Entry aku yang lepas aku cakap pasal ujian. Entry aku kali ni pulak pasal lain tapi boleh jadi ada kaitan jugak. Baru-baru ni lepas cuti hari raya haji masuk office balik yandy panggil aku duduk sekali dengan team leader, Nan dengan Shingyi. Aku biasa je tapi aku takut jugak sebab aku dah fikir sebelum ni maybe bila-bila masa je bos akan panggil aku. Tahu sebab apa? ape lagi.. tido depan komputer la. bukan jarang tapi boleh kata agak selalu. Bukan tido sepanjang masa tapi mata asyik terpejam kejap2.. Sampai pernah bos tegur sekali suruh basuh muka. Time tu toksah cakap la aku rasa macam nak menyorok bawah meja. Camane bos boleh perasan ni.. Tapi aku tak heran sebab meja bos depan aku je..orang lalu lalang pun boleh perasan and memang orang perasan pun.
Actually bukan la aku sengaja tido pun. Entah la mata ni asyik nak pejam je..celik macam mana pun tau2 terpejam. walaupun tak la lama..just seminit or tak sampai seminit je tapi kalau asyik nak terpejam je bukan kata gajah je nampak., semut yang lalu situ pun boleh nampak aku tido. Aku cuba kontrol mata aku celik seluas alam tapi tu la.. dia nak tutup jugak tu xde bagi sign..tau2 tutup je..then aku celik balik aku boleh tanya diri aku balik aku tido ke tadi?..astagfirulahalajim..
Permasalahan nye bukan sebab tido lambat ke tido awal ke.. yela sometimes boleh jadi punca jugak. But sometimes tido lewat tak ngantuk tido awal ngantuk.. terbalik pulak.. pokok nya mata ni dalam sehari kalau tak pejam depan komputer tak sah. Eeii geram pulak aku!!!
Jadi berbalik kepada maksud entry ini, makanya yandy panggil aku untuk meeting. Dan aku ingat bos nak bagi warning. Tapi.. lain pulak. dia cakap benda lain yang buat aku sentap!. dia bagi satu surat yang tajuknya "Dismissal letter".. aku diberhentikan atas sebab tido tu dah 1 hal,, then kebelakangan ni masuk lewat 15 mnit.. lewat 20 minit. memang la diorang tahu aku ganti balik masa tu aku akan balik lewat seperti yang ditetapkan. setengah staff lain datang lambat tapi balik awal je.. ermm.. then bos tak puas hati sebab aku wat kerja tak laju.. Nan kata Ka Looi tu masuk selepas aku tapi laju dari aku..
aku dah cuba sedaya nya cuma kadang2 tu projek tu bukan nak rush dan orang yang render pun sibuk dengan projek lain so aku pun xde la nak rushing sangat. Kalau aku buat cepat pun kadang2 bukan orang kisah pun. Maka tarikh akhir aku kerja ialah pada 30 september. aku diberi pampasan RM2000.. Disebabkan Nan x paham bahasa melayu yandy suruh aku speaking la dan disebabkan i can't speak in english fluently so aku xde la cakap apa2..aku angguk jela..
Aku rasa tak percaya, rasa nak nangis pun ada. bukan senang nak cari kerja.. macamana nak hidup.. macam mana nak bayar sewa bilik, bil api air.. kete.. nak cari kerja tu dah susah nak dapat. Kena pegi interview banyak kali belum tentu dapat. tambah lagi kalau pergi interview lain tak ke kat borang tu ada part pengalaman, syarikat yang sebelum ni.. takkan nak tulis kat situ reason nye diberhentikan.. ligat kepala aku ni duk pikir. Lagi pun aku suka dengan kerja aku sekarang dan aku suka dengan staff kat situ yang senang bagi tunjuk ajar walaupun kabanyakannya cina. kalau kerja tempat lain belum tentu aku suka dan belum tentu staff situ senang bagi tunjuk ajar kat aku yang lambat ni. Aku tak kisah bos tak naikkan gaji aku asal aku boleh buat kerja tu,
Aku nekad jugak aku nak buat rayuan. tak kira la bos nak terima ke tak. aku balik umah aku hantar whatsapp kat Nan, Mr. Clinton dan Mr.Tam.. Nan reply balik yang dia akan cuba cakap kat bos tentang ni.. Mr Tam reply yang dia akan discuss balik bila dia balik. Mr Clinton tak reply apa2. Sekarang aku tau rupanya Mr clinton adalah "main boss" kat situ. selama ni aku ingat Mr Tam main bos and Mr clinton tu rakan kongsi sebab Mr Tam nampak lebih agresif. Jadi hari last aku kat situ boss masing2 busy and bila dekat nak balik bos hilang. Aku kompius ni. Tapi dia masuk balik.
Boss bagi aku masa seminggu dan dia nak aku buat rendering. Aku tak tahu buat rendering sebab kat situ aku bahagian modelling. Kalau ada buat rendering pun aku render simple je xde la buat detail macam staff renderer. Aku kurang tahu pasal lighting, material, perabot yang sesuai untuk interior, pokok sesuai yang boleh letak untuk exterior, and perkara lain. so Shingyi bagi aku 1 perspektif dari projek lama yang mana aku kena render exterior tu. Aku banyak belajar dari shingyi,Ah mao,Ryan, dan Majid. Thanks god diorang senang bagi tunjuk ajar kat aku, Then as a team leader and "mother of renderer" kat sini, shingyi akan pantau and bagi comment bila aku habis render supaya aku tahu apa yang kurang pada kerja aku tu..
Selepas seminggu yandy panggil aku balik meeting dengan Nan and Shingyi. Aku diterima untuk sambung kerja kat situ tapi dengan syarat2 tu la..takleh datang lambat, takleh tido, kena laju, then aku kena pulangkan balik wang pampasan tu. Dalam masa sebulan lagi diorang akan decide balik la samada aku masih layak berada di situ ke tidak. Jadi aku harap aku akan dapat buat rendering tu dalam masa singkat. Aamin,
No comments:
Post a Comment