum kawin. orang lain sume dah kawin, Jadi hari raya aku yang akan ada kat umah. kemas umah.. pasang pelita.. wat kuih.. lagipun hari raya aku akan balik kampung ngan kakak aku.. aku drive.. kakak aku jadi co-pilot. sebab aku time drive mata aku suka pejam, kalau aku kawin maknanya kakak aku kena tunggu abang ipar aku hantar balik kampung la sebab abang ipar aku tu kawin dua. kakak aku no 2. jadi raya puasa biasanya abang ipar aku raya ngan bini 1. raya haji baru balik kampung aku,

Lagi pula andai kata la kan aku kawin nanti belum tentu lagi aku kena duduk KL ke duduk ngan laki aku ke.  aku pun xtau laki aku tu nanti datang dari pelusuk mana kan.. jadi tinggal kakak aku sorang la kat sini.. eh tapi ada je orang lain. cuma kalau orang lain takde tu jd sorang la,. maybe aku perlu sewa jugak bilik aku sekarang ni sebab kadang2 mak aku ke kakak aku ke abang aku ke datang cini ke kan biasanya diorang akan duk bilik aku,  kalau kembar aku datang ngn laki dia aku akan tido luar diorang akan tido dalam bilik.. kalau kakak aku datang ngn laki ngn anak nya pun aku akan pindah tido luar.

Jadi apa lagi alasan yang menjadikan aku lambat kawin,,  tapi kan.. eh banyak la tapi nye pun,,  aku macam x nampak jodoh aku tu tau..xtau la penah tulis ke x ni,, contoh macam aku penah mimpi aku nak kawin.. tapi belum sempat aku tau aku kawin ngan sape dah pagi..dah kena bangun.. kikikiki.. pastu ada lagi pernah mimpi aku kawin sekali ngan kembar aku.. walaupun hakikatnya kembar aku dah kawin, majlis akad tu terlewat ckit ke petang ckit..jd bila dah sampai time tu petang tu dah pagi,, dah kena bangun..ko rasa??  aku pun jadi xtau aku kawin ngan sape.. adoyai,, ke memang tak berjodoh kat dunia.. eh..

xpelah kan kalau ada jodoh tu kawin la aku.  dapat orang yang cintakan kita tu dari baik daripada yang kita cinta, tapi kalau kita x cintakan dia payah jugak kakakaka..  kalau boleh aku nak dia terima segala kekurangan aku yang banyak ni.

Sunday, 30 April 2017

Salahkah aku?

Assalamualaikum..

Disebabkan sekarang ni aku takde keje jadi rasa nak menulis jela.. tak tau la sebelum ni aku pernah bercerita atau tak..  oo ya memang pernah bercerita cuma cerita simple je,. pasal boss aku,  Actually aku xde la nak citer ape2 pasal dia pun cuma aku anggap blog aku ni sebagai tempat untuk aku luahkan perasaan. Yela nak luah kat sape lagi kan pegi keje ngadap pc balik keje ngadap tepon.. tapi ngadap jela bukan ada sape2 pun untuk luahkan isi hati,.

Alkisahnya aku ni jenis yang slow cket. Boss aku pulak sume benda dia nak cepat.  Aku boleh je wat cepat tapi apa gunanya kalau aku x ikut design betul2., dimension x sama dengan site measurement, x guna sebab bila aku pass je 3d tu dia akan check and on da spot bila dia perasan ada je yang lain cket dia akan tanya aku what is this? kenapa lain? this is salah..salah.. you do without thinking.. ermmm...😞



Jadi better la aku buat betul2. ikut measurement betul2. biar lambat asal selamat..gitteww... yela aku tau sometimes aku ada janji dengan dia aku boleh siapkan cepat.  Tapi.. terkadang tu ada la hal2 yang membuatkan aku xleh nak buat benda tu cepat. tambah pulak bila aku cuba untuk stay up tanak tido malam2.. tapi tertido jugak..tu yang menyebabkan aku lambat,

Lagi pun sekarang ni ada budak intern kat opis.. sebelum ni 2 orang,. tapi sekarang tinggal sorang,.tapi dua2 nye pun dari yaman.  study kat LIMKOKWING UNIVERSITY.  Walaupun diorang amik kos ID tapi ada yang diorang tak tau. 3D max pun diorang xtau sangat.  Tapi itu tak pelik.  Aku sendiri pun belajar IT tapi bila pegi latihan industri haramm aku xtau ape.. orang kat tempat LI tu jugak yang kena ngajor.

So kekadang diorang akan tanya aku especially apabila melibatkan penggunaan 3D max.  Makanya apabila aku tergesa2 nak buat keje aku pastu diorang nak tanya aku apa2 aku kena la stop and ajar diorang.  terbantut la kat situ. Tapi xpelah selagi aku boleh tolong tu aku ok je.




Yang masalahnya boss aku tu,, bila dia mintak keje  and aku cakap x siap lagi memang dia akan panggil aku ngan Wan masuk bilik dia.  Ok aku masih ingat lagi dia pernah bandingkan aku dengan freelancer lain yang jauh lebih hebat,. dan pernah bagi warning kat aku kalau aku xleh buat memang dia akan cari staff baru.  ok itu satu.

Yang baru ni kes buat 3d untuk desaru punye hotel jugak. tapi untuk executive suite. dulu dah pernah buat ikut idea dato Eugene yakni pemilik hotel tu. tapi kemudian dia nak ubah. So idea baru tu aku ikut wan la tapi iyelah kadang2 aku ni bengap xleh nak tangkap idea yang wan bagi tu.  Aku jadi blurr.. bila dah blurr tu buat 3D nye pun tah pape.

Sudahnya Kena lagi ngan boss, "what is this.. this is salah..salah..salah.. do without thinking.. tell me whats the problem.. i just need 4 view. 2 different concept. why so long? ok i give you one day until tomorrow to finish all the view." then dia cakap kat wan suh explain kat aku betul2. sebab katanya aku ni macam komputer.. ikuttt je straight... dulu cakap otak aku macam kotak..sekarang cakap mcm komputer pulak.. Aku macam biasa la dah dia membebel aku diam jelah,. kena warning lagi kalau x siap.

Aku tau si wan tu pun marah sebab aku lambat.. tapi aku pun nak protes jugak. Dah tau aku ni komputer dia pulak bagi info kejap begitu kejap begini tak clear.  Kalau aku tanya banyak kan takut nye kata aku ni bengap sangat x paham2. Menyusahkan dia pulak nak kena explain berkali2. Dia dah la banyak keje.

Terkadang aku nak protes jugak la bila dah dia tanya aku apsal lambat sangat.. apsal bila boss bebel aku diam je,  Aku jawab kt wan slow jela "dah dia rasa dia betul biar jela.." saje aku jawab slow macam tu. actually bukan tu pun yang aku nak cakap.  then dia pulak tinggi suara tanya "apa???" "ko ni la cakap x jelas.. dah tu dia bebel ko diam je lagi la dia buat ko macam tu." " cakap jela aku bagi idea.  macamana aku nak tolong ko."

Aku cakap dalam hati " kalau betul nak tolong aku kenapa x cakap sendiri kat boss tu yang idea tu dia yang bagi kat aku.." tu yang aku rasa nak protes 😒.  Aku suruh je dia balik dulu.. mula la nak nangis ha . Alang2 dah xde orang.  Kalau ikutkan aku boleh je balas balik kat boss tu yang idea tu wan yang bagi. tapi aku tanak la kang kt belakang orang cakap aku ni asyik salahkan designer je.  sebab tu aku diam je.



Aku x kisah kena marah sebab aku tau berapa lama boss nak bebel kat aku pun.. macamana dia nak marah aku sekalipun.. at least dia xleh nak wat ape sebab aku bukan la seorang designer.. jadi kalau dia bebel panjang pun dia tau yang dia xleh nak salah kan aku 100 %.  Tapi kalau aku cakap itu idea designer.. abis designer la pulak yang kena. how come designer bagi idea yang x cantik.. dah kehabisan idea ke ape. So daripada menjatuhkan maruah sape2 baik aku diam je.

Tapi kadang2 aku pikir kalau designer salah sekalipun aku tau boss xkan warning ataupun pecat designer sebab wan ngan sophie je designer yang ada kat citu.  kira aset jugak la. aku ni lain la xde ape2 nilai. sebab tu asyik kena warning..  boss pun macam x suka aku. apa2 dia akan tnya wan dengan sophie. walaupun aku kat situ, kalau aku cakap belum siap dia akan seru wan untuk tanya pada aku walaupun aku depan mata dia.  pastu jangan tanya kenapa aku x balas bila boss says "bye" time dia nak balik.. sebabnya dia x kata kat aku pun.. dia akan says "bye" sambil tengok wan..sophie..aku walaupun duk dekat mata dia tu dia x tengok pun.  jadi kalau aku jawab 'bye' nampak la aku muka x malu kan.

Hari cuti aku balik kg tapi aku buat je keje aku siap usung pc tu bawak balik kg. apa2 pun aku dah pass keje tu kat boss aku.  Tapi xde respon pun nampak nye. Sampai satu hari aku tanya wan camane ngan view yang aku wat tu.  Wan cakap design tukar lain pulak.  Ya ampun,

Oklah bila dah kena wat lain tu design nye berkonsepkan bali la pulak.  kena wat 4 view.  Yang aku tau aku kena wat 2 view and budak intern buat 2 view. budak intern pun buat 1 view je. jadi aku sedar la aku kena wat 3 view. tapi aku sendiri pun xtau kenapa xleh nak siap untuk bagi kat boss hari yang aku janji.  Kena panggil masuk bilik boss lagi la. " tell me whats the problem. kalau u dah takde mood nak keje kat sini say it out!. kena bebel lagi macam biasa. then katanya "no matter what it is i want all the view by tomorrow..before 12. if not..don't come to see me.." errmm kena warning lagi..

Aku balik ke meja sambung keje.. bila pikir diri ni asyik ken warning je..asyik disalahkan je nak menitis jugak la air mata tapi aku wat biasa jela. aku sedar diorang ni takut nak tegur aku time tu sebab aku diam je. Siap si Sophie ni pi intai aku dari depan sebab dia pikir aku nangis.  tapi Esoknye aku masuk opis lewat ckit la sebab aku tanak bila kat opis dia tengok aku still render,. better siapkan kt umah dulu at least aku masuk opis dia mintak aku dah boleh bagi.

Pastu kena wat stage pulak untuk banquet hall kat desaru tu jugak la.  Perlu diingatkan apa yang aku buat adalah berlandaskan idea dari wan sebagai designer kat situ x kira dari segi idea design.,view dan sebagainya.  wan dah kata wat simple..dan dia setuju view yang aku buat. katanya boss yang suruh wat simple..  tapi bila aku pass kat boss aku kena kecam lagii!!.. adoyai.. dia kata apa yang aku buat macam budak sem 1. kalau dia bagi freelancer wat kompem much better, katanya. so dia mintak aku buat balik lagi better dari yang freelancer dato buat aku yang kena. " if u cannot make it u know what i'm going to do!"

Apalah nasib kan asyik kena warning je.   Tapi syukur la kan Allah tolong permudahkan aku untuk siapkan keje aku tu dengan baik.  Terima kasih Ya Tuhan,

Itulah bila dipikirkan2 aku ni sepatutnya dah lama x duk kt megan tu.  patutnya dah berapa kali dia fired aku, tapi itu la kan,, cuba agak.. kalau pun aku dah kena pecat..bila2 jela kn.. dia kena la cari staff baru sedangkan dia asyik call orang interview tapi langsung x amik jadi staff. pastu kalau dapat staff baru yang menggantikan aku maknanya orang tu haruslah stay kat citu tanpa ada niat untuk berenti dalam masa terdekat seperti kebanyakan staff baru yang lain.. orang tu kena wat cepat2 secepat yang boleh kalau tanak kena bebel. orang tu kena la tau keje dia bukan takat duk kt meja wat keje tapi kena bangun bukakkan pintu setiap kali orang tekan loceng mintak bukak pintu. sekerap yang boleh la. itu je.... peace~



Terover panjang pulak.. sesi meluahkan rasa sangat,  takde kawan nak luahkan.. so bila dah terluah tu jadi terpanjang la..



Sunday, 12 February 2017

Kalau suka katakanlah

Assamualaikum..

Sambungan kepada entry sebelum ni, masih berkisah topik yang sama. ok umur aku tahun ni 28 tahun.. di ulangi, 28 tahun hokeyy. belum masuk 30 lagi.. haha ok la tu kn.. kalau aku cakap tahun lepas umur aku 27 kan rasa tua pulak walaupun hakikatnya memang p0nnn... Kembar aku dah kawin 4 tahun tak silap aku. Dah ada anak sorang. Ermm..

Aku pernah katakan pada sorang mamat ni yang selalu duk chat ngan aku.. sebab dia pernah la ajak aku jadi makwe dia. memang beriya sangat dia nak kawin. Nak ikut sunnah Nabi katanya kawin umur 25. Aku pernah la cakap2 aku kalau nak kawin pun tunggu lepas Eni ada anak.  Kenapa tau.. first aku tak boleh nak pikir pasal kawin sebelum ni sebab ada la masalah2 peribadi tu.. Then sebab Eni belum ada anak walaupun dah 3 tahun kawin. So bayangkan kalau aku kawin then aku ada anak dulu. Just better kte tunggu dia ada anak dulu.  Sambil aku teruskan hidup kais pagi makan pagi tu dulu.


Berbalik kepada orang yang disebutkan di atas, dia rasanya sama umur la kot ngan aku. Dia orang terengganu.  Kalau diikutkan dia ok je sebenarnya. walaupun aku selalu je dok marah dia.  Macam yang aku pernah cakap aku memang suka marah orang laki yang chat ngan aku.  Pada aku, biarlah orang kenal aku sebagai seorang yang keras hati.  Sebab kalau bajet ayu pun lama2 klu dah jadi singa kita xtau camane penerimaan orang tu. so kalau dia nak terkejut ke., baik dia terkejut awal2..hahaha

Tapi kalau aku marah orang yang chat ngan aku pun bukannya aku maki dia pun.. aku cuma berkeras hati je.. itu pun bila orang tu bagi emoji yang over atau pun bila orang tu panggil dengan panggilan yang tak sesuai bagi aku yang bukan makwe dia ni. jadi jika tidak menjaga batas tu aku tukar la jd raksasa.grrrr..


Lagi pun aku suka marah diorang sbb aku nak tau kalau dia betul serius boleh ke dia bertahan kena marah ngan aku.  Sebab ada yang bila aku berkeras hati tanak bagi no phone setelah dimintak berkali2 diorang akan sentap pastu block aku. jadi aku x kisah. Maknanya orang tu jenis yang agak memaksa. x sume benda yang kita nak kita leh dapat on da spot. tapi mamat yang aku ceritakan di atas ok dia x paksa walupun bertahun dia mintak.

Dan perlu mereka tahu walaupun aku suka marah tapi hakikatnya kalau depan2 aku bukanlah seorang yang suka marah. orang je yang suka marah aku. kalau depan2 aku diam seribu bahasa.. sama la macam bos aku or kawan opis aku marah aku diam je.

ok berbalik kepada citer mamat yang kat atas tu aku agak keberatan untuk kata ya sebab family dia jenis yang warak. family aku ni termasuk aku la bukan la nak kata sosial tapi kami biasa2 je. kami tak terlalu sosial tapi kami tak warak.  Means aku ni bukan la jenis yang pakai tudung setiap masa.  di luar memang bertudung tapi di kawasan rumah takde la sangat. Jadi nye untuk bergandingan tu kita xtau apa pandangan mereka pada kita. Memang terkadang aku rasa perlu pilih dia untuk dapat tegur mana yang kurang dan mudah sebagai rujukan.

Lagi pula aku suka dengan minat dia.  Dia minat ternak binatang dan bercucuk tanam sampai dia berenti keje ternak kambing.  Aku pun ada cita2 nak ternak binatang bagai tapi tu la xde tanah.. takkan nk guna tanah orang.

Dia x pandai masak sangat tapi dia cuba gak la nak masak singgang  bagai..  Bagi aku memang aku tak mencari orang laki yang hebat masak aku cuma nak laki yang suka makan, rajin masak atau pun at least tau masak.  sebab kalau dia hebat masak mau nye dia duk komplen aje ape yang aku masak. aku memang suka masak tapi aku x suka test rasa dia.. dalam erti kata lain masin ke tawar ke aku peduli ape makan jela. orang dah masak.

Dia bukanlah jenis yang cepat reply mesej. terkadang lambat nk reply.  tapi xleh nak cakap dia jugak sebab aku pun jenis yang lambat jugak.  Aku ni suka laki yang kelakar sebab aku suka gelak.  Aku sendiri pun suka wat lawak.  Tapi dia pulak xde la suka wat lawak sangat. Aku dalam setiap percakapan aku tu kalau boleh aku nak selitkan dengan unsur lawak. sebab aku tak suka serius. tu pasal la masa sekolah kawan aku gelar aku badut. sampai tengok muka aku pun depa nak gelak. tapi perbuatan tu memang buat aku tersinggung.sumpah,



Apa2 pun dia dah kawin dah pun. Isteri dia memang warak. pakai purdah lagi. sesuai la untuk dia.  much better than me, kitorang pn dah lama x chat walaupun ada je dalam media sosial tu tiap masa.