Powered by Cincopa

...

Sunday, 1 May 2016

new job

Assalamualaikum

Lepas bersara dari keje first tu aku balik kampung jelah duk kampung jelah jaga anak jelah..  hari2 duk jaga budak 2 orang tu,. Dah la dua2 nye degil.. si abang xnak mengalah dengan adik.. si adik 2x5 degil.. dah kena bebel ngn tokmek diorang lagi kang.. aku nak apply keje pun x menyempat.. kalau ada company yang bagi task sebelum interview tu pun aku tak sempat nak buat..serabut pulak rasa.. dah la tunggu orang panggil interview x panggil2..call dari agen insurans pulak yang berlambak masuk..celcom la..cimb la..prudential la ape la.. buat orang kompius je.

Cuti sekolah bawak bebudak ni gi KL la macam biasa kat mak diorang.  Then aku dapat offer interview dari Mydin subang.. tempat Nadia keje..interview ok la tapi dia punye gap masa untuk dia reply samada dapat ke tak tu sangat lama. makan masa sebulan.

Then aku dapat la call dari Megan Pasifika. actually diorang dah call lama tapi itu la.. bila aku cek no tu kat internet kuar link yang macam ape tah aku tak paham so aku kategorikan dalam list2 insurans jugak la. Diorang call by handphone then aku pegi jelah interview kat sg,buloh. company ni buat construction. kilang. built-in specialist.. buat interior design.  Aku dah cakap aku sebelum ni buat modelling je.. rendering tu buat basic2 je. xtau sgt. autocad xtau. Tapi bos tu ok je. So bermula dari 14 Disember 2015 bermula la keje aku yang kedua di Megan Pasifika Sdn. Bhd. Awal2 tu agak selalu la kena ngan si Asyraf tu.,. Asyraf tu senior kat situ,. Bila dia suruh design bilik and aku buat jelah ikut suka aku then dia tgk ada jela yg tak kena,, siling tu kenapa macam tu.. wardrobe tu kenapa macam tu.. then dia suruh design ikut dia sketch kat kertas tu. Itu la cara nya kalau nak suruh aku buat dia akan sketch or bagitau nak kena buat macamana.  so makin lama aku boleh baiki la design tu.dari segi lighting or camera or design..

Dan banyak jugak la yang aku belajar. Benda2 yang tak pernah aku dengar yang diorang guna dalam construction macam laminate, skirting, cornice, wood grain, pelmet, macam2 la.. kat situ kalau tak ramai orang macam company lama kat atas ada la lebih kurang 10 orang..bawah ada la 3 orang. aku kat team ID. and aku satu2 nye pompuan. haa aku lupa diorang kat situ guna 3d max 2011.. aku jadi blur nak guna plus aku dah tinggal sebulan lebih benda alah tu. So keje tu jadi agak lambat la. aku kompem memang kena la jap lg.  memang bos panggil la. aku cakap aku tak biasa guna 2011.. aku akan abiasakan diri dalam minggu tu.. nasib baik aku boleh recall balik kat kepala hotak ni pasal 3d max. selain aku dan asyraf ada la si Heidi yang buat drawing. then masuk pulak si safwan ni dalam team ID. Actually wan ni ada twin gak.. so maknanya team ID ada 2 pasang kembar.

Aku dah bagitau aku ni bukan background ID.  So aku tak pandai sangat bab design.. aku boleh wat kalau ikut sketch diorang je. walaupun kitorang berbeza dalam erti kata lain si wan ngan asyraf tu lagi terror sebab diorang background ID., TAPI diorang taktau sangat bab modelling berbanding aku.  asyraf kata diorang tau mencantikkan je tak mahir sangat bab modelling. aku pulak bukan la mahir atau terror bab modelling tapi boleh la tau la jugak sikit2 skill2 yang aku belajar dari Ah Mao masa kat CKG, thanks to Ah mao.. haha.. so kalau wan ngn asyraf tak tau pasal modelling diorang akan tanya aku.. so dari situ kitorang share knowledge sesama sendiri la.. Bos Mr Eric ok saje dia pun bukan tau bab design.. dia tgk cantik je dia suka je.  tapi sekarang ni Mr Murphy masuk company ni sebagai ID director. so kena jugak la.. itu tak kena ini tak kena..ermm..

At first aku rasa dia ok je.. baru masuk tapi dia amik tau pasal semua projek yang ada..nampak dedikasi nye.. padan dengan experience berpuluh tahun. tapi makin lama makin takut pulak aku haha. Mr Murphy agak tegas.. dia nk design sekian sekian.. kalau depan aku dia tengok ok.. then bila wan nk edit dia kata kureng plk.. xpelah belajar la.. Che baru masuk sebulan.. asyik kena tembak so dia dah berenti keje lepas abis sebulan..err.. xpelah mr murphy tak bagi dia berenti pun dia yang nk berenti,xpelah.

**  Hope boleh stay lama lagi la..itu jela..

Saturday, 21 November 2015

berakhir sudah~

Assalamualaikum

Last aku wat entry blog ni 14 september.. x ada cerita untuk bulan oktober.. bulan penentu samada aku masih berada di CK Graphic atau tak. ermm..

29 oktober 2015- selama 1 tahun lima bulan aku bekerja di CK Graphic.. sejam sebelum habis waktu kerja Shingyi suruh aku kumpulkan dalam 1 folder  apa yang aku dah render sebab lepas ni dia akan meeting dengan Nan,Yandy dan boss untuk nilai kerja aku dan tentukan samada aku masih boleh kerja kat sini atau tak. tapi memandangkan aku takde la render banyak sangat pun just 2-3 perspektif  je yang aku render so dia suruh aku letak je mana2 perspektif lain yang diorang suruh aku fix.

So diorang meeting.kat luar tu je. Aku berharap diorang boleh terima kerja aku.  Ryan selalu pesan kat aku :
"don't stay until midnight..your rendering is getting better.."

Majid pun selalu cakap kat aku bila aku mintak tunjuk ajar dia., dia ajar dan dia kata " you can do it"

Bila ryan tengok Majid tolong aku render final Ryan tanya "this is final?" Majid cakap "yaa..why not..she's good.."

Bila Ryan tegur rendering yang aku buat tu a bit dark.. need to make the environment more lighter, aku kata dia salah dan aku betulkan ikut apa yang aku cakap, aku alih semula pokok yang aku letak dekat dengan camera tu.. dia kata kat majid "oh majid, see.. eti's getting better..". aku memang selalu tanya diorang ni selain dari tanya kat Ah Mao, Ka looi, Shem Yee..

Jadi aku berharap jugak walaupun maybe impossible.  Lepas boss meeting dengan team leader then diorang masuk tanpa sepatah kata.. boss balik. aku dah pusing kiri kanan kompius.  Aku perasan Ah Mao tanya kat Shingyi macamana tapi aku tak tau apa shingyi cakap. then diorang balik. Then Yandy dan Nan panggil aku meeting kat luar.  aku tengok kat meja tu ada surat aku baca tajuk dia "dismissal letter". Terkedu.

Yandy kata diorang nampak effort aku cuba buat rendering tu tapi boss kata x meet expectation, lagipun market sekarang tinggi. jadi tak boleh. aku tengok je kat surat tu. dia kata don't worry you can use this experience yang ada untuk cari kerja nanti..we still friend. Nan cakap aku boleh je tanya pendapat dia kalau aku ada wat rendering bila2. aku xtau nak cakap apa.aku nak nangis. aku just cakap "thanks for giving me chance even just for one month..its ok.." aku nampak diorang pun serba salah. tapi diorang bukan boss.xleh wat apa.

Yandy suruh majid take over projek yang aku sedang buat. diorang ni tanya aku macamana meeting tu. aku cuma geleng.. diorang nak tau jugak apa yang Yandy cakap tadi.. mata dah berair dah tapi aku senyum je. Majid tanya aku "Yandy want me to help you doing this for 1 month?" aku geleng.. '' no.. i'm not working here anymore.." aku cakap slow je memang aku x bajet dia dengar pun apa aku cakap. serious aku nak nangis kalau aku bukak mulut mmg aku nangis.tapi diorang paham aku dissmiss..aku tahan je tapi menitis jugak la air mata tu.Yandy masuk balik dia pujuk "it's ok la..jangan la nangis.." aku senyum je. aku just cakap "ye..".  lagi la aku nangis..

kan aku dh kata klu aku bukak mulut kang aku nangis.terus majid tak jadi tanya aku.. dia tengok pc.. sorry aku tak niat nak nangis kt ctu..ter.. actually aku nak suruh majid ajar aku render final.. jadi aku cakap kt dia "majid..i will come back.." aku pegi tandas..tak sampai ati nak nangis kat ctu.

Bila aku masuk balik majid tengah tunjuk kat asad apa yang aku dah render.. asad cakap "not bad..just here not reflact".. rupanya diorang ni dah tau pasal aku sebelum ni. Ryan yang cerita. sebab kata Ryan "we're friend". nak tergelak aku Ryan cakap "I will miss eti.." Majid sambung "me too.." aku sambung "me too..three..four.." hehe gelak lagi, aku kemas barang2 aku, diorang ni duk potpet2 kt situ x puas hati dengan boss sebab buang aku. diorang pun akan tukar kerja jugak nanti.. Ryan wat aksi kat Shem Yee nak campak monitor.. nak tergelak aku.. haha.. Shem Yee wat gaya kuat kat aku.. maksud nye "stay strong!" dia kan bisu,. aku biasa tunjuk je kat dia apa2 surat yang dapat.. surat bonus ke.. gaji ke.. surat berenti ke..  bukan dia nak bagitau semua orang pun.

Dalam dok kemas tu perasan ada 1 lagi biskut tinggal dalam balang aku.. Aku cakap kat majid " Majid.. still got one.." terus majid panggil Ryan.. Memandangkan Ryan selalu cilok makanan aku so biskut aku yang satu last dalam balang tu aku suruh dia habiskan. "Ryan..finish this..for the last time.." haha..

Majid, Ryan and ah mao

Shem yee.. sleep already

ygang seelah ah mao tu shingyi.. Nan xde dalam ni

ka looi..


Jadi itu la pengakhiran aku kerja kat situ. Xpelah nak buat macamana,  Aku dah cuba sedaya upaya aku. Boleh katakan hampir setiap hari aku balik lewat malam.. duk la ngadap komputer tu. kadang sorang2 kadang ada orang lain kadang ada Ryan tolong aku fix apa yang aku wat salah.. tapi kalau dia tolong beriya pulak.. itu salah ini salah.. orang nak balik dia pulak duk fix itu ini.. balik lewat jugak la aku. Maklum la aku kan tak laju macam orang lain. Kadang aku kategorikan aku ni sama macam orang sindrom down. mereka ni kan ada jumlah saraf otak sama dengan orang lain tapi kecik sikit jadi agak lambat. Sorry to say that I'm not a fast learner. Otak aku makin lama makin biol ada la bukan makin cerdik. makin banyak benda yang mengganggu otak sampai dah jadi serabut tah apa2. tambah kalau stress rasa banyak sangat benda bersarang kat otak.

Sikit lagi boleh sama level ngan orang gila. sekarang paham la orang yang sakit mental tu yang merayau-rayau, yang duk wad mental tu kan diorang tu maybe sebab terlampau stress dengan pelbagai masalah yang menghimpit mereka, mereka hadapi tekanan yang hebat jadi otak mereka jadi berserabut..otak mereka pikir tu pikir ni sampai taknak pikir pun ia pikir sendiri..jadi benyak benda yang ganggu otak, macam2 masalah berlegar2 kat otak.. terngiang2 kat telinga tu sampai hilang kewarasan otak tu,. itu yang diorang jadi tak tentu arah..bercakap sendiri..merayau kat tepi jalan.. maybe diorang pun dah jadi macam orang yang hilang ingatan.. kosong.. ikut jelah mana kaki melangkah.. kan.. tapi aku waras lagi la.. ni pandangan aku kat orang2 yang ada masalah mental tu je.

xpelah.. sekarang ni misi aku cari kerja.. bukan senang nak dapat kerja.. cuba lagi. ni antara perspektif aku yang x bape cantik tu.. memang la tak cantik itu pasal la diorang reject.. xpelah cuba lagi..

first task aku kena buat satu Ryan banyak ajar

angle confirmed


  
aku letak jela apa2..



orang bahagian photoshop edit jadi gini.. 
actually diorang dah fix balik yang ini lepas aku keluar. Ryan yang buat. 
yang penting better than this.

angle confirmed

not satisfied with this one.

rumah kos rendah.just simple.

 diorang dah edit ckit plus photoshop.






Wednesday, 14 October 2015

Stress!

Assalamualaikum..

Entry stress.. siapa pun kat dunia ni pasti pernah stress.. terutama sekali orang dewasa yang ada banyak tanggungjawab.. even budak kecik pun stress bila tak dapat apa yang dia mahu..

Lain orang lain caranya untuk hilangkan stress.  Kebanyakan orang memilih untuk makan bagi mengurangkan stress tu.  Ada yang memilih untuk bersendirian. Ada yang memilih untuk pergi berhibur.. kalau dalam tv wataknya pergi ke bukit2 atau tempat2 yang luas terbentang dan jerit sekuat hati.. tapi kalau kat umah yang ada ramai jiran jangan jerit nanti orang sebelah kata gila pulak..huhu

Aku? orang tengok aku stress ke tak.. kadang orang tengok aku tak stress sebab aku selamba je.. dah kena pecat selamba.. kena marah selamba.. kena kutuk selamba.. duit kena curi selamba.. sakit pun selamba.. sume nye selamba la.. orang tengok la.. sebab tu kawan2 aku selalu kata aku takde perasaan.. (actually aku paling tak suka dengan ayat takde perasaan tu.. tapi ada aku balas balik? xde.. kenapa? eh aku kan xde perasaan.. biar la.. aku kan keras hati.. hati batu.. hati kayu.. hati besi.. yang boleh memantulkan setiap apa yang jadi tanpa tinggal kesan pada hati tu.. Tapi tak selamanya..  apabila batu tu selalu dicurahkan air ia boleh menyebabkan lekukan.. sekeras kayu lama2 berlubang dimakan anai2.. seteguh besi lama2 pudar dan berkarat disimbah cahaya matahari dan air..

Kalau boleh aku tukarkan.. hati aku selembut kain.. tanah.. kapas.. span.. yang bisa menyerap segala apa yang jadi di sekeliling.. dan disimpan terus di hati tanpa mengeluarkannya kembali melalui titisan air mata. yaa memang aku jarang menangis di khalayak kecuali jika bersendirian.  orang hanya akan lihat aku diam.. senyum.. dan ketawa. itu sahaja..

Xde masalah? itu la.. bagi diri aku masalah aku banyak.. banyak sangat. cuma tidak ditunjuk.. setiap masalah tu buat aku stress.. aku simpan semuanya dalam hati.. ingin diselesaikan tapi tidak mampu. then bila masalah yang sedia ada ditambah dengan masalah2 baru maka terasa sangat kepadatan masalah2 tu di hati.. terasa seperti empangan yang hampir pecah. sakit bukan,.. menangislah.. kadang2 ia bisa menenangkan...... tapi bergantung kepada lokasi aku.. jika bersedirian.. mungkin.. jika di khalayak..tidak.. kiranya di jalanan.. tak payah cakap.. aku drive selajunya.. aku tekan pedal minyak tu seperti aku menekan masalah tu keluar dari otak aku..

Kadang masalah yang dihadapi sukar untuk diselesaikan.. kadang masalah tu hadir walaupun ditepis.. kadang aku mahu menyelesaikan masalah tapi aku tersepit dalam banyak keadaan. ok aku katakan antara masalah yang paling ringan aku kerap mengantuk dalam opis. Solution nya aku cuba tido awal tapi tak dapat walaupun sangat mengantuk.. terhimpit dengan perkara lain.. then bila aku dapat tido awal actually itu membuatkan aku lebih mengantuk dalam opis. Aku kena minum nescafe tapi nescafe tak bagus minum hari2.. ada kafein.. boleh menyebabkan salur darah tersumbat, angin dan sebagainya. jadi solution nya di mana. makan gula2 tiap masa.. nama pun gula.. tapi sekarang bila dah kena warning aku minum saja nescafe hampir setiap hari..tiap masa aku makan gula2..

Dalam sentengah keadaan suatu perkara tu amat mudah bagi orang lain tapi amat sukar untuk aku.  Aku kena buat tapi sangat sukar dan menyakitkan dan memakan masa. dan at the end ia tidak menjadi. kemudian datang yang lain..juga perlu diselesaikan tapi terpaksa ditunda dalam kesuntukan masa.. then bila ingin diselesaikan ada pula gangguan yang lain. Hasilnya tiada.. yang ada hanyalah kepenatan dan kesakitan, sedang yang terbengkalai perlu diselesaikan juga..

Masalah lain.. nathing to be shared,. sometimes x semua benda kita boleh berkongsi.. yaa walaupun blog ni bukan la blog yang ramai followers.. aku je yang tengok tapi ia tetap boleh diakses oleh public dan aku tak menyekat blog ni dari dibaca oleh sesiapa pun.  orang kata sesetengah perkara je kita boleh share dengan orang setengah lagi kita simpan sampai mati. setengah masalah orang tak dapat tolong.. Allah je boleh tolong..

Hati ni kecik je.. kat situ la aku simpan semua masalah.. kat situ la aku menangis.. kat situ la aku pujuk diri untuk sabar. kat situ la aku cuba happy kan diri, segalanya di situ.. kepenatan.. kebimbangan.. kegembiraan.. kesunyian..

Andai dapat kupejam mata bermimpi dapat kembali ke masa lalu.. aku rindu..
aku takkan mahu sedar dari tidurku..
sungguh aku penat.......








Saturday, 10 October 2015

Beginilah nasib diriku yang malang~

Assalamualaikum


Entry aku yang lepas aku cakap pasal ujian.  Entry aku kali ni pulak pasal lain tapi boleh jadi ada kaitan jugak.  Baru-baru ni lepas cuti hari raya haji masuk office balik yandy panggil aku duduk sekali dengan team leader, Nan dengan Shingyi.  Aku biasa je tapi aku takut jugak sebab aku dah fikir sebelum ni maybe bila-bila masa je bos akan panggil aku.  Tahu sebab apa? ape lagi.. tido depan komputer la.  bukan jarang tapi boleh kata agak selalu.  Bukan tido sepanjang masa tapi mata asyik terpejam kejap2.. Sampai pernah bos tegur sekali suruh basuh muka. Time tu toksah cakap la aku rasa macam nak menyorok bawah meja.  Camane bos boleh perasan ni..  Tapi aku tak heran sebab meja bos depan aku je..orang lalu lalang pun boleh perasan and memang orang perasan pun.



Actually bukan la aku sengaja tido pun.  Entah la mata ni asyik nak pejam je..celik macam mana pun tau2 terpejam. walaupun tak la lama..just seminit or tak sampai seminit je tapi kalau asyik nak terpejam je bukan kata gajah je nampak., semut yang lalu situ pun boleh nampak aku tido.  Aku cuba kontrol mata aku celik seluas alam tapi tu la.. dia nak tutup jugak tu xde bagi sign..tau2 tutup je..then aku celik balik aku boleh tanya diri aku balik aku tido ke tadi?..astagfirulahalajim..

Permasalahan nye bukan sebab tido lambat ke tido awal ke.. yela sometimes boleh jadi punca jugak.  But sometimes tido lewat tak ngantuk tido awal ngantuk.. terbalik pulak..  pokok nya mata ni dalam sehari kalau tak pejam depan komputer tak sah.  Eeii geram pulak aku!!!

Jadi berbalik kepada maksud entry ini, makanya yandy panggil aku untuk meeting.  Dan aku ingat bos nak bagi warning.  Tapi.. lain pulak. dia cakap benda lain yang buat aku sentap!. dia bagi satu surat yang tajuknya "Dismissal letter".. aku diberhentikan atas sebab tido tu dah 1 hal,, then kebelakangan ni masuk lewat 15 mnit.. lewat 20 minit. memang la diorang tahu aku ganti balik masa tu aku akan balik lewat seperti yang ditetapkan.  setengah staff lain datang lambat tapi balik awal je.. ermm.. then bos tak puas hati sebab aku wat kerja tak laju.. Nan kata Ka Looi tu masuk selepas aku tapi laju dari aku.. 

aku dah cuba sedaya nya cuma kadang2 tu projek tu bukan nak rush dan orang yang render pun sibuk dengan projek lain so aku pun xde la nak rushing sangat. Kalau aku buat cepat pun kadang2 bukan orang kisah pun.  Maka tarikh akhir aku kerja ialah pada 30 september. aku diberi pampasan RM2000.. Disebabkan Nan x paham bahasa melayu yandy suruh aku speaking la dan disebabkan i can't speak in english fluently so aku xde la cakap apa2..aku angguk jela.. 



Aku rasa tak percaya, rasa nak nangis pun ada. bukan senang nak cari kerja.. macamana nak hidup.. macam mana nak bayar sewa bilik, bil api air.. kete.. nak cari kerja tu dah susah nak dapat. Kena pegi interview banyak kali belum tentu dapat. tambah lagi kalau pergi interview lain tak ke kat borang tu ada part pengalaman, syarikat yang sebelum ni.. takkan nak tulis kat situ reason nye diberhentikan..  ligat kepala aku ni duk pikir. Lagi pun aku suka dengan kerja aku sekarang dan aku suka dengan staff kat situ yang senang bagi tunjuk ajar walaupun kabanyakannya cina. kalau kerja tempat lain belum tentu aku suka dan belum tentu staff situ senang bagi tunjuk ajar kat aku yang lambat ni.  Aku tak kisah bos tak naikkan gaji aku asal aku boleh buat kerja tu,

Aku nekad jugak aku nak buat rayuan. tak kira la bos nak terima ke tak. aku balik umah aku hantar whatsapp kat Nan, Mr. Clinton dan Mr.Tam.. Nan reply balik yang dia akan cuba cakap kat bos tentang ni.. Mr Tam reply yang dia akan discuss balik bila dia balik. Mr Clinton tak reply apa2.  Sekarang aku tau rupanya Mr clinton adalah "main boss" kat situ.  selama ni aku ingat Mr Tam main bos and Mr clinton tu rakan kongsi sebab Mr Tam nampak lebih agresif.  Jadi hari last aku kat situ boss masing2 busy and bila dekat nak balik bos hilang. Aku kompius ni. Tapi dia masuk balik.



Boss bagi aku masa seminggu dan dia nak aku buat rendering.  Aku tak tahu buat rendering sebab kat situ aku bahagian modelling.  Kalau ada buat rendering pun aku render simple je xde la buat detail macam staff renderer.  Aku kurang tahu pasal lighting, material, perabot yang sesuai untuk interior, pokok sesuai yang boleh letak untuk exterior, and perkara lain. so Shingyi bagi aku 1 perspektif dari projek lama yang mana aku kena render exterior tu.  Aku banyak belajar dari shingyi,Ah mao,Ryan, dan Majid.  Thanks god diorang senang bagi tunjuk ajar kat aku,  Then as a team leader and "mother of renderer" kat sini, shingyi akan pantau and bagi comment bila aku habis render supaya aku tahu apa yang kurang pada kerja aku tu..

Selepas seminggu yandy panggil aku balik meeting dengan Nan and Shingyi.  Aku diterima untuk sambung kerja kat situ tapi dengan syarat2 tu la..takleh datang lambat, takleh tido, kena laju, then aku kena pulangkan balik wang pampasan tu. Dalam masa sebulan lagi diorang akan decide balik la samada aku masih layak berada di situ ke tidak.  Jadi aku harap aku akan dapat buat rendering tu dalam masa singkat.  Aamin,





Saturday, 19 September 2015

Ujian

Assalamualaikum 

Next entry aku akan bercerita pasal ujian. Ujian ape? ujian pekse sekolah? ujian lesen kete? uji rashid? haa suka ati la apa2 pun asal ianya diuji.. cuma kat sini bicaranya adalah berkenaan ujian Allah. Aku nak bercakap pasal ni memang xleh la.  Ini just pendapat dari pemerhatian dan pemahaman selama hidup ni je.

Semua orang kat dunia tak terlepas dari mendapat ujian dari Allah.  Tak kira la kecik ke besar ujian tu pokoknya anda diuji. Ujian Allah datang dalam pelbagai cara.  Ada orang diuji sekali dalam hidup, ada yang diuji berkali2, ada yang ujian ke atas dia tu lepas settle satu..datang ujian lain..lepas settle yang tu.. datang pulak yang lain.. belum settle yang ni datang lagi yang lain.. macam sudah jatuh ditimpa tangga gitu.. tangga escalator pulak tu.. dah la escalator sekarang ni asyik makan orang je.. haa berhantu..

Setengah orang diuji dengan kemiskinan.. miskin sampai sudah tah bila nak kaya nye xtau.. ada orang diuji dengan masalah rumah tangga.. yang ni memang biasa la.. then ada pasangan yang tidak mendapat anak walaupun dah lama bangat kawin., time cenggini memang ramai makcik timah,mak jemah, hantu kak limah balik umah.. sume nye nak ngumpat,, sebok je.. pastu ada yang sukar dapat jodoh tak kira la bape kali dia kapel pun,, yang ni pun mak jemah suka sebok gak.. ada yang Allah ujianya dengan rupa paras yang kurang cantik atau pun pancaindera yang tidak berfungsi sempurna. buta ke.. bisu ke.. pekak ke.. cacat ke.. Ada yang Allah uji dengan masalah kesihatan dan pelbagai ujian lagi (sila tambah sendiri). 

Bila ditimpa ujian orang sebelah kata "sabar la..banyakkan bersabar.." pastu orang ni balas balik cenggini "kau cakap senang la.. sabar.. sabar.. bukan kena kat kau!" eh wat dialog pulak kat sini hihi.. Tapi dialog macam tu memang biasa sangat kita dengar terutama dalam tv.. maklum la hafal dialog kan.. eh.. kuikuikui.. Manusia memang mudah berkata-kata.  kadang2 kita selalu nasihat orang berjela punya nasihat siap tazkirah sekali.. err alhamdulillah.. hehe.. TAPI hakikatnya diri sendiri tak mampu nak jadi seperti apa yang kita nasihatkan orang.. manusia kan.. kata-kata indah hanya di bibir sahaja.... tajuk laguu... tajuk lagu?? ada ke?

Ustaz2 ustazah2 dalam ceramah selalu kata Allah tidak akan bagi ujian ke atas seseorang melebihi dari kemampuan dia.


Apabila Allah bagi kita ujian sekian..sekian.. Allah tahu kita mampu hadapi ujian tu.  Kalau kita tengok pada contoh apa ya.. erm haa kata orang tu rupa dia x berapa cantik la kn.. ataupun macam satu kes yang jadi kat seorang perempuan di china kot yang mana rupanya yang masih muda dalam lingkungan 20-an berubah jadi tua macam nenek tua dalam satu malam.. tapi suaminya masih jaga dia walaupun orang sekeliling pandang semacam dan kata macam2.. sehingga dia lari tinggalkan suami dan anak2 dia sebab dia taknak suami dia malu. tapi dia masih meneruskan hidup dia.. tapi jangan kata suami dia biar je.. takk.. suami dia cari la sampai mereka dipertemukan semula dalam rancangan jejak kasih gitu la.. so kita tengok walaupun dia sedih dengan perubahan yang jadi kat diri dia tapi tetap terima cuma dia memilih untuk hidup sendiri dan balut kepalanya bila keluar.. cuba kalau benda ni jadi kat orang yang duk mengata dia tu.. kompem dal lama terjun bangunan kot..


Lagi contoh macam orang sindrom down yang tak pandai menguruskan diri.. then bila xleh buat suatu benda macam orang lain kena marah la..buat sepah kena marah.. sindrome down ni berlaku kerana kecacatan genetik yang tidak dapat dikawal.  Manusia normal mempunyai 23 pasang kromosom( bahan baka yang mengandungi maklumat tentang diri kita) yang mana satu daripadanya diwarisi oleh ibu dan satu lagi dari ayah menjadikan semuanya 46 kromosom. Tapi bagi orang sindrome down mereka ada lebihan 1 kromosom pada pasangan kromosom ke-21 menyebabkan timbul masalah.  sidrome down biasa dikaitkan dengan usia ibu mengandung yang dah melewati 35 ke 40 tahun.. and above.. sempat lagi tambah. tapi tak semua la.. Che Ta pun pregnant umur 45  anak comel lote je.. mereka yang mengalami sindrime down ni mempunyai saiz sel saraf otak sama dengan orang lain tapi lebih kecil jadi mereka sukar atau lambat dalam pembelajaran. aku pun lambat jugak bab study ni.. sel2 x berhubung jugak kot.. hehe.. tapi ada rawatan pemindahan sel stem kultur untuk mereka2 ini supaya boleh jadi macam orang lain dan seeloknya diberi rawatan pada usia muda dalam usia 6 bulan sebelum masuk ke 4 tahun sebab otak kanak2 dah berkembang sepenuhnya pada usia 4 tahun. Namun kosnya agak mahal.. terpulang kepada ibu bapa.  Jadi kenapa Allah kata mereka2 ni mampu? sebab kalau pun mereka x mampu tapi mereka dah lama jadi macam tu.. so itu maknanya mereka mampu la.. walaupun sukar.. Biasa kia tengok orang sindrom down ni waktu kecil je susah nak kawal tapi bila umur makin meningkat nampak macam orang normal jugak diorang dah boleh kawal kelakuan.  Ada jugak yang aku perasan dalam tenet ni orang sindrom pun berjaya dalam hidup.

Then contoh lain macam orang yang ada penyakit OCD (Obsessive compulsive disorder) yang mana kes nya seperti terlalu obses dengan suatu perkara..was-was extreme,. samada dari segi kebersihan, susun atur barang dan sebagainya.. Secara medikalnya ocd disebabkan kekurangan cecair neurotransmitter atau serotonin dalam otak yang menyebabkan maklumat dari saraf dan deria tersekat dari sampai ke otak menyebabkan perlakuan kompulsif.  Jadi pesakit xleh nak bagi tumpuan terhadap apa yang dilakukan. Ingat tak mama zila makwe si papa zola tu.. boboi boy..eh eh eh.. haha dia kan OCD.. abis semua kereta nak disusun nya. selalunya gelagat dan kelakuan pesakit akan akan dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling.. Mak jemah n da geng toksah cakap la kompem bentang minit mesyuarat punye kalau tengok.

Actually penyakit OCD jadi kat seseorang tu secara tiba-tiba maknanya sebelum2 nya dia normal but then pada suatu saat *tingg dia berubah kurang lebih 360 darjah. Biasanya disebabkan bisikan halus dari iblis atau dari hati mereka sendiri. Then mula menunjukkan kelakuan berulang. kalau ditanya pada pesakit pastinya mereka mahu kembali normal tetapi agak sukar untuk pesakit keluar dari penyakit tu serta perlukan masa. Penyakit yang tidak nampak pada zahir tapi cukup menghentak rohani dan jasmani pesakit dan memberi impak negatif yang sangat besar.  Malah ada pesakit yang bertindak untuk bunuh diri disebabkan OCD..begitulah ceritanya.. terharu kan? terharu pulak. racangan bersamamu ke ni? .. udah.. Rawatan untuk pesakit ada ubat seperti SSRI (selective srotonin reuptake inbitor)/setraline seperti zoloft.  Mungkin membantu mengurangkan obsesi kerisauan pesakit.  Mungkin untuk menyeimbangkan cecair serotonin.. Masyarakat sekeliling juga perlu turut sama membantu.  jadi kalau anda berhadapan dengan pesakit ini jangan la hanya mengutuk mereka.. mak ai mengutuk xleh blah.. atau mengata akan penyakit mereka sebaliknya bantulah mereka untuk pulih sebab 'kesakitan' yang mereka lalui itu nyatanya lebih menyakitkan bila ada mulut yang mengherdik mereka.. mengherdik pulak.. suka ati aku je punye bahasa.. itu kan ujian ke atas mereka.. ujian ke? kira ujian la jugak kot.. sakit tu kan datang dari Allah.. kesembuhan juga datang dari Allah.



Kemudian contoh ujian lain kalau difokuskan kepada perempuan kebiasaan  kes nya seperti masalah berkaitan haid atau bahasa mat saleh nya period.  haa color merah gituu. Ada orang yang haid nya teratur setiap bulan perfect punye.  Ada yang tak teratur kadang awal kadang lambat kadang x datang haid berbulan2 bertahun2 kadang haid memanjang.. Nah bila haid jadi x teratur boleh bikin stress jadinya. First menyebabkan kesukaran untuk dapatkan anak, then menyukarkan kita untuk membuat kiraan pusingan haid. Sebabnya mengikut kepada ustazah2 darah haid tu pelbagai.. merah..hitam..kelabu..coklat..kuning.. kalau orang tu dah biasa dan kenal perbezaan warna darah haidnya dia boleh tahu darah tersebut adalah darah haid atau darah istihadhah.  kalau darah haid memang xleh solat la kalau darah istihadah atau darah penyakit kena solat la dengan syarat kena bersihkan dan lapik kain bersih setiap kali nak solat.  kalau orang tu x pandai bab beza darah tu ikut la kaedah kiraan hari.. sebulan ada 30 hari. Maksimum bilangan hari haid adalah 15..  selepas dari 15 hari sekiranya masih ada darah tu kira darah istihadhah.. So, mandi wajib then solat la.  Jangan lupa lapik.  then sekiranya darah masih mengalir untuk hari2 berikutnya sehingga melewati hari ke 30 maka anggap la darah untuk hari ke 31 tu darah haid balik.. haa pusing2.. kiraan nya 15 hari haid.. then 15 hari suci.. begitulah seterusnya.. tu bagi orang yang xtau beza haid dan isthahdah.  Ramai yang haid tidak teratur tapi xtau kira..last nya dok tertanya sorg2..

".. eh ni kira darah haid ke.."
".. baru je minggu lepas habis haid..xkan haid lagi.."
".. awal bulan baru ni spotting je.. tapi lama..dah lebih 15 hari bru bleeding.. nak kira camane ni.. haid ke istihadhah ek.."

Benda2 macam tu la duk meragukan kita.  nak solat kang kot xboleh.. x solat kang kot kena solat.. boleh bikin stress ooo.. kejap tanya ustazah ni kata camni.. "haa boleh2..".. kejap tanya ustazah tu kata camtu pulak "oo xbleh2..".. dah camane.. nak ikut yang ni ke yang tu.. ikut suka hang laa.. hehe.. eh x la.. ikut la kaedah yang aku cakap kat atas tu.. khilaf pendapat berkenaan haid ni memang xkan selesai sampai kiamat bak kata ustazah.



Kalau bagi yang istihadhah tu mereka kena ikut la prosedur bila nak solat. Pergi toilet bersihkan bila dah masuk waktu dan tukar lapik baru.  Apa yang menyusahkan adalah bila keadaan macam tu, kena ke tandas setiap kali masuk waktu solat untuk bersihkan, tukar lapik and bersegera ambik wuduk dan solat.. no excuse untuk belek fb, tengok tv dulu lepas wuduk.  ni ustazah yang cakap bukan aku tau..Then 1 wuduk hanya sah untuk 1 solat fardu atau solat qada KECUALI  solat2 sunat yang dikerjakan selepas solat fardu tu tak perlu la perbaharui wuduk..  Memang agak menyukarkan bila perlu sentiasa bersihkan dan perbaharui wuduk untuk setiap solat fardu.. kecuali kalau takde darah.

Ada orang yang mengalami isthadhah bertahun2.. jadi bayangkanlah sendiri kesukaran dia nak solat tu selama tu.. kalau dia sabar dengan ujian tu maka sangat besarlah ganjarannya.  Keadaan tu sama untuk dikaitkan dengan orang yang daimul hadas. iaitu orang yang sukar mengekalkan wuduknya.. Maybe sebab dia ada masalah angin, kencing tidak lawas, keputihan, dan sebagainya.. So, perlu ikut prosedur juga la.. kata ustaz2.. mereka ini first perlu tunggu apabila masuk waktu solat kena ke toilet dulu la kan..taharah.. bersihkan dulu, berdehem, lapik dan bersegera wuduk.. sekiranya mereka telah berusaha mengikut prosedur tu maka sekiranya mereka terkentut ke, terkencing ke apa2 ter ke.. maka solat tu sah tak perlu diulangi lagi.  kalau ulang memang sampai tahun depan pun tak abis.

Baru2 ni kota Mekah dilanda angin kencang sehingga menerbangkan apa sahaja di situ.. kalau kita tengok pasti tertanya bagaimana jemaah ingn melakukan ibadah haji di sana dengan keadaan angin yang kencang seperti ribut. Blok2 pembahagi jalan malah orang juga boleh terseret bila angin terlalu kuat. Pada 11 september 2015 ketika mana para jemaah haji sedang bersiap2 untuk solat fardu maghrib, malang tidak berbau apabila sebuah kren di sekitar kawasan tersebut telah tumbang dan menghempap jemaah haji. Keadaan waktu tu berlaku dengan pantas.  Setakat aku tulis entry ni seramai 107 orang kalau x silap yang telah terkorban termasuk 3 jemaah dari Malaysia. bertabahlah keluarga mangsa yang telah kehilangan ahli keluarga. Disebalik ujian yang menimpa mereka tersebut juga pasti ada juga hikmahnya.  Mereka beruntung dijemput menghadap Allah pada hari jumaat yang mana kelebihannya akan diberi pelepasan dari fitnah kubur. Mereka juga mendapat mati syahid. Mereka yang meninggal juga dikuburkan di perkuburan Ma'la bersama kerabat Rasulullah. Pastinya mereka kelak akan dibangkitkan bersama Rasulullah pada hari kiamat.  Semoga jemaah yang selamat dapat meneruskan ibadah mereka di Mekah dan dipermudahkan oleh Allah untuk mereka menyempurnakan haji walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Aamin.


Apa sahaja ujian yang diberi kepada kita harus diingat ada hikmah disebaliknya.  Apabila Allah beri ujian bermakna Allah sayangkan kita.. jadi tak perlulah mengeluh kerana setiap ujian yang diberi Allah dah janjikan ganjaran di penghujungnya.. Andai kata kita tidak mampu dengan ujian yang kita dapat, ingatlah bahawa nanti akan ada ganjaran untuk kita. Meski walau sehingga ianya tidak tertanggung maka menangislah kerana tangisan itu bisa membawa pergi kesedihan kita seperti air yang mengalir ke sungai. Manusia jika mampu melihat apa ganjaran yang dijanjikan diatas setiap ujian Allah pasti tidak seorang pun mahu ujian tersebut dikurangkan. Mungkin sahaja dengan ujian tersebut telah merubah diri kita menjadi lebih baik tanpa kita sedar. Atau mungkin sahaja kita hamba yang baik tetapi ada darjah yang belum mampu kita capai jadi Allah berikan ujian untuk kita cuba sampai ke darjah tersebut.  kadang2 kita minta matahari tapi Allah berikan hujan dan kita menangis tetapi rupanya selepas hujan Allah berikan pelangi yang cantik untuk kita. Bila mana kita berdoa pada Allah untuk kurangkan ujian tetapi masih sama bukanlah bermakna Allah tak makbulkan permintaan hambanya. Allah akan makbulkan setiap doa hambanya dan DIA lagi suka hambanya meminta2 padanya tapi Allah postpone supaya kita tidak berhenti berdoa.



Pokoknya kalau kita melihat orang lain yang diuji janganlah kita mengata sebaliknya cuba tempatkan diri kita dalam diri mereka dan kita pasti sedar tahap kemampuan kita sendiri untuk berhadapan dengan ujian itu.  Berat mata kita memandang mereka maka berat lagi bahu mereka yang memikul.

*hulurkan tangan ringankan beban.. tetiba pulak kat hujung jadi bersamamu..hehe

ada ayat2 yang boleh diamalkan bila kita ditimpa ujian seperti berikut.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun :-








Friday, 7 August 2015

Duit oh duit~

Assalamualaikum 

Untuk entry kali ni aku nak citer pasal.. pasal rezeki la pulak.. di zaman kemelesetan ekonomi ni sume barang naik harga.. itu naik ini naik.. minyak je yang turun hari tu tapi kejap je pastu naik la balik. mana leh turun lama2.. turun tu pun dah macam pelik sangat dah tu camane leh turun.



Dek kerana ni zaman GST,, di mana barang2 dikenakan cukai 6%. makanya orang2 miskin bertambah la miskin nya.. orang kaya mungkin kata GST ni menyenangkan rakyat sebab cukai barang yang 10% diturunkan jadi 6%.. baju yang sebelum ni punye tax 10% tu dah jadi murah sikit sebab tax sekarang 6%.  'Orang kaya' ni tak tau ke rakyat miskin ni x pakai baju berjenama mahal yang ada tax 10% tu. orang miskin pakai baju biasa je..tax xde pun..jadi kalau dah yang xde tax jadi ada tax 6% memang sah2 nye la membebankan rakyat.

Urm bila dah perbelanjaan makin meningkat ni jadi susah la sikit. Nak kena berjimat cermat la. Kalau sebelum ni dah jimat maknanya kena double triple punye jimat.. kalau sebelum ni ikat perut sekarang kena ikat sume la tangan kaki.. erk..

Tapi setengah orang dah tau ekonomi meleset pun belanja selamba jugak..macam aku..eh.. alaa kadang2 xleh control tambah2 kalau belanja bab makanan.. memang x ingt.. itu yang duit ASB tgl sen .. kena paksa diri menyimpan ni walaupun seringgit. seringgit tu penting.. kalau ada seriggit je dalam beg memang x lepas tol aku gi kje kikikiki. At least 4 hinggit tol pegi balik. tu belum kira parking sehari 8 hinggit.. nampak tak pengaliran duit di situ.. nasib baik aku tak beli makanan kat opis.. aku bawak bekal je..kalau aku tak bawak bekal aku beli roti pagi atau pun aku tak makan.. aku pun heran diorang yang hari2 lunch kt luar banyak duit.. xpelah gaji diorang banyak.. gaji aku atas pagar.. xpelah bersyukurlah malaysia masih aman..



Untuk meluaskan rezeki aku biasakan diri jugak bersedekah. kt orang tepi jalan ke.. bank in kat orang sakit ke.. tapi tengok atas kewangan aku jugak la. kalau dalam bank ada duit aku bank in la klu tak aku senyap je, bantu mangsa banjir. dalam beg ada 20 hinggit tapi nak bagi sumbangan kat mangsa banjir yang orang nak kumpulkan kat tempat kje.  alih2 aku beli meggi2 sabun,ubat gigi,biskut itu je aku bwk kt tempat kumpul.  bila aku teringat sekarang ni aku nk gelak pun ada jugak sebenarnya.. boleh pulak aku letak itu je.. xpelah ikhlas kan.. sebab bila pikir mangsa banjir kt kampung n negeri lain tu terkepung xde sumber makanan at least apa yang kita sumbang tu diorang dapat makan ilang rasa lapar sikit kan..


Aku percaya bila kita bersedekah Allah akan tambah rezeki kita.  bila aku sedekah aku xde la rsa sesak sangat xde duit.. kalau pun aku xde duit ada orang bagi duit..keperluan mencukupi saje. x rasa bebanan sangat pun. Then aku jugak percaya kalau kita kedekut Allah akan tarik rezeki kita. Pernah waktu tayar kete aku bocor aku duk dalam kete ngan kakak aku sementara tunggu kawan abang ipar aku datang,  pastu datang cina minta duit kat aku sebab nk makan. aku jadi serba salah time tu sebab dia tiba2 dekat cermin kete aku tak sempat aku nak pikir nak buat ape..kakak aku pulak duk kata tutup tingkap..tutup tingkap..jangan mudah caye kat orang..buat nye dia pegang pisau ke ape. selalu negatif.. aku ni dah serba salah nk bagi tanak bagi. tambah pulak aku ni selalu tertipu bab duit ni. last nye orang tu nk pegi baru kakak aku sebut suruh bagi sikit..lambat..orang tu masuk kedai makan dah..



Aku memang serba salah kalau aku tak dapat tolong orang yang mintak tolong.. jadi teringat2 pulak kat kepala hotak. memang aku salahkan diri sendiri punyela. memang betullah bila kedekut Allah tarik rezeki sebab nye ada saje benda yang aku kena bayar..duit x cukup.. jadikan pedoman,



Mungkin sebab sebelum ni aku belum beli kereta, aku just guna kereta kakak aku pegi keje.. parking pun tepi jalan xmasuk kat parking berbayar jadi aku xyah melabur sangat kat parking and bayar kete..cuma kalau nasib x baik tu kena la ngan mbpj atau polis tu..nasib la.jadi sekarang aku dah beli kereta aku kena la bayar kete 610 tiap2 bulan and parking around 170 sebulan.. lagi bayar sewa bilik 250, minyak aku target 200..tol 80..bagi mak aku.. belum masuk byr api air and servis kete.. gaji aku kalau tolak sume yang kena bayar sebenarnya negatif jadi nya. tapi aku go on je..selagi ada... this is life,....ptptn pulak memang aku belum bayar.. aku dah byr time bljr dulu dalam seribu lebih tapi tak tau la kalau baki nya x bergerak sebab ptptn ni ada saja bunga nya.. kalau asyik bayar bunga je tah bila nak kira dahan dan buah nya pulak.. sampai tua laaa...


Lama lagi la nak kawin cenggini...Apa2 pun percaya la rezeki Allah tu ada.. .... peace~~