Powered by Cincopa

...

Tuesday, 26 May 2015

Hargai Persahabatan

Assalamualaikum

Sekarang hampir ke penghujung bulan mei.. Actually aku ada idea nak menulis di blog ni..nak tulis ni nak tulis tu.. tapi x berkesempatan.. bila berkesempatan aku ralit duk tengok benda lain pulak.. bila nak bukak blog dah ngantuk.. huaghh.. cenggitu jela sampai sudah..

Ok untuk entry ni aku nak ceritakan pasal persahabatan aku. Dah kenapa persahabatan pulak.. yela bila timbulnya sesuatu krisis dalam persahabatan disebabkan sesuatu perkara samada kecil atau besar jadi tak best la..

Biasa la dalam persahabatan sape2 sekalipun mesti sedikit sebanyak ada perselisihan faham.. macam hidup berumah tangga. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak gusi.. eh silap.. suami isteri.. hehe.. cuma yang ni takde rumah takde tangga. macam gang aku jugak.. Muna and Da Gang. Aku bersyukur dapat kawan ngan gang ni yang betul2 buat aku dapat merasai erti bersahabat tu.. jangan diceritakan berkaitan zaman persekolahan.. ada tapi datang dan pergi.. Gang ni dah lama wujud. sudah 8 tahun. dari zaman poli umur 18 tahun hingga sekarang umur 26 tahun.. ada yang dah berkawin dan akan berkahwin x kurang juga yang masih single.

Masing2 dah kenal perangai masing2.. So apa masalah nye apa yang cuba disampaikan ni.. x paham betol aku.. xde la.. kisah nya sebab percutian ke Port Dickson. Disebabkan nanti hujung bulan ogos fatin akan berkahwin, dalam aku duk saje2,  mai terlintas dalam kepala otak aku ni nak pegi jalan2 ngan diorang.. habiskan masa bersama ..main air pantai. dah lama aku x main air pantai.. lagi pun saje kalau boleh aku nak spent masa lama ckit sebab biasa jumpa pun kejap je bape jam je sekali jumpa.  itu pn selepas beberapa bulan. Nanti bila fatin kawin and ada anak.. sama la nadia ngan suha pun.. kang dah tak boleh nak wat macam tu.. Lagi pulak nanti aku pun nak kena wat ct scan bulan 10.. kalau ada sakit ape2 kan susah dah nak suka suki..


Plan dah dibuat sejak awal bulan mei dan semua setuju yang kita akan pergi pada 23 mei.. memang la tengah bulan xde duit tapi aku x boleh buat hujung bulan sebab nanti mak aku datang sini cuti sekolah anak menakan aku 2 minggu takkan aku pulak merayap pergi bercuti.. So diorang pun sepakat pinjam duit hani nanti. hani pun dah setuju.  ok abis kat situ. Bila minggu berganti minggu sampai la ke tarikh 22 mei. Asal nye mak aku maybe tak datang lg 28 hb tu sbb nanti kakak aku balik pergi kenduri adik ipar dia dulu.  Aku pun teragak2 nak tunda tarikh percutian tu. tapi aku tak tunda pun.

Aku ajak jugak Ekin sekali join kitorang.. awal dulu dia tanak sebab xde duit tapi aku selalu tanya dia.. dia dalam proses memutihkan kulit sebab sblm tu dah pegi bercuti,, aku dah suruh dah dia minum qu puteh.. kikiki.. and akhirnya dia pun minat nak join.  siap mintak petunjuk,, tapi ditakdirkan dia xleh join sebab kena jadi driver adik pulak dia time tu. ok xpelah.. Then aku saje 2 cakap kat group whatsapp  tu suggest tunda percutian tu ke minggu 1 lg tapi hani cakap xboleh sebab ada kenduri.  ying nak balik kg.. fatin pun nak balik kg. ok aku x cakap ape2.. then aku tanya la nanti fatin nak naik kete aku ke kete hani ape sume kan..  fatin tnya aku eh jadi ke nak pegi esok.. dia ingt x jadi. then hani pun tanya sekali.  yang lain pun. pastu nadia cakap dia xtau leh pegi ke tak sebab dia demam.. aku memang paham sangat ngan nadia.. time hujung2 suka sangat cakap xleh pegi.. aku kompem bila dia cakap macam tu orang lain pun akan ngikut sikit2.. fatin kata dia yang tak pergi sebab dia ingat x jadi. dia dah janji nak balik jumpa mak dia.. ok aku takde la tanya sebab dia dah janji ngan mak dia tapi aku terpikir dalam kepala otak aku ni bape kali fatin ni nak balik kg.. awal2 tadi kata nak balik minggu depan tu.. tapi minggu ni pun balik jugak..

Suha pulak cakap kalau nadia ngan fatin x pergi dia pun tanak pegi.. tapi nadia bagitau balik yang dia pegi.. demam sikit2 je,. Then ying cakap dia ingatkan x jadi sebab x update ape2.. suha pun mengiyakan.. hani pun mengiyakan.. yela ok lah aku mengaku salah la aku tak update tiap masa pasal ni cuma aku pegang pada tarikh yang dibuat awal2 tu je dengan anggapan sume orang ingat. Tapi time aku chat ngan ying 2 hari sebelum tu ying ada tanya aku jadi ke tak.. aku dah cakap jadi.. ying kata ingatkan x jadi sebab x dengar apa2.. aku cakap la jadi lagi takat ni.. cuma x bunyi je radio rosak aku cakap haha.. Tapi yang lain takde tanya aku xdela cakap ape2.

Depa tanya la aku nak tinggal kat mana..x kelam kabut ke sebab hotel tak book.. ye hotel tak book.. memang aku tak pandai bab ni sebab biasanya aku ikut orang je. Tapi aku yakin hotel boleh cari hari tu.. xkan nye semua hotel penuh sepenuh nya..at least akan ada kosong walaupun kecik..tapi kita kan memang nk cari bilik kecik je. lagi pun time tu bukan cuti sekolah.. hotel kat PD tu ada berlambak siap berjiran kiri kanan depan belakang lagi.. kalau pun mahal ckit kita kan kongsi 6 orang jadi xde la rasa berat sangat. ying pulak bagi idea tanak pergi.. Aku dah ready walaupun aku belum kemas apa2 barang. tapi setakat pergi sehari aku sumbat masuk beg selai dua baju siap la. Aku kata xpelah kita pergi mana ada jela..fatin sorang je pun tak dapat pergi,, nadia suggest pegi 1 kete je ok la.. Tapi diorang nak tukar tarikh lain sebab x prepare ape2.. Aku tak tau nak jawab ape.. camane sorang nak lawan 4,5 orang ni.. sedih.. huhu.. aku diam jela.. sebab orang dah biasa cakap aku xde perasaan.. maybe..


Maybe aku x pandai dalam planning. Memang aku ngaku aku salah sebab x update sebab aku bajet semua orang takkan tukar plan lain.. Tapi diorang pun takde tanya sepatah pun kat aku. ying ada la tanya.  sekarang sume tanak pegi. apa yang aku imagine apa yang aku nak buat dalam kepala aku semuanya ilang macam asap.. Aku nekad lain kali aku xkan ikut percutian lagi kecuali ikut family aku. Cukuplah berjumpa seperti biasa, malas dah aku nak mengalah.. tapi xtau la hari lain aku ubah pikiran kan.. tengok keadaan..

Nadia ajak aku pergi juga esoknya. aku tak paksa dia tapi dia ajak pergi. Dia ajak jugak hani tapi hani kata x.. suha pun taknak pegi. Dia call ying dari malam bawak ke pagi sampai habis kredit pun ying tak angkat.. kalau ying nak kata tanak ikut atau xde kredit boleh diterima tapi kalau boleh angkat la call walaupun sekali atau balas masej.. huhu.. xpelah kami pergi la 2 orang. Aku tak tau jalan ke PD tapi husband nadia yg bagitau jalan. Kami dah sesat sekali terpaksa u-turn.. sampai PD kami pusing u-turn berkali2 cari hotel yang berdekatan pantai dan yang murah.  walaupun berkali2 kami u-turn dalam PD., hampir pergi ke melaka tapi pusing balik pastu pergi balik tempat sama ni tapi sekurang2nya kami dapat sampai ke destinasi yang kami cari.. dari tak tau jalan sampai aku rasa macam dah naik hafal tempat dan jalan kat PD ni..

Sedih jugak bila apa yang aku plan tu tak jadi tapi aku ngaku juga salah aku x update tu plus salah aku tak mengalah dengan diorang.. Aku mengaku salah aku mintak maaf.  tak ada gunanya nak merajuk lama2.. diorang kawan2 aku yg paling rapat dan paling paham perangai aku, Lagi pun geng ni bukan x penah ada yang merajuk..tapi kenapa nak menyepikan diri.? tiada respon. kalau ada masalah dalam perhubungan, yang harus diselesaikan ialah masalah tu bukannya memutuskan perhubungan.





Maafkan kami.. 
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami..
bape banyak maaf daa..








Sunday, 26 April 2015

Info Berkaitan Demam Denggi

Assalamualaikum..

Cerita terbaru buat masa ni tak ada yang baru.. sebulan selepas denggi aku dah sihat walafiat dah. denggi tak ambik masa lama untuk sembuh. paling koman masuk wad 3 hari sihat la, tidak termasuk 3,4 hari sebelum masuk wad sebab hasil ujian darah biasanya adalah negatif bila test dibuat kurang dari 3 hari.. sampailah hari2 berikutnya ia jadi positif bila mana nilai platlet tu makin turun..turun..kurang dari 100 sebab apa? sebab virus denggi ni makan platelet kita haa. ape la mkn platlet.. makan la nasik ke ape ke.. mcm aku platelet 84.. pegi OPD kat HKL masuk air naik cikit jadi 90.. tapi still kena tahan wad la.. paling rendah platelet aku pun dia turun sampai 50 hari ke2 dalam wad.. then naik balik la.. setengah orang turun terus menerus.. platlet kita yang normal biasanya around 150-410.

Nyamuk AEDES

Pokoknya kena minum banyak air.. pokok memang la kena siram dia x minum pakai gelas.. haha ..setengah orang ikut petua minum air daun betik untuk naikkan platlet.. aku x la.. macam x sanggup je.. pahit tuu. setengah orang minum air 100plus. dan aku pun xkan minum air ni sebab aku memang x minum 100plus.. rasanya agak pelik pada aku. dan doktor pun x bagi patient minum air tu.. alhamdulillah.. haha.. lagi pun minum air gas tu berbotol2 pastu duk baring je pun.. gula banyak tu.. ahli sukan xpelah diorang minum diorang main sukan gula tu ditukarkan kepada tenaga.. yang duk baring tu tukar gula kepada kencing manis pulak karang.. so aku just minum air masak.. air tembikai.. dan air sup ketam.. haha xleh blah orang lain hirup pakai sudu sup ketam tu, aku minum pakai gelas kot.. kau hado?? bukan ape.. sudu xde kot.. mangkuk takde.. gelas saje yang ada.. bedal saje la.. pure punya sup ketam cina buat.. rasa sangat ketamnya baru angkat dari kolam.. atau paya barangkali?? haha

mana satu yang anda amalkan?


Platlet tu ape sebenarnya? ok murid-murid platelet tu pentingnya untuk pembekuan darah.. macam kalau tangan kena pisau ke kan.. berdarah.. kalau xde platelet darah tu xkan berhenti mengalir.. maunye habis darah mati kang. sebab tu la dalam kes denggi ada masalah gigi gusi berdarah.. tapi kalau nilai platlet terlebih tinggi dari yang normal pun x boleh jugak sebab kemungkinan salur darah ke otak tu akan tersumbat dan menyebabkan stroke.. ok kalau kena denggi sila kenalpasti simptom2 nye then buat test darah.. kalau lambat dan x ambil tindakan langsung takutnya nilai platlet tu turun ke paras yang sangat rendah.. kat wad aku duk aritu akak tu hari ke3 platlet dia 14.. rendah tu.. ada aku baca pengalaman orang lain yang platlet nya 8.. what?? bayangkan platlet ni dalam 410 tu tggal kurang daripada 10 je kedek-kedek dalam tu.. tu kira parah dah tu.. kalau sampai platlet nye 5 ke bawah dah bleh cop denggi berdarah kot.. bahaya..  cikgu sekolah aku dulu meninggal kes denggi berdarah.. Din Beramboi meninggal kes sama. kena denggi berdarah ni bila2 masa boleh berlaku renjatan/sawan dan membawa maut.


Tapi kan.. kadang2 kematian dalam kes denggi ni bukanlah bergantung kepada kiraan platlet tu.. tak jugak.. kena tengok pada keadaan pesakit bukan sahaja pada bilangan platlet. ada yang platlet sangat rendah tapi cepat dapatkan rawatan dan dimasukkan cecair intravena dah boleh sembuh.. dalam masa 3 ke 4 hari platlet naik ke paras normal semula .. penting juga memantau penghidratan pesakit supaya air dalam badan mencukupi . Kalau dah kena denggi kurang pulak minum air so kuantiti air kencing pun kurang darah pun jadi pekat maka organ2 penting seperti hati, buah pinggang dan sebagainya tu akan hilang fungsi.. minumlah air daun betik sepohon sekalipun xtau la boleh survive ke tak.. Ada yang platlet maintain banyak tapi last nye innalillahiwainnailaihirojiun.  

Pendapat daripada Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman yang dipetik dari SINI mengatakan kematian bagi pesakit denggi sebenarnya adalah berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung. diulangi.. KEBOCORAN PLASMA.. bukan kerana platlet darah yang rendah. Nak tau simptom kebocoran plasma ialah sakit seluruh badan, loya, sesak nafas, muntah, gusi berdarah dan tidak bermaya. Doktor/nurse akan sentiasa memantau pesakit supaya gejala pendarahan dan sawan dapat dikesan awal. Demam panas perlu dikawal tak kira la suruh pesakit tu pegi mandi ke bagi ubat ke lapkan badan dengan air ke.. Pemberian aliran intravena juga perlu sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana itu menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Macam berbelit kan aku cakap.. ni la gayanya bila kita baca dari banyak sumber so penulisan aku pn jadi kelibut macam aku gak la.. bukan ape takut bagi info salah.

Jom usha jenis and simptom denggi ni..

1) Demam denggi klasikal (denggi biasa)
  • Demam  (setengah orang demamnya kejap ada kejap takde pastu ada balik) selama 2-7 hari
  • Timbul ruam / bintik merah pada anggota badan
  • sakit kepala
  • sakit otot/ sakit sendi
  • sakit belakang mata
* hasil ujian makmal menunjukkan penurunan leukosit dan platlet dalam darah

2) Demam denggi berdarah
    *simptom nya sama macam demam denggi klasikal diikuti tahap yang lebih teruk seperti :-
  • Gigi dan gusi berdarah
  • tekanan darah rendah
  • ruam pada anggota badan
  • najis berwarna hitam (sebab darah telah bercampur dengan najis)
  • sawan dan tidak sedarkan diri
Ciri klinikal utama demam denggi berdarah :-

1)  Demam sangat panas

2)  Pendarahan
  • Pendarahan gigi dan gusi atau dan hidung
  • Bintik merah di bawah kulit
  • Darah dalam najis (najis berwarna hitam)
  • Kencing berdarah
  • Haid berlebihan

3) Pembesaran hati

  • Terjadi di awal penyakit
  • Hati membesar 2 ke 4 cm di bawah rusuk kanan

4)  Kegagalan sistem peredaran darah
  • Kesejukan
  • Kulit kebiruan
  • Peningkatan kadar nadi
  • Resah dan lemah
  • Cepat mengalami renjatan/sawan
  • Dikenali juga sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS)

Aku jenis yang x la minum air banyak.. tapi dalam wad aku ikut je Doktor suruh minum air banyak.. tapi bila keluar wad aku kurang pulak minum air.. bila test darah seminggu lepas tu bacaan hematokrit tu berkurang pulak sikit (3.4 lebih) dari paras normal (3.5).. kena minum banyak air nanti kalau tak kena masuk wad lg.. gigih la aku minum air kt opis.. sehari 2 kali aku isi air dalam botol air aku.. biasanya 3 hari sekali baru aku refill..haha.. itu sebab nak test darah.. hasilnya nilai tu naik sikit atas pagar.. then lepas tu aku kurang balik minum air.. astagfirullahalajim.. apo nak jadi.. xpelah dah sihat.. leh jumpa ngn geng2 aku..haha.. 2,3 bulan sekali je pun.,





Saturday, 21 March 2015

Demam denggi

Assalamualaikum..

Agak bersawang jugak la blog ni bila lama x menulis.. Dah xde apa yang nak dicoretkan.. diam saja sudah. Baru-baru ni aku kena demam denggi.  tak tau bila masa nyamuk gigit aku.. kurang asam jawa betul nyamuk.. masuk wad 3 hari kat HKL. Permulaan cerita nya hari khamis aku just rasa sejuk je nak gi keje.. x rasa lapar.. asyik terlelap je. balik keje aku baring2,. tak makan nasik pun.. tertido sampai esoknya. esoknya aku x gi keje.. sebab bila baring and terus bangun aku rasa tunggang terbalik.. sakit sendi.. aku solat pun duduk.. hari sabtu pn aku x gi keje.. ahad malam aku ikut kakak aku pegi keje kt HKL la.. aku suruh dia ambik darah aku untuk test.. takut denggi ooo..maklum la sekarang musim denggi.. kang mati pulak aku.. platelet aku ok lg 116..rendah tapi belum mencapai bawah 100 untuk kaitkan dengan denggi.. happy.. tapi still x makan.. rasa lapar tapi bila makan mulut rasa pahit..

Isnin aku ingt nk gi keje tapi aku rasa xpayah la..esoknya la.. malam tu ambik darah lagi sekali untuk test.. kakak aku beli chicken chop tapi aku makan sikit je. esoknya kakak aku call kata xpayah gi keje.. pegi mandi pegi emergency..platelet aku 84 ke bape.. mak aii cepatnya turun.. aku terus bangun nak pegi mandi..bila bangun berdiri mata jd gelap.. aku landing balik..bangun balik jd camtu balik.. ala camana nak pegi mandi ni.. aku duduk dulu kejap.. bagi rileks dulu. nasib baik kaklong aku x keje aritu so aku pegi dengan dia la kt OPD.. lagi pun dia pun keje HKL. fisio.. dia tolong jawab sebab aku tak paham Dr tu speaking.. then kena tahan wad.. 3 hari.. oh denggi xpayah bayar la..haha




Pengalaman kena masukkan air garam yang memedihkan urat macam nak putus.. kena minum ubat potasium yang payau.. dengan minum air garam. tapi aku cepat leh tanggalkan drip sebab aku minum banyak air.. cumanya Dr kata maybe aku ada pleural effusion.. air kat paru2.. sebab dia cek pernafasan aku problem. So aku kena wat xray.. tapi sebab sinar xray tu terlalu kuat so Dr susah nak tengok nak kata ada macam takde..nak kata takde macam ada.. so Dr kena refer sendiri kat jabatan xray..  Dr kat situ ok sume.. sorang pegawai perubatan akan round sekali then tanya pesakit samada ada sesak nafas.. cirit birit..muntah..gigi gusi berdarah..ruam.. tanya la semua.. tiap kali check dia akan tanya benda sama..sehari 2 3 kali.. then bila Dr yang lagi tinggi pangkatnya datang diorang akan round lg sekali,,bila datang Dr yang lagi tinggi dia akan round lagi sekali.. tiap kali cek tu la doktor-doktor tu tengok aku punya xray.. diorang pun pelik.. nak tengok ada pleural effusion tu satu hal..lagi 1 hal pulak aku punya xray bawah tu ada putih.. apa tu.. takut..

Tak tau la kenapa bila duk wad dah la kol 12 lebih baru terlelap..itu pun tiap kali aku tersedar jam 3.30 pagi then gi toilet kompem lepas tu aku xleh tido dah..terkebil2 kat situ sampai nurse datang untuk round cek BP kol 4 pagi pastu Dr datang round untuk ambil darah jam 5.30.. aku takleh tido dah.. yang lucunya aku bukan senang nak minum air 3 liter sehari.. biasanya pun kira 1 liter je kot sehari. jenuh kot nak minum berliter2 ni..  tapi disebabkan dia dah sediakan air kat situ dengan cawan yang ada sukatannya maka kerja aku minum sambil sukat la. minum air kopi pagi aku sukat..minum air tembikai aku sukat..air cendol aku sukat.. air mineral lagi la sukat.. sume nye sukat la.. tak ke macam orang gila tu.. menyukat je kerjanya.. nak jual ke.. then kena tulis kat kertas.. aku paksa je minum selagi boleh.. h0h0h0.. malam tu aku tak tulis lagi kat kertas.. ala kena minum la ni kang tak tulis pulak.. kang nurse kutip pulak.. orang lain maybe sekali tulis tu bape puluh ml je sekali minum tapi aku alang-alang isi air dalam cawan tu biar penuh terus cukup 250 ml wakakaka.. then aku tulis.. termenung kejap.. ok sambung minum lagi 250 ml.. haa boleh lagi kot..minum lagi 250 ml.. ok2 yang ni last ni 250 ml.. total nya 1000 ml..woww.. nak habis air sebotol besar tu.. tapi... bila nurse datang cek suhu cek tekanan darah dia pesan kat aku apa.. "kak azianti (tau la aku ni 26 tahun) kalau boleh kurangkan minum air ye sebab semalam minum banyak air masuk paru-paru.." aku jawab oooo.. tapi ikutkan aku nak cakap macam ni "kenapa tak bagitau awal2.. penat tau nak minum banyak2 ni.." err haha then esoknya bila Dr tengok kat report tu air aku minum 4 liter kot.. hati aku kata woww rajinnya aku minum.. Dr tu ternganga.. dia cakap kat aku "maksimum 2 liter sahaja.." aku jawab la "dah Dr kata kena minum banyak air saya minum la..".. dia cakap kat Dr lain xpela dia masih muda..

Hari ke 3 Dr cek platelet ok walaupun masih 90 tapi Dr kata xpe sebab lepas ni akan naik.. dah tak payah makan ubat potasium so Dr kata boleh balik la.. sebab aku kata aku balik petang so dalam pukul 10.30 Dr ambik darah lagi sekali la.. Dr tu dah refer kat jabatan xray.. tengahari tu Dr tu tanya aku balik sebab aku pernah cakap yang kadang2 aku rasa saluran pernafasan aku macam sempit.. Dr tu tanya la balik sejak bila.. kenapa tak cek.. aku punya report xray cuma minimal effusion.. so ok la x payah tebuk2.. tapi Dr yang tinggi pangkat cikit tu tertanya apa yang putih kat bawah tu.. dia ambik no tepon aku untuk panggil bila2.. tapi xde call pun. ni dia punya last reporting.. yang xray punye aku xde bawak balik.. xyah la papar kt sini.


Disebabkan rasa ingin tahu so aku belek2 jugak blog2 dalam tenet.. ada yang dia punya xray hampir keseluruhan paru2 kanan dia putih and Dr pun xtau then last dia disahkan kanser lymphoma.. aku pulak yang takut. then menambahkan ketakutan aku bila orang tu update dia punya rawatan kimo sampai dia sihat sampai apa yang menyentap aku bila dia dh meninggal. aku dah mula tak senang duduk.. aku x fokus dengan kerja aku.. sampai lama aku nak siapkan satu2 kerja.. duk terpikir2 ni dalam otak ni.. taknak pikir pun terpikir jugak.. pada masa sama aku tengok blog org lain yang sama kes mcm tu.. ada yang tak buat kimo tapi buat rawatan alternatif.. dari maklumat yang diceritakan..rawatan kimo 1 rawatan kanser di mana ubat kimo yang dimasukkan ke badan akan bunuh sel kanser tapi dia x kenal sel sebab dia akan bunuh semua sel lain termasuk sel normal.. rawatan selama 6 bulan kena dikuarantin dari jumpa sape2 sebab waktu rawatan demam or selsema biasa boleh menyebabkan pesakit mati,. makanan kena pantang sebab gula dan lemak adalah musuh utama kanser. tapi ada kes yang buat rawatan kimo dan radioterapi berbelas dan berpuluh kali.. dan tapi hampir pulih sepenuhnya.. selepas 5 tahun!

Dr kata aku punya appointment untuk buat citiscan adalah pada bulan 10.. sangat lama pada aku.. penantian itu satu penyiksaan untuk tau keputusan.. yela kalau tak tau sakit apa semua benda kita belasah je..  aku harap tak ditimpa dengan penyakit yang bahaya.. kena positif..



Sebelum ini kakju cakap kat aku yang kalau Dr x call maknanya takde apa2.. dan dia sendiri dah tanyakan pada sister kat wad 20.. tapi dia cakap kat kakak aku yang Dr wad 20 suspek kanser paru-paru.. huhu.. kenapa tak cakap awal2.. cakap saje sebab aku dah bersedia dengan sebarang kemungkinan cuma aku nakkan kepastian melalui citiscan tu supaya aku boleh berjaga-jaga dengan pantang yang sepatutnya aku ikut. Ya Allah permudahan semuanya.. aamin..


Sunday, 31 August 2014

Reunion Muna and Da Gang yang menguji mental dan emosi

Assalamualaikum..hai,,hai..

Dalam sedar tak sedar pejam celik pejam celik., dah 2 orang dalam group muna yang dah kahwin.. nadia dah kawin 2 tahun kot seingat aku.. suha pulak baru je kahwin raya baru ni.. so tinggal la 4 orang je lagi yang belum kahwin.. belum kahwin ye.. 25 tahun sudah.. aku pikir nanti suha ngan nadia dah ada anak 2,3, orang..tah yang lain ni kawin ke belum time tu..kikiki.. erm xpelah belum waktunya..

Aku lupe bila last kitorang berkumpul sesama., kalau ada pun kompem akan ada yang x datang sorang dua.. ada planning nak kumpul sesama tapi macam biasa la.. xkan lengkap semuanya.. Baru2 ni aku terpikir nak pinjam novel dari ying.. sbb time ni cuti merdeka xde sorang pun dalam rumah ni kecuali aku sorang je.,kalau aku pun xde, maknanya tinggal makcik siti jela a.k.a tikus dalam umah ni.. saat aku duk tulis ni pun aku jenuh gertak tikus yang sekor ni dari semalam dia duk pusing kt almari tu..apa dia pikir ini rumah dia punya ke.. ikutkan hati aku letak gam biar dia terlekat kt situ tapi tanak la nanti aku kesian pulak..biar orang lain wat aku tak nampak xpe..hehe.. biasala kat kl ni kn ramai cik citi.. ni nasib baik rumah ni terurus, kalau macam tongkang pecah, aku rasa tikus tu yang perambat aku keluar, nanti dia kta ni rumah dia..sape nk jawab??

Ok back to MunaGang.. so bila aku terpikir nak jumpa diorang ni sekali la tapi hani la pulak bercuti ke kelantan.,nadia ke terengganu.. then ying pulak nak balik kampung..so aku tanyakan la kot2 leh jumpe malam lepas keje.. setelah berdiskusi.. asalnya macam ada masalah dan hampir kepada tak menjadi.. down? ermm agak la..  but then menjadi.. yess.. rasa nak senyum sampai telinga..

So lepas keje aku ambik nadia kat puchong..dan macam biasa la aku sesat..kena patah balik.. kitorang sampai alamanda kol 9.30.. yang lain tu xyah cakap la dah bising la.. bile jumpe je apo laie, aku jugak yang kena soal macam penjenayah..kenapa nak jumpa tergesa2? nak kawin ke? bla bla bla.. kepala mereka la yang penuh tanda tanya., aku tak.. haha sebab aku yang ajak.. so walaupun pertemuan tu agak "sekejap sangat" kitorang sempat la capture gambar sesama.. dah lama tak ambik gambar sesama.. tak caye cuba la cari dalam gallery bila last nya gambar muna gang cukup 6 orang.. kalau bukan tahun lepas..maybe 2 tahun lepas kot..

Disebabkan masing2 nak keje esoknya so kena balik awal la.. kalau ikutkan boleh je aku ambik novel tu dengan ying time hujung minggu sebab ying nak datang tempat aku tapi sebab macam ramai dah setuju nak jumpa, so aku taknak cancel.. just proceed.. aku teragak2 nak cakap cancel tu.. tak ter-taip.. dan memang tanak cakap.. bukan senang nak jumpa semua..

Apa yang menguji mental dan emosi nye? first sebab aku lambat sampai, then kepala mereka penuh dengan pertanyaan kenapa aku beria nak jumpa, then bila tau yang aku sekadar nak jumpa xde ape yang penting pun so agak berasap cikit haha.. tapi happy je.. :D

Agak panjang cikit, well aku menulis mana pernah pendek nya haha.. tambah2 kalau pasal MunaGang.. xleh berenti.. diorang sangat bermakna dalam hidup aku.. walaupun aku bukanlah jenis yang cakap banyak pon kan dan kalau xde aku pun memang xde ape hal la, tapi aku happy dengan MunaGang ni.. xde yang tak happy.. paling menyedihkan pun bila nak berpisah bila habis poli.. that time walaupun nampak tenang di mata but deep from my heart.. only god know.. just one word I wanna say to MunaGang... I love u all so much.. yaa.. sooo muuuch.. tak ada ayat lain lagi yang boleh aku gunakan untuk menggambarkan betapa aku sayangkan mereka.. thanks for everything my friends ........... :)
















Sunday, 24 August 2014

Pray For MH17 & MH370

Assalamualaikum..

Sebelum ni rakyat Malaysia telah dirundung kesedihan dan sejuta pertanyaan apabila pesawat MH370 yang membawa hampir 200 lebih penumpang dan anak kapal telah hilang dari radar secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan keberadaan walaupun pelbagai usaha mencari telah dilakukan.. di udara.. lautan..mahupun daratan namun semuanya tidak menemukan apa2 petunjuk dan masih terus hilang..hilang....hilang...sehingga kini...

Pada bulan ramadan yang lepas rakyat Malaysia sekali lagi dihujani kesedihan apabila pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh di ukrain Pesawat tersebut dalam perjalan dari belanda ke malaysia.. majoriti adalah penumpang belanda seramai 154 orang manakala malaysia  43 orang dan lain2 adalah dari  indonesia,belgium dan beberapa negara lain.

Daripada video yang dimuat naik dalam tenet ni menunjukkan keadaan di kawasan pesawat tersebut terhempas.  mayat bergelimpangan disana sini..ada yang masih sempurna jasadnya dan ada yang tidak dapat digambarkan dengan kata2..

Aritu 22 ogos 2014 kerajaan mengisytiharkan hari berkabung negara.. 17 mayat dan 3 abu mayat selamat dibawa pulang ke malaysia.. rakyat diminta memakai pakaian berwarna suram dan kenderaan dan sebarang aktiviti dihentikan seketika saat mayat terakhir dibawa keluar dari pesawat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Radio dan televisyen juga tidak henti2 mengalunkan bacaan yassin dan alfatihah kepada semua jenazah yang beragama islam. Office aku pn ikut sama bertafakur walaupun bkn dalam waktu yang dinyatakan.  Saat tu aku jd sebak la nk nangis jugak la..aku tanak nangis..agi pun orang tak pernah tgk aku nangis. tapi aku xde la nangis cuma sebak je..aku tahan je air mata yang bertakung tu.. shingyi yg amik gmbar time tu hanya bagi isyarat je tanda ok..dia serba salah kot nk ganggu mereka yg masih bertafakur.

bila masuk ofis blk dan2 pulak afiq ni tegur aku nangis ke? ehh...aku sangkal la..terus aku sapu air mata aku dari menitis. nak bercakap pn jd bergetar suara..dia senyap aku senyap..=.= semoga jenazah mangsa tenang di sana.. aamin..


Saturday, 28 June 2014

Pengalaman kerja~

Assalamualaikum.. hai

Entry kali ni xde ape pun cuma nak tulis pasal pengalaman kerja je.. Pejam celik pejam celik baru sebulan lebih aku kerja kat CK Graphic tu. pekerja kat sana xde la ramai sangat..dalam lingkungan 30 orang macam tu je dan suasananya boleh diibaratkan mcm CC(cyber cafe) kat bahagian tepi sini wat modelling, bahagian tengah ni wat animation, sebelah sana wat photoshop, rendering.. so aku adalah di bahagian modelling..

Pekerja di sini majoriti nya adalah cina sebab owner nya cina.. so ada cina dari malaysia, ada cina yang original dari negara china, ada dari iran dan pakistan. so language nye kat office tu normally mandarin la.. ada jugak staff yang aku x bercakap langsung cuma senyum2 macam tu je.. mana tak nye, ada yang aku tegur asyik senyum je..jawab nye x..rupanya dia pure dari china dan x pandai bahasa melayu..english pulak x seberapa.. xkan aku nak cakap cina pulak..huhu

Tapi satu yang aku suka nye diorang ni x pernah speaking english bila cakap ngan aku.. diorang akan cakap melayu walaupun diorang kata BM diorang teruk, tapi diorang cakap melayu jugak walaupun sampai tahap garu kepala dan siap google translate kikikikiiki.. maybe sebab aku x berapa reti speaking in english jadi senang kira cakap melayu laa... Oh My English!!.. haha

Tapi kalau yang dari Iran tu yang tanya aku.. nak x nak kena la jugak aku speaking... sesungguhnya bila dia datang dekat aku, hati aku akan kata " alamak dia datang dah.. haa sudahh.. jangan la datang dulu.. apa aku nak cakap ni.. " haha aku explain kat dia banyak nye guna isyarat tangan tunjuk je kat monitor tuu.. senang cite.. :p

Actually awal2 dulu aku x paham tengok pelan CAD tu.. sebab nye aku kena wat model ikut pelan tu.. so bayangkan dalam sehari aku xleh nak siapkan front elevation pun..aku amik masa seminggu utuk buat 1 rumah sedangkan orang lain buat sehari.. bos bagi aku masa sebulan untuk aku pick up dan buat model faster..if i can't do it, means this job is not suitable for me.. bos kata..ok fine.. so aku try..aku amik masa 5 hari untuk 1 rumah..then 3 hari.. dan kadang2 aku harap aku leh buat sehari tapi percayalah bahawa pelan cad yang clien bagi tu kadang2 x sama langsung dia punya floor dengan elavation.. so which one should i follow..floor.. or elevation.. jadi take time la...

Sebulan lebih aku dah kerja dan i'm still working at CK Graphic until now.. harap2 nye aku akan terus kerja kat situ untuk belajar dan timba pengalaman sebelum berenti atau diberhentikan.. :D


Ni rumah semi D 2 tingkat.. 2 hari wat..

Ni commercial lot..2 hari wat.. 1 hari aku amend 1 lot

Ni test wat air.. guna vray..

cantik kan? bukan aku wat.. aku wat tang bawah tu je. podium.. tp ni cantik sbb diorang render..


Ni pelan cad.. awal2 dulu bapak bengap nye aku nk susun benda alah ni.. dah tu x pham pulak time nk model..