Jam sekarang dah melepasi pukul 12 means kita dah masuk ke tahun 2020.. atau kalau zaman dulu kita sebut wawasan 2020.. satu tahun yang mana Malaysia diramalkan akan mencapai status negara maju..berwawasan.. ada kereta terbang dan macam2 lagi laa..
Masa dulu aku dah buat kira2 dah tahun 2020 umur aku around 30 31 something like that la.. jadi.. haa sekarang ni tahun 2020 dah ni..klu ikut kiraan sekarang umur aku 31 dh ni.. dok gurau ni,, smlm baru umur aku 30.. hari dah 31 dah.. ish3.. why so fast..😅
So apa yang berubah sepanjang tahun 2019 ni ye.. aku rasa macam xde ape pun.. kerja masih tempat sama. masih bermain 🔥 dengan bos. staff pun keluar masuk jugak macam biasa. wan pun dah resign. and nanti pun sophie akan resign. Tapi aku ok je cuma tahun lepas xdapat bonus xnaik gaji huhu. makanya nak jadi kaya tu lambettt lagi la pluss komitmen aku ngan kete..sewa umah..bil api air.. mek aku.. takaful..minyak kete..tol..ptptn.. cukup makan je,, nasib baik makan..
Bab lain pun xde ape jugak.. still sama.. masalah aku pun still sama yang memang xkan selesai pun. Then ape lagi ye..untuk penutup tahun 2019 jugak aku sempat la jumpa dengan geng aku yang seingat aku last kitorang jumpa sama2 maybe 2 tahun lepas la kot walaupun tak semuanya ada. ekin ngan suha xde. Suha dah anak 2 fatin dah anak 2..nadia dah anak 2.. masing2 sepasang pulak tu bagus betul. yang lain xyah tanya kawin pun belum.
Cakap pasal kawin jugak tahun lepas aku dengan selamba badaknya pi join group cari jodoh kat FB. itu tak ada apa lagi tapi yang jadi kisahnya aku pegi post pasal diri aku dalam tu. itu pun selepas aku pikir 100 kali.. bila aku rasa nak post then aku cancel balik.. eiii no no no tanak aku,, nanti x sempat nak balas camane, plus malu la sebab ada orang2 yang aku kenal turut jadi ahli dalam group tu. uiii mau nye kena kecam nanti hahaha.
Then bila lama tu aku rasa haa betullah nasib baik aku tak post sebab xdan nye nak tengok. tapi bila boring2 aku belek group tu terdetik dalam hati ermm apa la salahnye kalau aku post pun,. usaha je kan cari jodoh. kita pun bukan retis nk tunggu orang je cari kita. tapi takdelah cari jodoh sangat pun.. cari kawan je dulu.
Alkisah bila dah post memang ramai yang komen yang pm.. dah namanya "group cari jodoh." tapi aku tak terus reply aku pun tak tau la nak reply camane ni ramai2 ni,. Aku reply hampir kesemua mesej kt fb tu yang ikut kiraan aku ada la almost 100. tak reply kang orang kata sombong pulak kann.. tu pun ada lagi yang sampai sekarang aku belum approve lagi friend request.
So macam2 jenis orang la yang pm nye pun. yang mudah mengata orang bila kita tolak ajakan dia untuk jumpa. Yang terus beristikharah pun ada. yang ok ada yang tak ok ada. kalau nampak macam ok tapi duduk negeri jauh. And 1 benda yang aku tengok jugak ialah profile fb orang tu. sebab aku lagi suka yang aktif fb. Means dia sentiasa update fb dia share ape2 ke upload gambar ke berbanding orang yang tak aktif fb.. haa dari situ la boleh nilai dia ni orang yang happy bla bla sebab aku kan x banyak cakap jadi aku suka orang yang happy yang suka wat lawak..
Ini gambar pun tak de.. krik krik krik itu pun aku cakap direct je,. lagi pulak aku kalau tulis mesej panjanggg punye.. Al maklum la aku kalau nak bercerita kena cite abis sekali jalan je. sebab tu jadi esei..haha.. klu dia setia baca dia ok la maknanya aku takde hal la nak mesej panjang2 dengan dia. kalau aku tulis panjang dia x layan pun maknanya dia tanak mesej pun la. senang.
Tak kurang yang suka main lambai2 👋 pun ada.. selalu dia wave. dan aku reply kadang2.. nampak macam jahat kan? sebenaunya kalau dia tulis even 'hi' je pun aku boleh je reply. pernah la cuma bila dia mintak no phone tu aku tak bagi la. so still lagi main wave sampai sekarang,.haha. tepon aku ni tak ada wave yang automatik just tekan je tu.. dia pakai yang tu aku kna pakai emoji punye wave. macam pelik je.. Thats why la aku reply kadang2.. but still reply la. Tapi dia jenis yang pada kiraan aku happy jugak la sebab suka selfie dengan geng. Suka tengok citer hantu jugak. Kalau aku layan mesej sape2 yang mesej pun aku sekadar layan jela xleh beriya sangat sebab ape.. sebab kalau aku dah layan mesej sorang yang macam dah bersungguh bagi harapan and aku pulak macam bagi harapan jugak kat dia jadi aku tak layan sangat mesej lain. Sebab tanak bagi harapan kat orang lain sekali jugak. Nanti mempermainkan perasaan orang pulak kannn..
So.. dalam ramai2 tu ada jugak la sorang yang mesej aku and still mesej sampai sekarang. Means kitorang mesej almost 5 month. Dia duk klate bukan KL. dulu aku prefer orang klate tapi sekarang sebab aku keje kat KL and keje aku pun x ada sangat kt klate jadi peratusan untuk pilih orang klate tu dah turun. And dia pulak memang keje kat kelate. kalau orang klate keje KL ok la jugak.
Sepanjang kenal dia aku boleh cakap dia sejenis yang tak banyak cakap.. introvert.. bukan jenis yang happy go lucky huhahuha macam yang aku nak.. dalam family dia pun x banyak cakap. Tapi xleh nak kata apa la sebab aku pun lebih kurang macam tu jugak,.introvert. Tapi aku suka layan TV.. dia ni TV pun x layan. berkurung je dalam bilik macam anak dara, Eh eh eh.. Apa je yang aku tulis dalam mesej dia baca je walaupun 5 ela panjangnya haha, tapi aku tau dia pun malas nak baca panjang2 tu sebab bila aku tulis panjang kompem dia mengantuk. heheh dia ingat aku xleh agak ke,, tapi aku tulis panjang jugak pedulik ape HAHAHAHAHA.. dan dia sejenis yang tido awal.. x macam aku yang x reti nak tido awal.
Biasa dia punye pendapat lain dari aku. Dia kata A aku kata B. Atau dia punya pendapat terlalu detail sedangkan aku hanya bagi pendapat sebagai masyarakat umum je. Ibarat kalau sakit aku pegi klinik untuk pesakit luar je dia pulak pegi emergency. haa camtu la ibaratnya.
Masing-masing ada masalah kat tempat keje. Tapi ok jugak sebenarnya bila mesej dengan dia sebab kalau aku ada masalah kat tempat keje atau aku nampak kejadian2 melucukan ke pelik ke aku ada kawan untuk cerita. sekadar cerita jelah. daripada xde langsung kan.. xkan nak citer kat dinding. tapi banyak nye aku citer pasal kejadian kat tempat keje. Dia pun sama la. Kadang dia citer dia punye stress pastu pasal partner dia yang dah tua tu kadang aku jadi xtau nak komen ape sbb aku tengok dari sisi lain jadi dia kata aku tak support dia. Tak macam ex2 dia dulu mungkin.. selalu bergayut dengar masalah dia. kadang orang yang sentiasa caring dengan kita belum tentu caring pun bila kawin. Tah2 kawin pun tak, so..just be yourself biar ape orang kata. Aku boleh jadi pendengar sahaja bab komentar aku tak pandai lebih2 lagi kalau melibakan orang lain nanti salah kutuk. Macam dia bila stress dia akan call makwe dia atau sape2 la yang dia percaya untuk luah masalah dia. Nasib baik la makwe2 nye suka OTP.. kalau aku tak suka.. sebab aku memang x suka cakap tepon lama2. tak tau nk borak ape. Panas telinga tau tepon duk melekat kt telinga. Nasib la labuu..
Tapi aku boleh cakap dia ok je, dia baik je,. walaupun ada sisi negatif yang aku duk kutuk2 kat atas tu atau yang bawah2 ni sekali kalau ada tu haha.. tapi aku cuba tengok dari sisi positif la. Aku pandang samada dia boleh jadi seorang suami yang bertanggjawab atau kalau ada anak jadi bapa yang bertanggungjawab and penyayang. Cukup aku kata bertanggungjawab sebab definisi dia dah cukup luas. dari segala aspek. Tanggungjawab pada tuhan..pada keluarga.. bangsa dan negara.. nah tudiaa,, so kalau ditanya nak cari jodoh yang macam mane jawabnye yang bertanggungjawab..
Macam dah panjang kan? tapi nak sambung lagi ni.. tadi punye la aku bajet pendek je aku nak tulis. astagfirullahalazim... ok sambung.. eh..eh..😂 walaupun aku tau dia ramai sangat Ex,. a.k.a bekas kekasih. tapi aku tau dia jenis yang setia sebab dia cuba untuk kawin dengan orang tu walaupun jodoh tak panjang. Cuma mudah sentap je,, mungkin tu jadi punca jugak dia putus ngan ex..ex..ex.. dia dulu.. ,mungkin... aku memang xleh brain betul kalau yang mudah sentap ni. aku prefer yang cool. pastu tanak ngaku pulak sentap. Diam jee.., keadaan kadang boleh bertukar kita yang perati ni pulak yang sentap. Dah tanya pun x ngaku jugak walaupun memang nyata sentap. kan x jujur namanya tu,.
Sejenis jeles pun ye jugak 👀,. boleh nampak laa. Walaupun jeles tu perlu tapi kejujuran dan kepercayaan tu lagi perlu. Bila kita trust each other kita xkan persoal apa yang dia buat mana dia pergi as long as dia tau dia siapa and dia tak buat benda salah. Atau boleh kita kata tidak terlalu mengongkong. Semua orang pun tak suka dikongkong kan.. buat itu tak boleh buat ini tak boleh.. Ia lebih kepada trust. Pergi la mana pun buat la apa pun asal tak salah,
Aku tak pernah kata aku terima dia dan aku tak pernah kata aku tolak dia cuma aku ok je dengan dia aku selesa je nak borak ape2. kalau ada citer memang aku citer je kat dia.. sebelum ni aku ada nak citer tapi xtau nak citer ngan sape aku membebel kat blog jela. Dia cuba untuk serius tapi bila aku pikir2 "tolak tambah kali ganda hitung skala nisbah maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa.." haa tu lagu,."ahli fiqir..sabar..sabar..sabar..sabar..sabar.... angguk2 geleng2.." ok dah.. aku pikir akan kerja aku kat yang kt KL je ada ni xdak kt kg..pikir pasal kakak aku duk sorang sebab abang ipar aku kan kawin 2 jadi banyak duk umah bini first. plus dia pun dah tua. kakak aku pulak xdak lesen kete So ape2 hal at least aku ada kt sini.
Tak ada apa yang perlu dipertikaikan kenapa kakak aku kawin dengan laki orang kenapa tak kawin dengan orang bujang boleh duk sama bla bla bla.. Itu semua perancangan Allah. Allah dah susun cantik. Sebab kawin dengan abang ipar aku tu jadi tiap2 tahun raya kakak aku sentiasa ada kat rumah di kala orang lain kena balik umah mertua. Bila keadaan tu macam tu jugak la at least dia tak perlu pikirkan keluarga mertua. Sebab tak ada pun. Bila keadaan macam tu jugak la dia boleh terus tolong family aku. Aku lambat kawin pun boleh ada dengan kakak aku boleh ada kat rumah di kala orang lain tak ada. kita tak nampak perancangan Allah tapi itulah hakikatnya Allah dah susun.
Tapi xdela aku tolak dia pun cuma itu la ada kekangan nya,. aku tak boleh nak buat keputusan terima terus sebab benda ni berkait dengan masa depan. Bukan macam mintak keje.. Bila rasa tempat keje kau jauh ngan umah je berenti.. Rasa gaji x berbaloi je berenti. Rasa boss or opismate x sekepala je berenti. Takkan bila dah kawin rasa jauh sangat je cerai.. Rasa ekonomi xkukuh je cerai.. Rasa xsekepala je cerai. Kena la pikir. Aku nak kawin sekali je. Bab jodoh ustaz dah cakap PILIH!.. kalau esok2 tak ok jangan menyesal sebab kita yang tak pilih.. sebab ikut orang je.
So aku ada mencadangkan kat dia ni supaya sambung belajar kat KL ke selangor ke.. atau mana2 negeri pun x kisah. Aku kena pikir jauh ni xleh pikir takat kawin saja. Aku x kisah bab PJJ cuma aku kisahkan andaikata kalau kawin ada anak. Lain la kalau takde anak, nak PJJ berapa lama pun ok je.. tak kisah pun. aku bukan tanak cari keje kat kelate tapi komitmen aku banyak. Even gaji aku banyak dari dia pun bila tolak komitmen aku takde ape pun. kete aku pun belum abih bayar. At least aku kena abiskan hutang kete dulu. ada baki lagi 4 tahun.
Kalau mintak keje kat klate susah nak dapat keje macam aku buat sekarang. Kalau ada pun gaji sana x tinggi tau. nanti x lepas nak bayar hutang. Habis nak suruh sape bayar.. takkan nak suruh dia bayar? Aku tanak jual kete. Aku sayang kot kete aku.. Macam dia sayang kete dia jugak la. Tu kira sebagai satu pelaburan untuk aset. Orang ada aset rumah kita ada kete je pun jadi laa.. Thats why la aku kalau boleh lepas hutang kete dulu. Sebab tu aku suggest dia sambung belajar. Kalau sambung kan 3 tahun. Ada masa. Di samping boleh tingkatkan ekonomi dia aku pun boleh setelkan hutang kete dalam masa tu. Boleh sama2 jaga anak kat sini je. atau pun mak aku jaga. Itu kalau ada anak laa.. itu contohh..
Memang la kita kata orang tu, orang ni boleh je gaji sikit boleh je sara anak bini. Tapi tengok jugak bini dia tu duk mana.. ada komitmen x.. dia sendiri pun ada komitmen x.. kena pikir jauh untuk langkah2 ke depan xleh pikir untuk selangkah dua je.. nasib semua orang x sama. Bak kata lirik lagu "Seri Langkat" duet Jamal Abdillah ft Amelina
"kalau lah kail.. kalau lah kail panjang sejengkal..
janganlah laut hendak diduga..
amboi seri langkat.."
Orang keje kerajaan sambung belajar boleh up gaji.. hold keje sambung belajar tapi gaji tetap jalan lagi haa.. Orang kerajaan kiraan gaji diorang ikut gred.. U19 berapa gaji masuk, U29 berapa gaji masuk. U32..U36.. U41 dan seterusnya. Kenaikan gaji tahunan diorang pun berbeza ikut gred la.. U19 maybe RM80-RM100... U29 RM145.. U32 RM155 dan seterusnya, lebih kurang macam tu la kadar kenaikan masing2..
Namun.. kalau kelayakan orang tu U29 then kelayakan dia bertukar naik jd U32 kemungkinan gaji dia x bertambah jugak pun sebab dia dah kerja lama sangat. So kenaikan gaji tahunan dia tu maybe dah melepasi dari gaji untuk kelayakan U32 tu. Jadi x nampak akan kenaikan gaji di situ. Cuma kadar kenaikan gaji tahunan dia sahaja yang akan berubah a.k.a bertambah. ok la tu.. Daripada biasa 20sen.. lepas ni jd 50sen.. naik 30sen.. 30sen tu kalau asingkan dia simpan setahun dah berapa dah.. sape nak bagi.. Sebab tu la kot setengah orang tak tunggu lama nak sambung belajar.
Orang swasta kalau sambung belajar x jadi apa jugak pun sebab company tengok experience je. Nak cepat kaya hang lompat la company.. keje sana setahun pastu lompat company lain.. keje setahun lompat company lain pulak.. boleh demand gaji. Tapi tengok jugak la.. Kata orang "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".. Kadang2 gaji company ni ok tapi bila pegi company lain mungkin gaji pulak makin turun. Atau dah resign keje sini pegi sana tapi keje x ok jugak resign jugak ataupun hang yang kena terminate.. sudahnya menganggur.. keje swasta cenggitu la..
Jadi berbalik kepada kenapa aku berharap dia untuk sambung belajar tadi itu lah point utamanya lebih kepada untuk drag masa untuk bagi ruang. At the same time aku ada kat sini tengokkan kakak aku. Tak sure la sape tengokkan sape haha.. Tapi yang penting aku ada. Macam aku cakap tadi la abang ipar aku dah tua and tak selalu ada dengan kakak aku. Dan kakak aku tu pulak tak ada lesen kete. Dia takkan amik lesen punye la kakak aku x berani plus tak nampak,. sejenis kerabunan. bawak motor pun tak. seingat aku masa kecik dulu tengok kakak aku bawak motor belakang umah, terbalik motor nya.. errr..
Dah la sejak eksiden aritu kena darah tinggi pulak. Tengah2 malam kejut aku ajak pegi hospital sebab tekanan darah naik. pening. Pegi la emergency HKL belakang ni termenung kat situ sampai 4 pagi. Tempat keje nye sekarang jauh sebab dah upgrade jadi H.O.D Jabatan Fisio kat Hospital Cheras tu. kena tukar2 train ngn bas. kadang2 pitam.
Memang la kalau nak ikutkan kena pikir diri sendiri tapi adik beradik kan. Bak kata 'mamat' tu xde orang boleh tolong kita selain adik beradik. Macam dia tolong abang dia setelkan hutang rumah dari kena sita. Sebelum abang dia sakit pun abang dia yang banyak tolong family dia. Tapi abang dia dah ada family sendiri. Macam kakak aku ni ibarat dia seorang diri kat sini. Orang tak nampak. Kakak aku yang banyak tolong family aku dari dulu sampai sekarang pun. Tunggang terbalik pun. So ada ke yang sampai hati tinggal kakak dia sorang and pergi. Kalau tanya aku seriously aku cakap x sampai hati..
Sementara tunggu anaknya besar sikit dah leh duk ngan mamanya kat KL.. and aku leh setelkan hutang kete aku.. and dia sambung belajar kat sini dalam masa tu.. itu semua termasuk dalam perancangan yang aku set dalam otak aku. Tapi kalau dia tak suka atau tak setuju dengan perancangan aku ni, itu hak dia. Dia ada pilihan untuk pilih orang lain yang ada kat belakang.. Ada je makcik yang nak jodohkan anaknya kat kampung dengan dia.. Ex2 dia pun ada je lagi yang single kat kampung. Sebab tu aku pernah cakap kat dia kalau aku explain apa2 alasan aku bila dah jumpa nanti dia je buat keputusan bukan aku. Semua yang aku citer kat atas planning aku la untuk jangka masa panjang. Tak sure la dia punye perancangan jangka panjang camane pulak kan..
Aku pun paham tak mudah kalau dia nak tukar keje pi luar negeri alang2 dah duk klate.. ramai lagi yang mintak tukar klate tak dapat. Jadi aku pun xdelah nak kejam sangat . Sebab tu aku tak suruh dia berenti aku suruh dia sambung belajar. Kalau kata dia kat klate, aku kat KL, pastu kalau ada anak pulak takkan anak dia jaga kat sana aku keje kat sini.. pelik kan? kompem orang ngata. Lain la kalau dia duk negeri lain aku negeri lain tapi anak mak aku jaga haa tu tak pelik, kebiasaan orang zaman sekarang.. Tapi... dia tanak merantau., kata orang bila merantau ni jauh perjalanan., luas pemandangan., bertambah pengalaman. Ada satu puisi yang dikarang oleh seorang hamba Allah yang aku pun tak pasti siapa penulis sebenarnya sebab banyak dikongsikan di laman sesawang.. tu diaa bahasa melayu :-
Merantaulah
Agar kamu tahu bagaimana rasanya rindu dan ke mana kau harus pulang.
Merantaulah
Engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.
Merantaulah
Akan tumbuh rasa cinta yang tak pernah hadir pada mereka yang pernah kau tinggalkan.
Merantaulah
Semakin jauh tanah rantauan
Semakin terasa berharganya pulang.
Merantaulah
Kau akan semakin tahu betapa Maha Besarnya Allah
😀
#KakHasanah
#SebarkanIbrah
httos://telegram.me/KakHasanah
Haa macam tu la.. Tapi dia ni tanak merantau la masalahnya. ateeeeee... Wo bu chi tao laaa.. haa.. jangan sampai aku cakap mandarin.. haa masuk... masuk...
Tapi aku tak pernah jumpa dia lagi la takat ni. Sepatutnya jumpa la haritu tapi x dapat. Tapi kalau nak ikutkan xpelah lambat jumpa pun nanti payah nak buat keputusan. Melainkan dia buat keputusan seperti yang aku citer tadi benda mungkin tu jadi lebih senang. Kalau jumpa bila2 pun xpe.. Atas dasar nak kenal je dulu kan. Bukan nak jumpa sebab nak couple terus. Tu semua bergantung pada takdir dan waktu. Ok itu lagu..
Dan sudah kukatakan aku ni jenis xsuka nak couple. Apa yang aku boleh cakap aku pernah couple pun sekali je tu pun saje je. kejap jela. Dia pulak jarang jadi single melainkan couple semata. Memang la orang laki ni kan xleh hidup single kot. Dia jadi macam satu kepelikan kot xde makwe. sama la macam ex yang aku couple walaupun sekejap cuma tu. Aku namakan Mr. A jelah. Sebelum aku terima pun Mr A ni memang pernah couple ngan ramai pompuan. Selepas aku pun Mr A couple ngan ex budak sekolah dia.. siap bagitau aku pulak tu haha.. pastu break lagi couple dengan yang lain yang dah jadi bini dia pun sekarang ni. Ada anak sorang. kami masih kawan.
Yang budak ni pulak dia punye kawan perempuan beratoq oii.. Nak kata hensem sangat macam zul aripin x jugak pun.. wakakaka.. yang beratoq tu termasuk la ex2 dia yang sah, haa siap main sah2 lagi, alaa kira yang betul2 gepren dia la.. pastu yang kena friendzone pun ada.. yakni sekadar kenal tapi tidak kesampaian untuk ke arah couple.. pastu ada yang suka dia tapi dia x suka pun ada,. pilih je nak yang macamana.
Tapi apa yang aku boleh cakap dia punye ex2 mostly warak2.. family pun memang warak la. x macam aku la.. bak kata ukays "Bagaikan api jauh dari panggang..". Aku memang aku ngaku je awal2 aku cakap aku bukan seorang yang warak. Aku bukan la seorang yang bertudung sepanjang masa. Cakap je terus.. tanak hipokrik.. tanak orang anggap aku seorang yang warak hakikatnya tak. Jadi itu la yang aku persoalkan pada dia. Ada yang warak tapi putus rugi la dia. Pulak tu ex2 dia mostly jugak memang duk klate.. still kerugian pada dia jugak. kalau kawin ngan yang memang duk klate dah xpayah susah2 nak buat keputusan. Boleh bertapa kat klate je.
Reason aku tanak couple ialah saje la. Once dah declare as couple ia dah jd 1 KOMITMEN. Komitmen di mana bila ekau nak buat ape2 atau pegi mana dengan sape itu semua akan disoal! Haa.. pastu ada hati yang perlu dijaga pulak.. kita kena ingat ye anak2 ye.. orang ni tak kira laki ke pompuan ke sama je.. perangai berubah mengikut masa. macam hipotesis, Makin serius hubungan, tu makin kita nampak akan perangai dia.. contoh...
- Bila kita xde kaitan dengan dia kita bebas.. kalau kita keluar dengan lelaki sekalipun dia takkan cakap ape2. "oo yeke?. " itu saja mungkin.. Almaklumlah siapalah dia untuk menyibuk haha ..
- Bila kita rapat dengan dia, maka dia akan up sikit tahap kawalan.. "pergi dengan siapa..? kenapa ada lelaki/perempuan?.ok lah.." itu juga mungkin.. dia still sedar dia xde hak untuk bertanya lebih2.. eheh
- Bila kita couple dengan dia mungkin timbul dialog lain pula "xpayah la keluar dengan lelaki/perempuan tu.. xyah la pergi sana.."
- Bila kawin dengan dia mungkin dialog ni yang sering dengar kot "dah xpayah! xboleh! I said NO! fullstop!" 😂
Betul ke tidak macam tu?.. tanya pada diri sendiri la. Jadi aku tanak la declare couple dengan sape2. Aku kalau boleh cuba nak pegang pada prinsip kalau dah declare as couple ngan orang tu means target dia sorang je sampai kawin jangan try orang lain dah. Itu pun kalau betul2 dah ready dah ada duit... Tapi xleh kawin sekarang la duit tadak lagi.. kena simpan duit dulu. Sebab tu tanak ada istilah couple tu cukup sekadar teman tapi mesra bak kata kumpulan ratu. kalau ada jodoh kawin.. kalau takde jodoh kita cari lain.. agitteww.. ehh..
Macam retiss tu Farah Nabila a.k.a Fawaa.. baru posting lepas aku citer pasal drama dia.. Dia baru je kawin. 7 tahun dia kenal ngn suami dia tu tapi takde sape pun tau dia ada someone special. Siap gosipkan dia dengan pelakon lain lagi.. and dia pun mengaku single je. Suami dia pun ok je macam tu. Sebab dia kta kita xtau pun sape jodoh kita. Tak sure pun samada dia betul2 jodoh kita. Betul la tu.. aku setuju. Hati manusia ni berubah-ubah tau.. 'people can change' ..hari ni ok nanti2 berubah jadi lain. Hati kita ni Allah yang pegang.. Bila2 masa Allah boleh bolak balikkan hati kita.. Bolak balik hati tang ini xpe lagi jangan bolak balik hati dari agama islam. Teringat kat doa tu alang2 mari kita kongsi bersama.
Kadang2 citer aku ni melangkau situ sini sebab aku bukak tutup je posting ni edit karangan aku ni jadi citer jadi lompat sana lompat sini.. Macam tu la huru haranya hidup aku. hahaha.. Sebab tu kalau buat keje pun kadang buat benda tu kadang buat benda ni ikut mana nampak ikut mana lalu jela.. Macam kalau tengah kemas dapur turun pegi buang sampah tapi lalu kat tangga kita sapu la kat parking kete tu dulu sambil2 walaupun dapur tadi belum habis kemas lagi.. well.. multitasking haha..
Apa lagi aku nak citer tadi dah lupa.. ni pun dah panjang sangat dah ni. tak pernah entry aku panjang nak mampos cenggini.. tapi dah blog aku kan ikut suka aku la hihihi.. ok still berbalik pada budak tu tadi. Kalau dulu aku nampak dia seorang yang berwawasan. Ada cita2. Dia nak jadi itu nak jadi ini nak buat bisness.. Nak jadi belajar ID jugak. Tak sama macam aku. Apa nak jadi tu jadi la.. just go with the flow jela orang kata..
Cumanya dia ni satu benda yang aku bukan nak kata la tapi dia sendiri pun setuju aku rasa. Suka TANGGUH nak buat apa2.. Kalau awak baca ni awak setuju kan?? kasi angguk itu kepala.. sepanjang kenal dia perkataan paling banyak dia sebut ialah...
" Bila awak nak kemas bilik awak tu?"
"nanti la.. banyak barang kena alih"
"Bila awak nak touch up gambar saya tu?
"nanti laa.. saya kena rileks2 dulu baru boleh"
"Bila awak nak update gambar kat ig tu?"
"ala nanti laa.. malas nak reply komen"
"Bila nak buat medical card?"
"nanti laa.. tengok la dulu.. nak survey dulu.."
"Mana nak tengok gambar awak masa kecik"
"nanti la saya kena cari dulu album.." - sampai ke sudah ...
"nanti awk tanya driver bas tu berenti kat mana tbs ko mana nanti sesat"
"tengok la dulu gano..."
"Mana nak tengok gambar awak masa kecik"
"nanti la saya kena cari dulu album.." - sampai ke sudah ...
"nanti awk tanya driver bas tu berenti kat mana tbs ko mana nanti sesat"
"tengok la dulu gano..."
yang paling lama nanti tu..
"Boleh dah tukar profile FB tu.. 3 tahun dah tak tukar.."
"nanti laa saya tukar.. malas nak selfi"
Dari first day kenal sampai la ni tetap tak bertukar2 jugak pun....... 😑
Sampai tahap kalau dia tak cakap pun aku tau dia akan cakap macam tu.. kalau dah keluar perkataan nanti tu ermm xyah la tunggu.. lupakan jela.. dia punye bizi nye mengalahkan menteri2.. walaupun... tiap kali kalau mesej dia kata duk saja2 je.. xde wat apa pun.. zzzzzzz
Aku pun suka tangguh jugak tak kata dia laa.. Tapi kalau nak buat on da spot jugak aku buat. Kadang aku sejenis nekad, aku nak buat aku buat je xpikir panjang2. kadang malas la biaq pi laa.. Aku jenis yang agak degil jugak. Orang kedah kata ketegaq baq ang.. kalau nak tu nak la jugak. kalau tanak tu tanak la xyah la duk pujuk. Pastu tak tetap pendirian.. kejap rasa ok kejap rasa tak ok.. bak kata lirik ukays jugak "dan.. terkadangku pilu.. kenang sikapmu bagai pohon ditiup bayu.." haa aku lah tu..
Kalau bab ego pulak dia selalu duk kata ex dia ego tinggi. Bagi aku semua orang ada ego masing2. Aku pun ada ego. Dia pun ada ego. Tapi pandai2 la control. Jangan melebih2. Rendahkan ego. Kalau kita salah kita mintak maap kalau dia salah dia mintak maap. Dia kongsikan pada aku 1 posting di FB yang tulis "orang lelaki bila dia rendahkan ego dia dengan mintak maaf kat perempuan tu sebab dia lebih kepada untuk menjaga hubungan tu." yes itu fakta aku setuju je,.
Aku ni kan ada masalah mental cikit haha,. Dia boleh faham memandangkan kadang2 dia pun ada mental. Tapi ada jugak yang tak aku ceritakan kat dia sebab masalah tu macam berat kat aku. Macam orang gila. Cuma aku katakan kalau dia jodoh tetap jugak aku akan cerita nanti2..
Adik beradik dia sangat ramai..10 orang. berbanding aku ada 6 tapi semua duduk luar la.. tapi biasa cuti balik la. Adik beradik dia 2 ke 3 orang je yang duduk luar yang lain semuanya kat kampung klate. Dari pemerhatian dan pendengaran adik beradik dia agak manja rapat dengan mak abahnya. Bila aku perhati xtau la aku boleh imagine macam susah aku nak masuk sebab aku ni memang jenis susah nak sekepala dengan orang plus aku tak banyak cakap, Lain sikit dengan adik beradik aku sebab mak aku agak garang. So kitorang dah di train begitu begini apa boleh apa tak boleh apa kena buat. Mengikut arahan dah macam askar walaupun mak aku bukan lah askar err hehhehe. Mak aku punya garang bukan anak2 je takut, dengan anak2 jiran sekali takut. Mak aku kalau bebel boleh dengar sampai kampung sebelah. Tambah2 bila marah sangat dengan high pitch. Sebab tu aku kata kat kakak aku kalau aku nak cari laki aku tanak cari yang jenis 'anak emak' takut dia terkejut nanti2..
Biasa yang aku nilai pada orang yang aku kenal salah satu nye berapa tahap kedekut dia. Ke aku dah ada tulis kat atas ek aku pun dah lupa. Kalau orang mintak sedekah dengan dia, berkira ke tak dia.. kalau dia belanja berkira ke tak dia.. Sebab tu semua akan nampak bila mana dia berbelanja untuk anak2 buah kita nanti2 samada dia berkira ke tidak, Pernah aku uji utk belanja kawan2 aku diorang kata tanak. Awal2 aku reject walaupun aku x cakap., Kalau budak ni setakat ni yang aku nampak dia belanja barang even just kat shoppee dia tak berkira. Tak tau la di sebalinya. Tapi apa2 pun aku tetap bayar balik.
So itulah penceritaan aku untuk penutup tahun 2019 dan pembuka tahun 2020. . Entry yang bukan kaleng-kaleng panjangnya... Nak cakap nye dari first aku tulis ni punye delay nak post sampai seminggu dua. Kalau sape yang sudi baca sampai abis memang salute lah hahaha.. Tahniah anda seorang yang penyabar 👍.