Sekarang hampir ke penghujung bulan mei.. Actually aku ada idea nak menulis di blog ni..nak tulis ni nak tulis tu.. tapi x berkesempatan.. bila berkesempatan aku ralit duk tengok benda lain pulak.. bila nak bukak blog dah ngantuk.. huaghh.. cenggitu jela sampai sudah..
Ok untuk entry ni aku nak ceritakan pasal persahabatan aku. Dah kenapa persahabatan pulak.. yela bila timbulnya sesuatu krisis dalam persahabatan disebabkan sesuatu perkara samada kecil atau besar jadi tak best la..
Biasa la dalam persahabatan sape2 sekalipun mesti sedikit sebanyak ada perselisihan faham.. macam hidup berumah tangga. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak gusi.. eh silap.. suami isteri.. hehe.. cuma yang ni takde rumah takde tangga. macam gang aku jugak.. Muna and Da Gang. Aku bersyukur dapat kawan ngan gang ni yang betul2 buat aku dapat merasai erti bersahabat tu.. jangan diceritakan berkaitan zaman persekolahan.. ada tapi datang dan pergi.. Gang ni dah lama wujud. sudah 8 tahun. dari zaman poli umur 18 tahun hingga sekarang umur 26 tahun.. ada yang dah berkawin dan akan berkahwin x kurang juga yang masih single.
Masing2 dah kenal perangai masing2.. So apa masalah nye apa yang cuba disampaikan ni.. x paham betol aku.. xde la.. kisah nya sebab percutian ke Port Dickson. Disebabkan nanti hujung bulan ogos fatin akan berkahwin, dalam aku duk saje2, mai terlintas dalam kepala otak aku ni nak pegi jalan2 ngan diorang.. habiskan masa bersama ..main air pantai. dah lama aku x main air pantai.. lagi pun saje kalau boleh aku nak spent masa lama ckit sebab biasa jumpa pun kejap je bape jam je sekali jumpa. itu pn selepas beberapa bulan. Nanti bila fatin kawin and ada anak.. sama la nadia ngan suha pun.. kang dah tak boleh nak wat macam tu.. Lagi pulak nanti aku pun nak kena wat ct scan bulan 10.. kalau ada sakit ape2 kan susah dah nak suka suki..
Aku ajak jugak Ekin sekali join kitorang.. awal dulu dia tanak sebab xde duit tapi aku selalu tanya dia.. dia dalam proses memutihkan kulit sebab sblm tu dah pegi bercuti,, aku dah suruh dah dia minum qu puteh.. kikiki.. and akhirnya dia pun minat nak join. siap mintak petunjuk,, tapi ditakdirkan dia xleh join sebab kena jadi driver adik pulak dia time tu. ok xpelah.. Then aku saje 2 cakap kat group whatsapp tu suggest tunda percutian tu ke minggu 1 lg tapi hani cakap xboleh sebab ada kenduri. ying nak balik kg.. fatin pun nak balik kg. ok aku x cakap ape2.. then aku tanya la nanti fatin nak naik kete aku ke kete hani ape sume kan.. fatin tnya aku eh jadi ke nak pegi esok.. dia ingt x jadi. then hani pun tanya sekali. yang lain pun. pastu nadia cakap dia xtau leh pegi ke tak sebab dia demam.. aku memang paham sangat ngan nadia.. time hujung2 suka sangat cakap xleh pegi.. aku kompem bila dia cakap macam tu orang lain pun akan ngikut sikit2.. fatin kata dia yang tak pergi sebab dia ingat x jadi. dia dah janji nak balik jumpa mak dia.. ok aku takde la tanya sebab dia dah janji ngan mak dia tapi aku terpikir dalam kepala otak aku ni bape kali fatin ni nak balik kg.. awal2 tadi kata nak balik minggu depan tu.. tapi minggu ni pun balik jugak..
Suha pulak cakap kalau nadia ngan fatin x pergi dia pun tanak pegi.. tapi nadia bagitau balik yang dia pegi.. demam sikit2 je,. Then ying cakap dia ingatkan x jadi sebab x update ape2.. suha pun mengiyakan.. hani pun mengiyakan.. yela ok lah aku mengaku salah la aku tak update tiap masa pasal ni cuma aku pegang pada tarikh yang dibuat awal2 tu je dengan anggapan sume orang ingat. Tapi time aku chat ngan ying 2 hari sebelum tu ying ada tanya aku jadi ke tak.. aku dah cakap jadi.. ying kata ingatkan x jadi sebab x dengar apa2.. aku cakap la jadi lagi takat ni.. cuma x bunyi je radio rosak aku cakap haha.. Tapi yang lain takde tanya aku xdela cakap ape2.
Depa tanya la aku nak tinggal kat mana..x kelam kabut ke sebab hotel tak book.. ye hotel tak book.. memang aku tak pandai bab ni sebab biasanya aku ikut orang je. Tapi aku yakin hotel boleh cari hari tu.. xkan nye semua hotel penuh sepenuh nya..at least akan ada kosong walaupun kecik..tapi kita kan memang nk cari bilik kecik je. lagi pun time tu bukan cuti sekolah.. hotel kat PD tu ada berlambak siap berjiran kiri kanan depan belakang lagi.. kalau pun mahal ckit kita kan kongsi 6 orang jadi xde la rasa berat sangat. ying pulak bagi idea tanak pergi.. Aku dah ready walaupun aku belum kemas apa2 barang. tapi setakat pergi sehari aku sumbat masuk beg selai dua baju siap la. Aku kata xpelah kita pergi mana ada jela..fatin sorang je pun tak dapat pergi,, nadia suggest pegi 1 kete je ok la.. Tapi diorang nak tukar tarikh lain sebab x prepare ape2.. Aku tak tau nak jawab ape.. camane sorang nak lawan 4,5 orang ni.. sedih.. huhu.. aku diam jela.. sebab orang dah biasa cakap aku xde perasaan.. maybe..
Maybe aku x pandai dalam planning. Memang aku ngaku aku salah sebab x update sebab aku bajet semua orang takkan tukar plan lain.. Tapi diorang pun takde tanya sepatah pun kat aku. ying ada la tanya. sekarang sume tanak pegi. apa yang aku imagine apa yang aku nak buat dalam kepala aku semuanya ilang macam asap.. Aku nekad lain kali aku xkan ikut percutian lagi kecuali ikut family aku. Cukuplah berjumpa seperti biasa, malas dah aku nak mengalah.. tapi xtau la hari lain aku ubah pikiran kan.. tengok keadaan..
Nadia ajak aku pergi juga esoknya. aku tak paksa dia tapi dia ajak pergi. Dia ajak jugak hani tapi hani kata x.. suha pun taknak pegi. Dia call ying dari malam bawak ke pagi sampai habis kredit pun ying tak angkat.. kalau ying nak kata tanak ikut atau xde kredit boleh diterima tapi kalau boleh angkat la call walaupun sekali atau balas masej.. huhu.. xpelah kami pergi la 2 orang. Aku tak tau jalan ke PD tapi husband nadia yg bagitau jalan. Kami dah sesat sekali terpaksa u-turn.. sampai PD kami pusing u-turn berkali2 cari hotel yang berdekatan pantai dan yang murah. walaupun berkali2 kami u-turn dalam PD., hampir pergi ke melaka tapi pusing balik pastu pergi balik tempat sama ni tapi sekurang2nya kami dapat sampai ke destinasi yang kami cari.. dari tak tau jalan sampai aku rasa macam dah naik hafal tempat dan jalan kat PD ni..
Sedih jugak bila apa yang aku plan tu tak jadi tapi aku ngaku juga salah aku x update tu plus salah aku tak mengalah dengan diorang.. Aku mengaku salah aku mintak maaf. tak ada gunanya nak merajuk lama2.. diorang kawan2 aku yg paling rapat dan paling paham perangai aku, Lagi pun geng ni bukan x penah ada yang merajuk..tapi kenapa nak menyepikan diri.? tiada respon. kalau ada masalah dalam perhubungan, yang harus diselesaikan ialah masalah tu bukannya memutuskan perhubungan.
Maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami..
bape banyak maaf daa..
No comments:
Post a Comment