Assalamualaikum..
Untuk entry kali ni aku nak citer pasal drama kat tv. memandangkan aku ni sekarang bukan la aku yang dulu..zaman sekolah.. 24 jam duk depan tv macam nak masuk dalam tv tu.,iklan pun tengok beriya., sekarang ni x tengok. banyak tengok pc.
1 benda je paling menarik aku untuk tengok drama/filem..1) lucu.. 2) seram.. tapi yang paling menarik nye kalau citer tu lucu. so baru ni aku nampak citer tajuk dia " Cik Reen Encik Ngokngek" lakonan Fikri Ibrahim and Farah Nabilah. citer tu lucu. eh bukan.. sepatutnya citer tu x lucu tapi dia jd lucu sebab hero dia tu ngokngek.
Pengorbanan demi untuk menjaga maruah keluarga sebab pengantin sebenar yakni adik diorang lari dari rumah sehari sebelum majlis perkahwinan tu. so diorang kena kahwin ganti adik diorang walaupun masing2 taknak. yang Cik Reen tu xpa lg, tapi Encik ngokngek tu ada buah hati, si zaza model antarabangasa. cuma masalahnya si zaza tu belum rasa nak kahwin buat masa tu, so xdak pilihan kahwin la si Reen ngn si ngokngek.
Boleh tengok gelagat diorang dalam misi mencari adik2 diorang yang lari tu. kejap ke situ kejap ke sini. Sebab diorang dah janji bila diorang jumpa je adik2 diorang tu then diorang akan berpisah.. macam2 halangan. bila dah jumpa then hilang balik. yang adik2 diorang ni pun satu asyik lari je .ingat ni game polis sentri ka pa..eh2,, tapi walaupun hampir untuk berpisah actually cik reen n encik ngokngek ni tak rela pun nak berpisah sebab masing2 dah jatuh cinta. tapi masing2 terperangkap dengan situasi dan masing2 tanak mengaku. Ditambah dengan si zaza yang sentiasa menuntut janji dari Harris Zakuan..si ngokngek tu la untuk menceraikan cik Reen.
ok dah habis citer tu.. actually sebelum aku nampak citer ni.. aku nak tengok citer "Titian Cinta". citer ni dah lama. eh x la lama.2017. setahun je. akasia. time tu orang punye gila ngn citer ni.. mana2 je aku dengar orang sebut titian cinta.. tapi aku xde la beriya nak tengok. sebab yela aku balik pun sampai umah dh kol 8 dan ke atas. citer pun dah abis kan..
dan macam biasa la aku scroll fb..youtube.. memang aku suka ngadap youtube. macam2 benda nk tengok,. klu boleh ngadap tu la masa jalan laju je x sedar. so aku nampak scene dalam citer ni.. bila aku baca sinopsis aku x bpe paham sebab rupanya dia punye sinopsis mula dari tengah bukan dari awal citer,. ok fine.. dah tengok baru paham..nak tengok citer ni pun kena ada masa sesuai baru la xde kekangan.
Titian Cinta berkisahkan..err macam susah pulak nak ringkaskan citer ni. Rahadatul Aisy(Farah Nabila) yang kawin dengan Umayr Harris(Zul Arifin) atas suggestion dari nenek Harris selepas berlaku kejadian tunang si Aisy, Ryan kena tangkap khalwat dengan tunang si Harris, Sofea yakni kawan baik Aisy. persamaan citer ni dengan citer ngokngek tadi ialah heroinnya sama. kebetulan. Farah Nabila. atau nama pendekknya Fawaa. dan kebetulannya jugak watak hero dalam dua2 citer ni sumenye 'Harris'. macam dah xde nama lain dah dalam dunia drama ni... asal drama je ada nama harris..asal ada nama harris je drama...drama sangatt
So citer ni diorang kahwin la. Aisy tu ok je.tapi si Harris tu kadang hormon dia x stabil orang kata..haha.. kejap ok kejap x.. dah la tanak buang beard.. sejenis yang bizi memanjang.. ko ingat tu cool la.. (tangan di bahu mata ke atas).. sampai saat Aisy difitnah curang dia leh percaya and pukul Aisy.. So Aisy pegi sambung belajar kat oversea.4 tahun. then balik Harris duk kejar dia sebab nak tebus salah dia kat Aisy. Dalam masa yang sama ada makhluk2 perosak lain seperti Ryan,Danial,and sofea yang x putus asa nak meruntuhkan rumah dan tangga Aisy dengan Harris. haa tambah sorang lagi mak si Harris yang berkenan sangat nk jadikan sofea yang jahatnya nauzubillah tu sebagai menantu dia. eiii x paham aku la.
kalau nak disimpulkan dari 2 drama ni aku boleh kata dua2 nye best. Cuma Titian cinta (TC) tu berat sikit berbanding Cik Reen Encik Ngokngek(CREN). Kalau CREN tu komedi tapi ada sweet nye.. so dia light sikit..mudah diterima.. TC pulak romantik berat, dia punye bersemut dari tengah sampai abis. sebab yang depan nya hero nya banyak makan asam. kelat. Kat tengah citer baru nampak jadi orang.
Aku ibaratkan macam kalau CREN tu macam novel yang nipis. kita baca citer dia best.. enjoy je. watak yang kena maki hamun pun sikit2 je.. sebab x banyak pergolakan dalam tu. TC pulak ibarat novel tebal ckit. sebab kita x expect watak baik tu sebenarnya jahat.
Pastu TC ada scene hero pukul heroin. heroin kena halau bagai. CREN walaupun hero n heroin x sama2 suka tapi xde la scene pukul bini..kira diorang just go with flow jela...
Watak antagonis dalam CREN pun 1 je. si Zaza tu je. eh ala kira 2 la. masuk sekali manager si zaza. itu pun dua2 xdelah la jahat sangat. geram2 dengan Zaza sebab nak rampas balik Harris tu pun nampak dia still menghormati orang tua. kadang2 boleh lagi baik dengan cik Reen. Ada pulak dalam TC watak antagonis nye 3 orang. Ryan, Sofea, Danial, n kadang2 Datin Seri Nora si mak nye Harris tu pun boleh join sekali. Masing2 punye jahat pun boleh tahan sampai ada niat nak membunuh. Sampai tahap aku rasa si Aisy ni sepatutnya takleh kuar langsung dari rumah and takleh lepas dari mata pak Rusydi sebab penjahat2 tu di mana2. Pantang duk sorang kompem muncul hantu2 tu.
Kalau bab scene sedih dalam CREN ada tapi x banyak. Hanya melibatkan cik Reen dengan cik ngokngek tu je sebab diorang tanak berpisah tapi masing2 ego tanak mengaku. TC scene sedihnya nk kta sikit tapi mcm x sikit jugak. Aisy kena pukul kena halau dengan Harris. dia keguguran. ayah dia mati. mak dia x peduli dia.kejap jela. agak biasa citer novel yang sedih ada scene heroinnya akan kena fitnah bla bla bla then mak ayh dia pulaukan heroin tu. dalam kebanyakan novel yang aku baca biasa ada scene macam tu. part tu macam sadis. sebab tu novel tebal ni kabanyakannya sedih. tapi aku suka la pulak baca novel tebal yang sedeyyhh tu.. banyak pergolakan. ngan aku2 sekali leh nangis baca. tapi kalau aku baca sorang la. kalau baca depan orang memang ibarat aku baca buku teks sekolah la.. xkn nk nangis depan orang. malu la kat orang,
Ape2 pun anda digalakkan untuk tengok citer2 di atas..dan nilaikan sendiri lelaki yang sepeseng manakah dari dua drama ni yang anda suka kalau anda diberi pilihan untuk pilih sebagai teman hidup anda2..samada Harris Zakuan a.k.a Encik Ngokngek yang nak kata kacak tu x la sangat.. putih pun tidak.. tp boleh laa..jenis selamba, suka wat lawak, kadang2 x serius,. atau pun Umayr Harris yang sado.. segak.. putih sikit, pandai bermadah, tapi kadang serius dan mudah sentap. hah cer pilih.. kalau aku ni xyah pikir lelama.. walaupun Umayr Harris tu lagi hensem tapi aku rasa aku lebih memilih Harris Zakuan,. aku pandang orang tu walaupun dia x la putih..x la hensem.. tp manis tu ada la. tu dh ok dh. dan kemas. paling penting dia kelakar. tu je. enough. sekian sahaja ulasan saya.
'',
No comments:
Post a Comment