Powered by Cincopa

...

Sunday, 31 May 2015

Doktor Google ~

Assalamualaikum 

Salam selamat malam selamat mengantuk.. time mengantuk tu la baru gatal nak menulis..time x ngantuk gatal tengok pesbuk.. kecik besar kecik besar je aku tengok keyboard ni.. ermm mau tulis apa ya.. macam yang aku cakap sebelum ni bila banyak benda nak ditulis aku jadi xtau nak tulis ape.. apa yaa.. mau tulis ini atau mau tulis itu..

Haa ni la aku citer pasal habit aku.  Aku ni bila timbul pertanyaan apa yang aku xtau tentang something tu cepat je aku akan google.. tak kira la pasal isu semasa, kemusykilan agama, perubatan sume benda nak google. Tapi bab study malas pulak aku nak google kalau tak dah lama aku jadi genius.. kompem kalah sorang pakcik yang dah memang genius dalam kelas aku masa PUO dulu..

Sekarang aku banyak google pasal perubatan.. Sejak keluar wad haritu. Tapi sebelum masuk wad tu pun aku dah google pasal denggi.. eh haruslah google.. kalau tak takde la aku nak test darah. Then bila lepas xray tu aku lagi kerap google.. Maklum la Dr tak tau apa yang putih kt xray tu kan. So kerja aku ialah google and google all the time..yahoo xde pulak.. google je.. haha..



Macam2 yang aku baca pasal paru-paru.  panjang pulak tu artikel masing2.. bapak tekun dan gigih nye aku. dengan info yang berlambak lambak aku yakin kalau cikgu suruh tulis esei aku leh markah tinggi punye la.. hehehe.. eh tapi aku time sekolah memang selalu markah tinggi la karangan.. perasan..@#!*~$.. haha

Actually ada banyak masalah yang boleh dikaitkan dengan paru-paru. Awal dulu doktor suspek aku pleural effusion iaitu bahasa mudahnya ada air pada lapisan membran paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas.. Kalau yang dalam tu pulak kita panggil tak silap aku pulmonary edema iaitu takungan air dalam alveoli. Seingat aku la.. malas pulak nak google balik.  Tapi doktor pun x sure sebab xray tu x jelas. Yang jelas je putih kt bawah yg sama saiz bola pingpong tu je.. itu yang doktor kata air tapi ikut laporan dari jabatan xray tu bukan air.. air cuma ada kt tepi paru-paru tu sikit je sebab dia tulis minimal blunting at the right costophrenic angle..  means kat tepi paru2 kiri tu tumpul sikit sebab kat area tu putih.. tapi doktor tu dah kata minimal just around 2g.. kalau air banyak kita akan nampak kt xray tu putih hampir keseluruhan paru2.. Kalau macam tu baru la kena tebuk untuk keluarkan air. Aku ni xpayah..




pleural effusion





pulmonary edema

Kakak aku duk kata aku rajin sangat main air.. Yela orang tua kata paru2 berair ni disebabkan suka mandi lewat malam.  Tapi kalau dari sudut perubatan paru2 berair ni disebabkan oleh
  • Pneumonia (radang paru2/jangkitan kuman pada paru2) atau pun 
  • Tuberculosis (penyakit TB)- hepatatis atau pun 
  • Heart failure (kegagalan jantung)   atau ketiga2 nya mungkin.. 
So nak kata orang mandi malam mudah kena paru2 berair pun aku tengok orang dalam umah aku ni hari2 mandi tengah malam sebelum tido kalau tak mandi tengah malam tu bukan dia rasanya. Orang jepun pun amalkan mandi malam untuk kesegaran. ada kes yang aku terbaca dia bukanlah seorang perokok dan tidak mengamalkan mandi malam tapi dapat penyakit paru2 berair complete with kanser limforma.. dan orang tu dah pun meninggal.. jadi di situ kita xleh nak cakap mandi malam penyebab paru2 berair la.. maybe certain cases..

Disebabkan selalu belek pasal medical aku sampai dah boleh faham dah report doktor ni. Antara lain yang doktot tulis dalam report tu nye heart is not enlarge maknanya saiz jantung tak berubah.  kalau saiz jantung macam jadi besar sikit tu masuk masalah jantung pulak.. Then bab hilar enlargement aku tak bpe paham la tapi takde OK.. tolak tepi.  lagi dia tulis minimal chicular change at the right lower zone.. ada sedikit perubahan pada bahagian bawah paru2. itu saje.  Actually cara tengok xray ni terbalik. Pada xray tu kalau yang kanan kita akan sebut kiri dan begitulah sebaliknya,. aku pun dah naik kompius.

Pada awal dulu aku ingatkan kes aku macam kes yang aku sebut kat atas tu, kanser limforma sebab dia punye xray paru2 nampak putih hampir keseluruhan paru2. Aku agak takut jugak awal2 tu sebab dari kisah yang aku baca tu dia seorang lelaki so kuat la kiranya kan dari perempuan.. and dia kuat semangat jalani kimoterapi berkali2.. di tengah nya lega sikit sebab dia kata makin sihat tapi sentap di hujungnya bila dia meninggal.. dalam masa setahun mungkin.  Tapi dalam kes sama yang lain ada yang survive.. dengan izin Allah.



Bila k ju kata doktor suspek kanser paru2 aku rileks je.  Sebab aku sendiri pun suspek macam2, Jadi xdelah nk terkejut ke ape.  Tapi ada jugak stress nye. Sebelum2 tu dah biasa je rasa macam kalau saluran pernafasan tu kita ibaratkan macam batang paip dan kita sumbat dengan lumpur sehingga laluannya jadi sempit.. macam tu la kadang2 aku ibaratkan diri aku tapi tu tak bagi masalah sangat  pun.. biasa jela .. Kadang2 rasa macam ada batu bata yang tersekat tang ulu hati. Takde ape pun. biasa je.. Lepas beberapa hari kuar wad tu rasa dada macam kena cucuk ngan jarum tajam zupp sampai ke belakang.. Tahun lepas ke 2 tahun lepas dah pernah rasa.  tapi takde ape la lepas 2,3 hari hilanglah dia. cuma kalau nak gelak tu berkerut dahi je. Aku ni dah la spesis suka gelak. Tapi aku tensen gak bila pikir2 yang doktor cakap tu.  Tambah2 appointment xray nun bulan 10 nun lama lagi.. kalau orang kawin pun agaknye dah beranak dah kot..

Time bangun tido pagi tu la agak tensen jugak aku rasa.. sebab apa.. bila bangun pagi tu dia ada rasa lain macam sikit.  camane nk cakap ye aku sendiri pun tak tau.. Rasa macam x cukup oksigen dalam badan,. rasa dingin ke ape.. macam racun yang mengalir dalam darah.. walaupun aku tak pernah minum racun erk.. macam minum klorox.. tapi klorox pun tak pernah minum.. ish ape2 jela.. then nadi/jantung mula la laju macam main kejar2.. bila aku bangun dah amik tuala nak gi mandi kompem aku akan landing balik atas katil.. lepas tu baru gi mandi.. stress nye aku aaaaaaaaa.. nak nangis p0n ada.. sebab yela kalau korang macam tu then doktor pun suspek kanser tapi doktor kata xray hujung tahun.. mau nye x stress.. ibarat membiarkan diri tanpa sebarang pantang tanpa sebarang rawatan tanpa sebarang confirmation betol ke tidak tu kanser.  aku nak makan pun dah jadi serba salah sebab kalau kanser kena pantang.  Tapi bila lama2 tak rasa pape dah.. Aku tengok simptom kanser paru2 adalah seperti:-
  1. Sakit yang berulang...Aku takde sakit berulang
  2. Batuk berpanjangan.. aku tak batuk..sekali 2 tu biasa la orang gila pun batuk kot.. 
  3. kahak berdarah.. batuk pun tak, tang mana ada kahaknya.. Then 
  4. Bila cek dengan stateskop bunyi nafas paru2 tu macam kertas pasir.  Aku punye bukan bunyi berdesir macam kertas pasir tapi bunyi nafas pun takde.. haha :p 


So aku mula tolak andaian doktor tu.  Lama2 aku kata la bukan kanser dengan konfiden nye.  So aku makan xpayah nak pantang la..

Tapi aku still searching pasal lain.. sebab aku nak tau jugak apa yang putih tu. Aku suspek angin pulak sebab dari perkongsian2 cerita dan pengalaman orang lain ada yang sesak nafas dah macam sakit jantung tapi bila pergi jumpa hospital doktor kata takde ape2 and xray xde masalah.

Kalau orang yang ada sakit jantung diorang boleh kenalpasti tandanya macam :-

  • sakit pada rahang atau leher kanan, 
  • sakit kat lengan kanan.. 
  • sakit dada kanan.. 
  • cepat berpeluh walaupun duk dekat aicond
  • sakit kepala, 
  • degupan jantung laju.. 



lagi aku tak ingat.. hehe selamba je tak ingat.  Tapi kenapa semuanya kanan..? yaa sebab jantung tu kan dia melencong ke kanan.. eh kiri.. eh.. haa gini la kalau korang lihat kat diri korang, korang cakap la kiri kalau korang tengok pada orang lain korang sebut la kanan.. payah sangat.. So berbalik kepada orang yang sesak nafas tu doktor akan kata mungkin masalah angin.  Angin yang banyak dalam badan kadang2 boleh berkumpul dan tersekat kat sendi atau kawasan2 tertentu boleh sebabkan sesak nafas. So aku kata pada diri aku..masalah angin saja.  Tapi.. angin tidak boleh discan.. Sebab tu doktor2 tu kata dari pemeriksaan xray mereka takde ape2 masalah.

Ok aku kaji lain pulak.. dalam banyak2 yang aku search aku jumpa pasal hernia hiatal and lebih aku tumpukan pasal Diaphragmatic hernia.  Apa yang aku paham ialah organ perut atau usus tu masuk ke dada melalui satu lubang abnormal pada diafragma.  Asid refluks banyak sangat menolak dinding perut ke dada. Jadi masalah tu akan sebabkan kesukaran bernafas dan tiada bunyi nafas pada paru sebab paru-paru takleh berkembang secara normal sebab terdesak ngan organ tu.  Dari xray akan nampak bentuk dada kiri kanan tidak simetri. Aku suspek yang ini maybe ada kaitan sebab time doktor suruh tarik nafas selalu je cakap "saya tak dengar la.. tarik nafas.. buka mulut.. saya tak dengar la.." aku pun paham apa yang doktor ni tak dengar (sebab time tu aku tak tau yg boleh dengar paru-paru bernafas guna stateskop tu).. lagi 1 kalau aku minum air banyak2 then aku baring rasa x selesa macam air bertakung kt bawah rusuk kiri. tu yang aku malas nak minum air banyak2 tu tapi minum jugak.. denggi kan.. kena la minum.. tapi kes diaphragmatic hernia biasanya berlaku kat bayi yang baru lahir. aku x rasa apa pun sekarang.. so tolak tepi,.. dah semuanya tolak tepi la,,,

  



Sekarang aku biarkan je x search ape2.. dalam pada x search pun aku pikir jugak pasal kanser tu.. sebab kanser paru2 antara kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal hanya dikesan bila dah stage 4 camtu ha yang dah susah nak diubati.  Kalau ada yang dapat kesan awal pun secara tidak sengaja samada melalui ujian kahak ataupun xray.  Ada yang aku ternampak dalam facebook salah sorang lecturer aku post berita kawannya meninggal selepas melahirkan anak.. bukan meninggal sebab bersalin tapi sebab kanser.  katanya menghidap 4 kanser.. Bila aku stalk rupanya dia sebenarnya menghidap kanser serviks but then kanser tu dah merebak ke tulang, hati dan payudara.  Kat sini kanser primary adalah kanser serviks dan yang lain nya adalah kanser sekunder yang mana terjadi hasil dari perebakan tu.  Tapi dia x sedar ke?? tak ada tanda?? pada aku maybe dia sedar sikit2 cuma mungkin dia tak rasa ia serius.. mungkin.. Sekarang kalau aku dengar pasal kanser2 jadi tersentak sikit kompem aku toleh 2 kali.  Macam sorang adik yang dalam bintang bersama bintang haritu.. doktor suspek dia kanser paru2 since umur 3 bulan and sekarang i think umur dia around 3,4,5 cuma ada masa 3 bulan lagi untuk hidup.. semoga Allah panjangkan umur adik tu. Doktor hanya meramal Allah yang tentukan.

Haa benda baru yang aku jumpa ialah pasal peti suara..bukan peti surat ok..peti sejuk pon bukan apatah lagi peti besi.. peti suara rupanya ada hubungkait dengan paru2.. nafas dari paru2 yang akan menggetarkan peti suara saat dia melalui peti suara tu.. so menghasilkan bunyi huruf2 yang disebut.  kalau ada ketumbuhan maybe akan menyebabkan timbulnya masalah dalam pertuturan tu.. jadi ada sebutan yang tidak jelas.  tapi ketumbuhan kat mana tu aku lupa.. eh aku terpikir orang bisu tu kenapa dia bisu? disebabkan apa? tapi orang dalam opis aku tu bisu jugak but sometimes when he try to say something ada jugak bunyi cikit2..

Sekarang aku rasa macam nak kaitkan pulak dengan kanser usus.. Dah apasal pulak usus xde kena mengena dengan paru-paru kot.. tah nye sebab dia jiran la kot.. kekadang sakit perut jadi crampt. aku jarang sakit perut.. kalau period pun aku jarang sakit perut.. yela setengah orang kan asal period je senggugut. pastu ada la masalah lain yang buat aku kena google..google lagii.. dari apa yang aku belek tu masalah tu kebanyakannya bawak ke kes kanser usus yang mana kena segera jumpa doktor. aku pun takut jugak tapi aku wat tak kisah la sebab apa.. sebab scan aku bulan 10..tunggu je yang tu.. so sekarang xde ape la kdg2 ada tu wat derk jela..

Dah xpelah.. So aku tunggu scan bulan 10 jelah abis citer.. malas dah aku nak pikir.. cari banyak2 serabut pulak.. so anggap saje takde ape2 and apa yang jadi tu hanyalah effect dari denggi. ape2 jelah.. tiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  kalau aku tak masuk wad sebab denggi dah sah2 la aku takkan pernah nye nak wat medical checkup kecuali kalau memang kena buat untuk masuk universiti atau keje.. sebab aku memang x reti nak pegi sepital dan kalau aku kena pegi aku rasa aku tak tau nk kena pegi mana situ ke sini ke kena daftar ke ape ke.. so apa2 masalah aku ignore saje la abis citer.. malas la aku nak pikir.. tunggu jelaaa...













Tuesday, 26 May 2015

Hargai Persahabatan

Assalamualaikum

Sekarang hampir ke penghujung bulan mei.. Actually aku ada idea nak menulis di blog ni..nak tulis ni nak tulis tu.. tapi x berkesempatan.. bila berkesempatan aku ralit duk tengok benda lain pulak.. bila nak bukak blog dah ngantuk.. huaghh.. cenggitu jela sampai sudah..

Ok untuk entry ni aku nak ceritakan pasal persahabatan aku. Dah kenapa persahabatan pulak.. yela bila timbulnya sesuatu krisis dalam persahabatan disebabkan sesuatu perkara samada kecil atau besar jadi tak best la..

Biasa la dalam persahabatan sape2 sekalipun mesti sedikit sebanyak ada perselisihan faham.. macam hidup berumah tangga. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak gusi.. eh silap.. suami isteri.. hehe.. cuma yang ni takde rumah takde tangga. macam gang aku jugak.. Muna and Da Gang. Aku bersyukur dapat kawan ngan gang ni yang betul2 buat aku dapat merasai erti bersahabat tu.. jangan diceritakan berkaitan zaman persekolahan.. ada tapi datang dan pergi.. Gang ni dah lama wujud. sudah 8 tahun. dari zaman poli umur 18 tahun hingga sekarang umur 26 tahun.. ada yang dah berkawin dan akan berkahwin x kurang juga yang masih single.

Masing2 dah kenal perangai masing2.. So apa masalah nye apa yang cuba disampaikan ni.. x paham betol aku.. xde la.. kisah nya sebab percutian ke Port Dickson. Disebabkan nanti hujung bulan ogos fatin akan berkahwin, dalam aku duk saje2,  mai terlintas dalam kepala otak aku ni nak pegi jalan2 ngan diorang.. habiskan masa bersama ..main air pantai. dah lama aku x main air pantai.. lagi pun saje kalau boleh aku nak spent masa lama ckit sebab biasa jumpa pun kejap je bape jam je sekali jumpa.  itu pn selepas beberapa bulan. Nanti bila fatin kawin and ada anak.. sama la nadia ngan suha pun.. kang dah tak boleh nak wat macam tu.. Lagi pulak nanti aku pun nak kena wat ct scan bulan 10.. kalau ada sakit ape2 kan susah dah nak suka suki..


Plan dah dibuat sejak awal bulan mei dan semua setuju yang kita akan pergi pada 23 mei.. memang la tengah bulan xde duit tapi aku x boleh buat hujung bulan sebab nanti mak aku datang sini cuti sekolah anak menakan aku 2 minggu takkan aku pulak merayap pergi bercuti.. So diorang pun sepakat pinjam duit hani nanti. hani pun dah setuju.  ok abis kat situ. Bila minggu berganti minggu sampai la ke tarikh 22 mei. Asal nye mak aku maybe tak datang lg 28 hb tu sbb nanti kakak aku balik pergi kenduri adik ipar dia dulu.  Aku pun teragak2 nak tunda tarikh percutian tu. tapi aku tak tunda pun.

Aku ajak jugak Ekin sekali join kitorang.. awal dulu dia tanak sebab xde duit tapi aku selalu tanya dia.. dia dalam proses memutihkan kulit sebab sblm tu dah pegi bercuti,, aku dah suruh dah dia minum qu puteh.. kikiki.. and akhirnya dia pun minat nak join.  siap mintak petunjuk,, tapi ditakdirkan dia xleh join sebab kena jadi driver adik pulak dia time tu. ok xpelah.. Then aku saje 2 cakap kat group whatsapp  tu suggest tunda percutian tu ke minggu 1 lg tapi hani cakap xboleh sebab ada kenduri.  ying nak balik kg.. fatin pun nak balik kg. ok aku x cakap ape2.. then aku tanya la nanti fatin nak naik kete aku ke kete hani ape sume kan..  fatin tnya aku eh jadi ke nak pegi esok.. dia ingt x jadi. then hani pun tanya sekali.  yang lain pun. pastu nadia cakap dia xtau leh pegi ke tak sebab dia demam.. aku memang paham sangat ngan nadia.. time hujung2 suka sangat cakap xleh pegi.. aku kompem bila dia cakap macam tu orang lain pun akan ngikut sikit2.. fatin kata dia yang tak pergi sebab dia ingat x jadi. dia dah janji nak balik jumpa mak dia.. ok aku takde la tanya sebab dia dah janji ngan mak dia tapi aku terpikir dalam kepala otak aku ni bape kali fatin ni nak balik kg.. awal2 tadi kata nak balik minggu depan tu.. tapi minggu ni pun balik jugak..

Suha pulak cakap kalau nadia ngan fatin x pergi dia pun tanak pegi.. tapi nadia bagitau balik yang dia pegi.. demam sikit2 je,. Then ying cakap dia ingatkan x jadi sebab x update ape2.. suha pun mengiyakan.. hani pun mengiyakan.. yela ok lah aku mengaku salah la aku tak update tiap masa pasal ni cuma aku pegang pada tarikh yang dibuat awal2 tu je dengan anggapan sume orang ingat. Tapi time aku chat ngan ying 2 hari sebelum tu ying ada tanya aku jadi ke tak.. aku dah cakap jadi.. ying kata ingatkan x jadi sebab x dengar apa2.. aku cakap la jadi lagi takat ni.. cuma x bunyi je radio rosak aku cakap haha.. Tapi yang lain takde tanya aku xdela cakap ape2.

Depa tanya la aku nak tinggal kat mana..x kelam kabut ke sebab hotel tak book.. ye hotel tak book.. memang aku tak pandai bab ni sebab biasanya aku ikut orang je. Tapi aku yakin hotel boleh cari hari tu.. xkan nye semua hotel penuh sepenuh nya..at least akan ada kosong walaupun kecik..tapi kita kan memang nk cari bilik kecik je. lagi pun time tu bukan cuti sekolah.. hotel kat PD tu ada berlambak siap berjiran kiri kanan depan belakang lagi.. kalau pun mahal ckit kita kan kongsi 6 orang jadi xde la rasa berat sangat. ying pulak bagi idea tanak pergi.. Aku dah ready walaupun aku belum kemas apa2 barang. tapi setakat pergi sehari aku sumbat masuk beg selai dua baju siap la. Aku kata xpelah kita pergi mana ada jela..fatin sorang je pun tak dapat pergi,, nadia suggest pegi 1 kete je ok la.. Tapi diorang nak tukar tarikh lain sebab x prepare ape2.. Aku tak tau nak jawab ape.. camane sorang nak lawan 4,5 orang ni.. sedih.. huhu.. aku diam jela.. sebab orang dah biasa cakap aku xde perasaan.. maybe..


Maybe aku x pandai dalam planning. Memang aku ngaku aku salah sebab x update sebab aku bajet semua orang takkan tukar plan lain.. Tapi diorang pun takde tanya sepatah pun kat aku. ying ada la tanya.  sekarang sume tanak pegi. apa yang aku imagine apa yang aku nak buat dalam kepala aku semuanya ilang macam asap.. Aku nekad lain kali aku xkan ikut percutian lagi kecuali ikut family aku. Cukuplah berjumpa seperti biasa, malas dah aku nak mengalah.. tapi xtau la hari lain aku ubah pikiran kan.. tengok keadaan..

Nadia ajak aku pergi juga esoknya. aku tak paksa dia tapi dia ajak pergi. Dia ajak jugak hani tapi hani kata x.. suha pun taknak pegi. Dia call ying dari malam bawak ke pagi sampai habis kredit pun ying tak angkat.. kalau ying nak kata tanak ikut atau xde kredit boleh diterima tapi kalau boleh angkat la call walaupun sekali atau balas masej.. huhu.. xpelah kami pergi la 2 orang. Aku tak tau jalan ke PD tapi husband nadia yg bagitau jalan. Kami dah sesat sekali terpaksa u-turn.. sampai PD kami pusing u-turn berkali2 cari hotel yang berdekatan pantai dan yang murah.  walaupun berkali2 kami u-turn dalam PD., hampir pergi ke melaka tapi pusing balik pastu pergi balik tempat sama ni tapi sekurang2nya kami dapat sampai ke destinasi yang kami cari.. dari tak tau jalan sampai aku rasa macam dah naik hafal tempat dan jalan kat PD ni..

Sedih jugak bila apa yang aku plan tu tak jadi tapi aku ngaku juga salah aku x update tu plus salah aku tak mengalah dengan diorang.. Aku mengaku salah aku mintak maaf.  tak ada gunanya nak merajuk lama2.. diorang kawan2 aku yg paling rapat dan paling paham perangai aku, Lagi pun geng ni bukan x penah ada yang merajuk..tapi kenapa nak menyepikan diri.? tiada respon. kalau ada masalah dalam perhubungan, yang harus diselesaikan ialah masalah tu bukannya memutuskan perhubungan.





Maafkan kami.. 
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami..
maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami..
bape banyak maaf daa..