Assalamualaikum wbt..
Salam.. ni first time aku buat blog sendiri.. sebelum ni bukan nye xde blog, ada tu ada tapi bukanlah blog peribadi melainkan blog yang dikongsikan bersama kawan2.. dalam erti kata lain ianya bukan sendirian berhad la..haa ianya perkongsian. jadi apa2 perkara adalah melibatkan kami sahaja dan tidak merujuk kepada seseorang secara spesifik..
Maka disebabkan minat aku yang suka menulis a.k.a mengarut ni, maka aku mula la berhajat nak menulis dalam blog sendiri.. Ada pun aku ni suka la tulis diari..antara diari aku., Diari Cilik yang menceritakan tentang ape yang aku dan gang aku buat masa kecik dulu..kenangan2.. banyak kerja bodoh dan cerdik yang kitorang buat dulu.. lagi Diari Hidup yang menceritakan tentang diri aku bila dah besar.. eh bukan2, remaja la..., Diari Kawan-kawan yang tidak berbentuk penulisan straight melainkan banyak kepada gambar2 berdialog..
Aku suka tulis panjang jadi bila aku tulis panjang maka aku tahu la aku sendiri jugak yang baca nya..xde la orang lain menyampah nak baca panjang2.. ok klu rasa nak baca..baca..kalau tanak baca..kasi tutup ini tab..
First nye ok aku memang jenis malas nak cakap banyak.. aku lebih suka tulis dari cakap.. aku banyak BERANGAN jgk @ MENGELAMUN..x kisah la pikir pasal something or mengulang tayang benda lepas2.. kadang2 aku tgk 1 benda tu sambil otak pegi tempat lain so aku x tahu la apa yang aku tengok..meski pun aku tengok skrin tv dengan bersungguh-sungguh yang pada masa tu hanya tunjuk jam saja..tu la namanya pikir benda lain..naik LRT tapi pikir benda lain hinggakan dah sampai destinasi aku boleh tengok je orang masuk sedangkan aku lupa yang aku nak keluar..
ok x payah la nak citer sume pada 1 masa..lain kali leh citer lagi.. sekarang, ini ialah FIRST POST..maybe kalau ada kelapangan leh post lagi..lagi..dan lagi.. banyak lagi benda yang nak diluahkan yang tak terluah dek kata2.. perkara2 terpendam yang hanya meronta2 dalam jiwa sahaja.. ok byee3
No comments:
Post a Comment