Powered by Cincopa

...

Sunday, 24 August 2014

Pray For MH17 & MH370

Assalamualaikum..

Sebelum ni rakyat Malaysia telah dirundung kesedihan dan sejuta pertanyaan apabila pesawat MH370 yang membawa hampir 200 lebih penumpang dan anak kapal telah hilang dari radar secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan keberadaan walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.. di udara.. lautan..mahupun daratan namun semuanya tidak menemukan apa2 petunjuk dan masih terus hilang..hilang....hilang...sehingga kini...

Pada bulan ramadan yang lepas rakyat Malaysia sekali lagi dihujani kesedihan apabila pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh di ukrain Pesawat tersebut dalam perjalan dari belanda ke malaysia.. majoriti adalah penumpang belanda seramai 154 orang manakala malaysia  43 orang dan lain2 adalah dari  indonesia,belgium dan beberapa negara lain.

Daripada video yang dimuat naik dalam tenet ni menunjukkan keadaan di kawasan pesawat tersebut terhempas.  mayat bergelimpangan disana sini..ada yang masih sempurna jasadnya dan ada yang tidak dapat digambarkan dengan kata2..

Aritu 22 ogos 2014 kerajaan mengisytiharkan hari berkabung negara.. 17 mayat dan 3 abu mayat selamat dibawa pulang ke malaysia.. rakyat diminta memakai pakaian berwarna suram dan kenderaan dan sebarang aktiviti dihentikan seketika saat mayat terakhir dibawa keluar dari pesawat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Radio dan televisyen juga tidak henti2 mengalunkan bacaan yassin dan alfatihah kepada semua jenazah yang beragama islam. Office aku pn ikut sama bertafakur walaupun bkn dalam waktu yang dinyatakan.  Saat tu aku jd sebak la nk nangis jugak la..aku tanak nangis..agi pun orang tak pernah tgk aku nangis. tapi aku xde la nangis cuma sebak je..aku tahan je air mata yang bertakung tu.. shingyi yg amik gmbar time tu hanya bagi isyarat je tanda ok..dia serba salah kot nk ganggu mereka yg masih bertafakur.

bila masuk ofis blk dan2 pulak afiq ni tegur aku nangis ke? ehh...aku sangkal la..terus aku sapu air mata aku dari menitis. nak bercakap pn jd bergetar suara..dia senyap aku senyap..=.= semoga jenazah mangsa tenang di sana.. aamin..


No comments:

Post a Comment