kali ni aku nak conteng2 lagi kat sini.. Macam biasa keje belum lagi dapat.. temuduga sahaja. Ermm nak wat camane bukan rezeki aku lagi. Salah aku jugak tak dapat nak jawab temuduga + ujian dengan baik. Takpe keep applying tapi buat masa ni aku tak apply keje sebab bajet kena pegi jaga kakak ipar aku bersalin nanti.. nanti aku apply keje balik..
So dalam aku duk sesaje ni makanya kaklong aku pun suruh la aku wat kad untuk jemput tetamu ke majlis persaraan bos "Y.Bhg. Datin Hjh. Asiah Mohd Hashim" yakni ketua jabatan fisioterapi HKL merangkap ketua profesion fisioterapi bahagian sains kesihatan bersekutu.. saje aku tulis sume tu (nak cakap nye benda ni la aku susah nak susun sebab panjang.. =.= )
Ok la aku wat la.. aku xde la pandai bab edit ni.. tampal2 je belasah je.. tema diorang wat BIRU.. Abis sume nye nak biru.. mata aku pn dah nak jadi biru haha @-@ .. ni yang aku wat la :-
ni kad jemputan untuk tetamu
banner
bunting
kad just untuk jemput datin
kad aturcara untuk diletak kat atas setiap meja
Asal nye aku ingatkan kena wat 1 kad je.. Diorang nak bayar aku tapi aku kata tak payah la sebab aku wat saje2 je.. Lagi pun aku sendiri tak puas hati sangat pun dengan kad yang aku wat. Tapi banyak pulak suruh wat.. erk.. dan aku memang x kisah pun wat..isi masa lapang.. Diorang bagi jugak upah sikit.. Jadi aku terima jelah haha..
Kad aturcara yang last tu aku dah tak tahu nak wat camane.. nak letak background ape.. diorang suruh aku guna design yang first je untuk sume kad dan banner ni tapi aku rasa dah kalau sume benda guna design sama tak ke jadi boring mata tu tengok.. itu pasal la aku tukar jugak.
Last nye aku guna background jeti kat laut.. pada waktu senja.. (bukan nak cakap datin dah senja ye.. haha).. tapi aku bagi cerah la cikit. Dan memandangkan sekarang ni Malaysia diuji dengan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang sampai sekarang masih tidak diketahui keberadaannya bersama semua penumpang dan anak kapal, aku ada rasa nak letak gambar pesawat tu kat blkg kad tu..eh bukan ape, saje tu tanda peringatan.. Tapi tak boleh la sebab tu bukan kad aku.. erk..
Sehingga kini sudah 5 hari pesawat tersebut hilang. Pelbagai jentera laut dan udara dari pelbagai negara bersatu dalam usaha mengesannya... masih tiada hasil.. Ini adalah ujian dari Allah, walau sebanyak mana jentera dan secanggih mana pun teknologi yang digunakan, jika Allah belum mengizinkan pesawat itu ditemui maka ia tetap tidak dapat dikesan. Ape2 pun bersama kita doakan agar MH370 ditemui semula dalam keadaan semua crew dan penumpang selamat.. Diharapkan pesawat tersebut berada dalam lindungan Allah. Ya Allah Ya Tuhanku.. berikanlah kami petunjuk dalam misi mencari MH370.. kalau dilaut TIMBULKANLAH.. kalau di darat TUNJUKKANLAH.. kalau di udara TURUNKANLAH.. aamin..
No comments:
Post a Comment