Powered by Cincopa

...

Sunday, 1 May 2016

new job

Assalamualaikum

Lepas bersara dari keje first tu aku balik kampung jelah duk kampung jelah jaga anak jelah..  hari2 duk jaga budak 2 orang tu,. Dah la dua2 nye degil.. si abang xnak mengalah dengan adik.. si adik 2x5 degil.. dah kena bebel ngn tokmek diorang lagi kang.. aku nak apply keje pun x menyempat.. kalau ada company yang bagi task sebelum interview tu pun aku tak sempat nak buat..serabut pulak rasa.. dah la tunggu orang panggil interview x panggil2..call dari agen insurans pulak yang berlambak masuk..celcom la..cimb la..prudential la ape la.. buat orang kompius je.

Cuti sekolah bawak bebudak ni gi KL la macam biasa kat mak diorang.  Then aku dapat offer interview dari Mydin subang.. tempat Nadia keje..interview ok la tapi dia punye gap masa untuk dia reply samada dapat ke tak tu sangat lama. makan masa sebulan.

Then aku dapat la call dari Megan Pasifika. actually diorang dah call lama tapi itu la.. bila aku cek no tu kat internet kuar link yang macam ape tah aku tak paham so aku kategorikan dalam list2 insurans jugak la. Diorang call by handphone then aku pegi jelah interview kat sg,buloh. company ni buat construction. kilang. built-in specialist.. buat interior design.  Aku dah cakap aku sebelum ni buat modelling je.. rendering tu buat basic2 je. xtau sgt. autocad xtau. Tapi bos tu ok je. So bermula dari 14 Disember 2015 bermula la keje aku yang kedua di Megan Pasifika Sdn. Bhd. Awal2 tu agak selalu la kena ngan si Asyraf tu.,. Asyraf tu senior kat situ,. Bila dia suruh design bilik and aku buat jelah ikut suka aku then dia tgk ada jela yg tak kena,, siling tu kenapa macam tu.. wardrobe tu kenapa macam tu.. then dia suruh design ikut dia sketch kat kertas tu. Itu la cara nya kalau nak suruh aku buat dia akan sketch or bagitau nak kena buat macamana.  so makin lama aku boleh baiki la design tu.dari segi lighting or camera or design..

Dan banyak jugak la yang aku belajar. Benda2 yang tak pernah aku dengar yang diorang guna dalam construction macam laminate, skirting, cornice, wood grain, pelmet, macam2 la.. kat situ kalau tak ramai orang macam company lama kat atas ada la lebih kurang 10 orang..bawah ada la 3 orang. aku kat team ID. and aku satu2 nye pompuan. haa aku lupa diorang kat situ guna 3d max 2011.. aku jadi blur nak guna plus aku dah tinggal sebulan lebih benda alah tu. So keje tu jadi agak lambat la. aku kompem memang kena la jap lg.  memang bos panggil la. aku cakap aku tak biasa guna 2011.. aku akan abiasakan diri dalam minggu tu.. nasib baik aku boleh recall balik kat kepala hotak ni pasal 3d max. selain aku dan asyraf ada la si Heidi yang buat drawing. then masuk pulak si safwan ni dalam team ID. Actually wan ni ada twin gak.. so maknanya team ID ada 2 pasang kembar.

Aku dah bagitau aku ni bukan background ID.  So aku tak pandai sangat bab design.. aku boleh wat kalau ikut sketch diorang je. walaupun kitorang berbeza dalam erti kata lain si wan ngan asyraf tu lagi terror sebab diorang background ID., TAPI diorang taktau sangat bab modelling berbanding aku.  asyraf kata diorang tau mencantikkan je tak mahir sangat bab modelling. aku pulak bukan la mahir atau terror bab modelling tapi boleh la tau la jugak sikit2 skill2 yang aku belajar dari Ah Mao masa kat CKG, thanks to Ah mao.. haha.. so kalau wan ngn asyraf tak tau pasal modelling diorang akan tanya aku.. so dari situ kitorang share knowledge sesama sendiri la.. Bos Mr Eric ok saje dia pun bukan tau bab design.. dia tgk cantik je dia suka je.  tapi sekarang ni Mr Murphy masuk company ni sebagai ID director. so kena jugak la.. itu tak kena ini tak kena..ermm..

At first aku rasa dia ok je.. baru masuk tapi dia amik tau pasal semua projek yang ada..nampak dedikasi nye.. padan dengan experience berpuluh tahun. tapi makin lama makin takut pulak aku haha. Mr Murphy agak tegas.. dia nk design sekian sekian.. kalau depan aku dia tengok ok.. then bila wan nk edit dia kata kureng plk.. xpelah belajar la.. Che baru masuk sebulan.. asyik kena tembak so dia dah berenti keje lepas abis sebulan..err.. xpelah mr murphy tak bagi dia berenti pun dia yang nk berenti,xpelah.

**  Hope boleh stay lama lagi la..itu jela..