Powered by Cincopa

...

Sunday, 31 August 2014

Reunion Muna and Da Gang yang menguji mental dan emosi

Assalamualaikum..hai,,hai..

Dalam sedar tak sedar pejam celik pejam celik., dah 2 orang dalam group muna yang dah kahwin.. nadia dah kawin 2 tahun kot seingat aku.. suha pulak baru je kahwin raya baru ni.. so tinggal la 4 orang je lagi yang belum kahwin.. belum kahwin ye.. 25 tahun sudah.. aku pikir nanti suha ngan nadia dah ada anak 2,3, orang..tah yang lain ni kawin ke belum time tu..kikiki.. erm xpelah belum waktunya..

Aku lupe bila last kitorang berkumpul sesama., kalau ada pun kompem akan ada yang x datang sorang dua.. ada planning nak kumpul sesama tapi macam biasa la.. xkan lengkap semuanya.. Baru2 ni aku terpikir nak pinjam novel dari ying.. sbb time ni cuti merdeka xde sorang pun dalam rumah ni kecuali aku sorang je.,kalau aku pun xde, maknanya tinggal makcik siti jela a.k.a tikus dalam umah ni.. saat aku duk tulis ni pun aku jenuh gertak tikus yang sekor ni dari semalam dia duk pusing kt almari tu..apa dia pikir ini rumah dia punya ke.. ikutkan hati aku letak gam biar dia terlekat kt situ tapi tanak la nanti aku kesian pulak..biar orang lain wat aku tak nampak xpe..hehe.. biasala kat kl ni kn ramai cik citi.. ni nasib baik rumah ni terurus, kalau macam tongkang pecah, aku rasa tikus tu yang perambat aku keluar, nanti dia kta ni rumah dia..sape nk jawab??

Ok back to MunaGang.. so bila aku terpikir nak jumpa diorang ni sekali la tapi hani la pulak bercuti ke kelantan.,nadia ke terengganu.. then ying pulak nak balik kampung..so aku tanyakan la kot2 leh jumpe malam lepas keje.. setelah berdiskusi.. asalnya macam ada masalah dan hampir kepada tak menjadi.. down? ermm agak la..  but then menjadi.. yess.. rasa nak senyum sampai telinga..

So lepas keje aku ambik nadia kat puchong..dan macam biasa la aku sesat..kena patah balik.. kitorang sampai alamanda kol 9.30.. yang lain tu xyah cakap la dah bising la.. bile jumpe je apo laie, aku jugak yang kena soal macam penjenayah..kenapa nak jumpa tergesa2? nak kawin ke? bla bla bla.. kepala mereka la yang penuh tanda tanya., aku tak.. haha sebab aku yang ajak.. so walaupun pertemuan tu agak "sekejap sangat" kitorang sempat la capture gambar sesama.. dah lama tak ambik gambar sesama.. tak caye cuba la cari dalam gallery bila last nya gambar muna gang cukup 6 orang.. kalau bukan tahun lepas..maybe 2 tahun lepas kot..

Disebabkan masing2 nak keje esoknya so kena balik awal la.. kalau ikutkan boleh je aku ambik novel tu dengan ying time hujung minggu sebab ying nak datang tempat aku tapi sebab macam ramai dah setuju nak jumpa, so aku taknak cancel.. just proceed.. aku teragak2 nak cakap cancel tu.. tak ter-taip.. dan memang tanak cakap.. bukan senang nak jumpa semua..

Apa yang menguji mental dan emosi nye? first sebab aku lambat sampai, then kepala mereka penuh dengan pertanyaan kenapa aku beria nak jumpa, then bila tau yang aku sekadar nak jumpa xde ape yang penting pun so agak berasap cikit haha.. tapi happy je.. :D

Agak panjang cikit, well aku menulis mana pernah pendek nya haha.. tambah2 kalau pasal MunaGang.. xleh berenti.. diorang sangat bermakna dalam hidup aku.. walaupun aku bukanlah jenis yang cakap banyak pon kan dan kalau xde aku pun memang xde ape hal la, tapi aku happy dengan MunaGang ni.. xde yang tak happy.. paling menyedihkan pun bila nak berpisah bila habis poli.. that time walaupun nampak tenang di mata but deep from my heart.. only god know.. just one word I wanna say to MunaGang... I love u all so much.. yaa.. sooo muuuch.. tak ada ayat lain lagi yang boleh aku gunakan untuk menggambarkan betapa aku sayangkan mereka.. thanks for everything my friends ........... :)
















Sunday, 24 August 2014

Pray For MH17 & MH370

Assalamualaikum..

Sebelum ni rakyat Malaysia telah dirundung kesedihan dan sejuta pertanyaan apabila pesawat MH370 yang membawa hampir 200 lebih penumpang dan anak kapal telah hilang dari radar secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan keberadaan walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.. di udara.. lautan..mahupun daratan namun semuanya tidak menemukan apa2 petunjuk dan masih terus hilang..hilang....hilang...sehingga kini...

Pada bulan ramadan yang lepas rakyat Malaysia sekali lagi dihujani kesedihan apabila pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh di ukrain Pesawat tersebut dalam perjalan dari belanda ke malaysia.. majoriti adalah penumpang belanda seramai 154 orang manakala malaysia  43 orang dan lain2 adalah dari  indonesia,belgium dan beberapa negara lain.

Daripada video yang dimuat naik dalam tenet ni menunjukkan keadaan di kawasan pesawat tersebut terhempas.  mayat bergelimpangan disana sini..ada yang masih sempurna jasadnya dan ada yang tidak dapat digambarkan dengan kata2..

Aritu 22 ogos 2014 kerajaan mengisytiharkan hari berkabung negara.. 17 mayat dan 3 abu mayat selamat dibawa pulang ke malaysia.. rakyat diminta memakai pakaian berwarna suram dan kenderaan dan sebarang aktiviti dihentikan seketika saat mayat terakhir dibawa keluar dari pesawat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Radio dan televisyen juga tidak henti2 mengalunkan bacaan yassin dan alfatihah kepada semua jenazah yang beragama islam. Office aku pn ikut sama bertafakur walaupun bkn dalam waktu yang dinyatakan.  Saat tu aku jd sebak la nk nangis jugak la..aku tanak nangis..agi pun orang tak pernah tgk aku nangis. tapi aku xde la nangis cuma sebak je..aku tahan je air mata yang bertakung tu.. shingyi yg amik gmbar time tu hanya bagi isyarat je tanda ok..dia serba salah kot nk ganggu mereka yg masih bertafakur.

bila masuk ofis blk dan2 pulak afiq ni tegur aku nangis ke? ehh...aku sangkal la..terus aku sapu air mata aku dari menitis. nak bercakap pn jd bergetar suara..dia senyap aku senyap..=.= semoga jenazah mangsa tenang di sana.. aamin..


Saturday, 28 June 2014

Pengalaman kerja~

Assalamualaikum.. hai

Entry kali ni xde ape pun cuma nak tulis pasal pengalaman kerja je.. Pejam celik pejam celik baru sebulan lebih aku kerja kat CK Graphic tu. pekerja kat sana xde la ramai sangat..dalam lingkungan 30 orang macam tu je dan suasananya boleh diibaratkan mcm CC(cyber cafe) kat bahagian tepi sini wat modelling, bahagian tengah ni wat animation, sebelah sana wat photoshop, rendering.. so aku adalah di bahagian modelling..

Pekerja di sini majoriti nya adalah cina sebab owner nya cina.. so ada cina dari malaysia, ada cina yang original dari negara china, ada dari iran dan pakistan. so language nye kat office tu normally mandarin la.. ada jugak staff yang aku x bercakap langsung cuma senyum2 macam tu je.. mana tak nye, ada yang aku tegur asyik senyum je..jawab nye x..rupanya dia pure dari china dan x pandai bahasa melayu..english pulak x seberapa.. xkan aku nak cakap cina pulak..huhu

Tapi satu yang aku suka nye diorang ni x pernah speaking english bila cakap ngan aku.. diorang akan cakap melayu walaupun diorang kata BM diorang teruk, tapi diorang cakap melayu jugak walaupun sampai tahap garu kepala dan siap google translate kikikikiiki.. maybe sebab aku x berapa reti speaking in english jadi senang kira cakap melayu laa... Oh My English!!.. haha

Tapi kalau yang dari Iran tu yang tanya aku.. nak x nak kena la jugak aku speaking... sesungguhnya bila dia datang dekat aku, hati aku akan kata " alamak dia datang dah.. haa sudahh.. jangan la datang dulu.. apa aku nak cakap ni.. " haha aku explain kat dia banyak nye guna isyarat tangan tunjuk je kat monitor tuu.. senang cite.. :p

Actually awal2 dulu aku x paham tengok pelan CAD tu.. sebab nye aku kena wat model ikut pelan tu.. so bayangkan dalam sehari aku xleh nak siapkan front elevation pun..aku amik masa seminggu utuk buat 1 rumah sedangkan orang lain buat sehari.. bos bagi aku masa sebulan untuk aku pick up dan buat model faster..if i can't do it, means this job is not suitable for me.. bos kata..ok fine.. so aku try..aku amik masa 5 hari untuk 1 rumah..then 3 hari.. dan kadang2 aku harap aku leh buat sehari tapi percayalah bahawa pelan cad yang clien bagi tu kadang2 x sama langsung dia punya floor dengan elavation.. so which one should i follow..floor.. or elevation.. jadi take time la...

Sebulan lebih aku dah kerja dan i'm still working at CK Graphic until now.. harap2 nye aku akan terus kerja kat situ untuk belajar dan timba pengalaman sebelum berenti atau diberhentikan.. :D


Ni rumah semi D 2 tingkat.. 2 hari wat..

Ni commercial lot..2 hari wat.. 1 hari aku amend 1 lot

Ni test wat air.. guna vray..

cantik kan? bukan aku wat.. aku wat tang bawah tu je. podium.. tp ni cantik sbb diorang render..


Ni pelan cad.. awal2 dulu bapak bengap nye aku nk susun benda alah ni.. dah tu x pham pulak time nk model..

Thursday, 24 April 2014

Interview oh interview ~

Assalamualaikum..

Aritu 22 April 2014 aku pegi temuduga kat DamansaraPerdana.. interview yang kali ke6.. baru 6 kali..orang lain lagi banyak kali pegi interview pun susah gak nak dapat keje.. so xyah la nak mengeluh kalau takat baru 6 kali.. huhu.. its not easy..

Aku tiap kali dapat offer pegi interview mula la kemalasan datang haha.. sebab sah2 kena cakap BI.. syarikat swasta ni kn xde ke nak interview dalam bm je? senang sikit aku nak jawab.. xde la aku nak pikir ayat sangat, pastu mula la nak mengarut.. nak bawak buku dictionary macam melampau pula.. kikikiki.. itu pasal la jawab pun macam tak yakin je sampai kadang2 aku jawab tu sempat lagi dalam hati aku tnya "erk apa aku cakap ni.. apasal aku jawab macam tu.. betul ke ayat aku ni.. belasah jelah.."

Tambah pulak bila tempat nak interview tu jauh.. contohnya ni la kat PJ.. kna naik lrt pegi masjid jamek.. then tukar naik putra ke kelana jaya.. then maybe kena naik rapid pulak.. aku ni dah la jakun sikit dengan PJ.. first time interview dulu aku naik bas rapid.. start bas gerak dari lrt kelana jaya sampai la dia pusing 1 PJ then balik ke lrt tu semula.. aku? ye aku masih dalam bas tu x turun2.. kesian... aku pun xtau mana nak turun.. abang bas ni aku dah suruh turunkan aku kat tempat yang aku nak pegi tu abang ni boleh x ingat.. adoyai.. apa2 pun terima kasih sebab bawak saya pusing2 PJ dengan bas ni.. teruja saya.. sangatt.. :p  second time interview ke3 aku pegi ngan kete.. guna gps.. 2 kali pusing tempat sama alih2 aku still dalam kl  rupanya.. third time aritu punye interview ke6.. naik lrt jelah.. pastu untuk memudahkan.. aku amik teksi supaya x lambat.. kena RM25.. sepatutnya RM10 macam tu je.. aku teraniya di situ.. :p

Masa sampai aku tersesat nak cari tangga/lif mana 1 aku kena naik untuk ke tempat interview tu.first naik aku call dia kata salah..pastu dia suh aku naik kt pintu lain..aku duk ke hulu ke hilir tukar2 pintu.. ada laki sorang lagi duk tercegat kat depan tu..rupanya dia pun nak interview jugak.. jadi aku ikut dia tukar2 pintu/lif.. pastu dia ikut aku tukar2 pintu/lif.. xyah kira la bape kali aku call staff dia nak tnya pintu/lif mana 1 patutnya aku masuk.. aku bayangkan aku jadi dia then dia akan cakap "serabut nye aku ngn dia ni x jumpa2" haha

Aku kira dalam banyak2 interview, ni la interview yang paling sekejap aku kena.. biasanya paling sekejap pun 10 minit macam tu.. yang ini pecah rekod.. duduk je dia tanya portfolio aku.. portfolio? mana aku ada.. haa sudah.. jeng3.. aku cakap kat dia aku dah attach kat email.. tapi dia xleh bukak.. aku suruh bukak kat youtube.. nasib ada.. lepas perkanal diri, blablabla cikit.. time tu 2 orang interview. sorang lagi tnya yang sorang lagi.. aku rasa dia geleng kepala laa,, tapi aku x heran kalau dia geleng sebab aku pun bukan pro sangat.. dah la BI tunggang langgang.. lagipun dia nak skill autocad..aku x belajar kot benda tu.. lepas tu tima kasih la.. kejap je..? aku rasa 2 minit je kot.. aku sendiri meng'confirm'kan diri aku x dapat punye la..

But then esoknya staff dia call tnya bila leh start keje.. erk? dan aku dah confirm kan aku start 12 Mei 2014.  Apa perasaan aku.. bersyukur.. dalam banyak kali pegi interview akhirnya ada gak yang terima. aku teruja tapi pada masa yang sama aku takut.. aku basic je dalam 3D.. takut pulak kalau dia suruh guna autocad. aku cuma tau 3ds Max. tu pun masih bergantung pada tutorial.. moga Allah permudahkan..

#Merenung Jauh masa depan
#Feeling excited but scared..


Saturday, 12 April 2014

Terkenang di masa duluu~

Assalamualaikum

Dalam keboringan malam menunggu mata ni terlelap, rasa nak conteng lagi kat sini.. baru je semalam conteng dah nak conteng balik.. ok2 xpe ini diari.. DiariCapricorn.. makanya namanya diari itu biasa ditulis tiap hari.. nah ini kira boleh la ni..

Ok berbalik kepada tajuk kat atas tu, kebanyakan kita pasti ada waktunya bila mana kita dengar sesuatu lagu tu kita akan terimbau dengan sesuatu kenangan atau situasi yang pernah kita alami.. Contoh macam orang2 tua sekarang la bila dengar klasik.fm "Menggamit kenangan" .. kompem akan teringat zaman diorang muda2 dulu.. kann?

Tapi kadang2 kita pun mungkin ada kenangan yang masih baru yang terselindung di balik sesebuah lagu.. macam orang bercinta la kononnya si lelaki tuju lagu tu kat si pompuan tu makanya bila diorang dengar balik lagu tu memori tu akan berpusat pada situasi tu.. automatik.. xde teringat benda lain dah kecuali situasi tu je..

Haa ia jadi magnet gitu.. macam aku jugak contohnya aku kalau dengar azan yang lain sikit bunyinya ala-ala klasik gitu.. lain sikit.. macam Marrybrown.. "Ada kelainannya".. haha.. azan tu dari atok sedara aku yang umahnya depan rumah aku..rumah lama..sebelah umah aku kan masjid.. dia punya azan tu lain sikit. tapi sekarang aku dah lupa camane lenggoknye.. bila dengar lenggok azan macam tu aku ngan eni akan teringat yang waktu tu waktu maghrib.. atok sedara aku azan kt masjid.. time tu bilik air tu lampu nya mentol warna oren.. kaklong aku tengah basuh baju.. aku ngan eni duk main air la.. time tu kanak2 rebina..tadika gitu je.. haa xde ingat situasi lain dah melainkan yang tu je..

kalau nak diceritakan kenagan pada zaman kecik2 dulu memang banyak.. tapi sume tu aku dah masukkan dalam diari cuma bukan di sini.. haa banyak kan diari aku..diaricapricorn, diari sendiri, diari cilik, diari muna.. haha itu sume coretan kenangan..

Kalau diberi peluang aku nak balik semula ke zaman dahulu.. waktu kecik.. tapi bukan zaman sekolah.. zaman sekolah aku tak suka.. aku cuma mahu balik ke waktu dulu.. penat dengan semua masalah sekarang.. andai dapat kuundurkan putaran dunia.. ingin kuulang semula... erk sudah2 xpayah nyanyi.. cukup kukatakan aku rindu waktu dahulu.. i miss that momment... really....urmmmm...



kat atas ni masa kami kecik.. aku sendiri pun xtau yang mana satu aku.. hikhikhik

Friday, 11 April 2014

Mimpi ular tu tanda nak kawin??

Assalamualaikum..

Haa mimpi ular..tu persoalan nya yang aku tak paham.. sebab nye aku belum kawin dan aku tak pernah mimpi ular kot... kott.. mana la aku ingat aku mimpi ular bila.. mimpi aku banyak episod terkadang episod citer ni x abis lg dah masuk citer lain.. jadi rasanya episod ular xde lagi la seingat aku.. maybe next episod kot.. hehehe :)

Baru-baru ni aku pegi kenduri kawin kawan kat kg.. betapa awal nye aku pegi kenduri tu kol 11 pagi.. pengantin belum mekap pun lagi..hehe saje sebab tengahari bajet nak balik KL pulak.. so duk sembang2..kawan aku yang sorang ni yang belum kawin ni bagitau la yang dia ada mimpi ular.. kata orang kalau mimpi ular maknanya nak kawin tak lama dah.. mak dia pun cakap cenggitu.. iyerr ker??

Dah kawan aku yang kawin tu cakap dia pun pernah beberapa kali mimpi ular.. kembar aku ikut sekali cakap dia mimpi anakonda..erk.. temberang kaa?? okey dah kalau mimpi ular tu tandanya nak kawin, kiranya aku lambat lagi la nak kawin sebab aku belum mimpi ular mahupun cacing, ulat gonggok dan seangkatan dengannya sekali pun..

Tapi... kalau orang laki yang dah kawin yang duk mimpi ular berkali2 tu maknanya apa pulak? apakah disebabkan dia bekerja jaga ular kat ZOO hingga terbawa2 dalam mimpi..?? erk.. ataupun... jeng3... haaaa sila perhatikan suami anda takut2 nanti dapat madu lebah ke kann.. haaa x baik..

Sometimes tertanya2 jugak nanti aku akan kawin dengan siapa ye.. aku pernah mimpi dan aku x ingat bape kali aku mimpi yang time tu aku kawin.. kiranya ada sekali tu mimpinya aku kawin.. kawin sekali ngan kembar aku.. tapi masalahnya kembar memang dah kawin pun :p xpe ini cuma mimpi..biarkan.. pernikahan tu macam tertunda sedikit waktunya sebab ada perkara yang tidak dapat dielakkan.. contohnya dari tengahari bawak ke petang sikit la.. lama pulak mimpinya.. tapi bila penghujungnya kita hampir ke acara tu **TINGGG** dah tersedar.. kenapa begitu ye.. nak cakap nye aku sendiri pun tak tau kawin ngn sape sebenarnye ni kikikikikiki.. misteri nusantara betul haha..

kesimpulannya.. tak kira la dengan siapa jua aku kawin biarlah masa yang menentukan~

*JODOH itu rahsia Allah..


Wednesday, 12 March 2014

Isi masa lapang?

Assalamualaikum

kali ni aku nak conteng2 lagi kat sini.. Macam biasa keje belum lagi dapat.. temuduga sahaja. Ermm nak wat camane bukan rezeki aku lagi.  Salah aku jugak tak dapat nak jawab temuduga + ujian dengan baik. Takpe keep applying tapi buat masa ni aku tak apply keje sebab bajet kena pegi jaga kakak ipar aku bersalin nanti.. nanti aku apply keje balik..

So dalam aku duk sesaje ni makanya kaklong aku pun suruh la aku wat kad untuk jemput tetamu ke majlis persaraan bos  "Y.Bhg. Datin Hjh. Asiah Mohd Hashim" yakni ketua jabatan fisioterapi HKL merangkap ketua profesion fisioterapi bahagian sains kesihatan bersekutu.. saje aku tulis sume tu (nak cakap nye benda ni la aku susah nak susun sebab panjang.. =.= )

Ok la aku wat la.. aku xde la pandai bab edit ni.. tampal2 je belasah je..  tema diorang wat BIRU..  Abis sume nye nak biru.. mata aku pn dah nak jadi biru haha @-@ .. ni yang aku wat la :-

ni kad jemputan untuk tetamu

banner

bunting

kad just untuk jemput datin 

kad aturcara untuk diletak kat atas setiap meja

Asal nye aku ingatkan kena wat 1 kad je.. Diorang nak bayar aku tapi aku kata tak payah la sebab aku wat saje2 je.. Lagi pun aku sendiri tak puas hati sangat pun dengan kad yang aku wat. Tapi banyak pulak suruh wat.. erk.. dan aku memang x kisah pun wat..isi masa lapang.. Diorang bagi jugak upah sikit.. Jadi aku terima jelah haha.. 

Kad aturcara yang last tu aku dah tak tahu nak wat camane.. nak letak background ape.. diorang suruh aku guna design yang first je untuk sume kad dan banner ni tapi aku rasa dah kalau sume benda guna design sama tak ke jadi boring mata tu tengok.. itu pasal la aku tukar jugak. 

Last nye aku guna background jeti kat laut.. pada waktu senja.. (bukan nak cakap datin dah senja ye.. haha).. tapi aku bagi cerah la cikit. Dan memandangkan sekarang ni Malaysia diuji dengan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang masih tidak diketahui keberadaannya bersama semua penumpang dan anak kapal, aku ada rasa nak letak gambar pesawat tu kat blkg kad tu..eh bukan ape, saje tu tanda peringatan.. Tapi tak boleh la sebab tu bukan kad aku.. erk..

Sehingga kini sudah 5 hari pesawat tersebut hilang.  Pelbagai jentera laut dan udara dari pelbagai negara bersatu dalam usaha mengesannya... masih tiada hasil.. Ini adalah ujian dari Allah, walau sebanyak mana jentera dan secanggih mana pun teknologi yang digunakan, jika Allah belum mengizinkan pesawat itu ditemui maka ia tetap tidak dapat dikesan. Ape2 pun bersama kita doakan agar MH370 ditemui semula dalam keadaan semua crew dan penumpang selamat.. Diharapkan pesawat tersebut berada dalam lindungan Allah. Ya Allah Ya Tuhanku.. berikanlah kami petunjuk dalam misi mencari MH370.. kalau dilaut TIMBULKANLAH.. kalau di darat TUNJUKKANLAH.. kalau di udara TURUNKANLAH.. aamin..