Assalamualaikum..
Agak bersawang jugak la blog ni bila lama x menulis.. Dah xde apa yang nak dicoretkan.. diam saja sudah. Baru-baru ni aku kena demam denggi. tak tau bila masa nyamuk gigit aku.. kurang asam jawa betul nyamuk.. masuk wad 3 hari kat HKL. Permulaan cerita nya hari khamis aku just rasa sejuk je nak gi keje.. x rasa lapar.. asyik terlelap je. balik keje aku baring2,. tak makan nasik pun.. tertido sampai esoknya. esoknya aku x gi keje.. sebab bila baring and terus bangun aku rasa tunggang terbalik.. sakit sendi.. aku solat pun duduk.. hari sabtu pn aku x gi keje.. ahad malam aku ikut kakak aku pegi keje kt HKL la.. aku suruh dia ambik darah aku untuk test.. takut denggi ooo..maklum la sekarang musim denggi.. kang mati pulak aku.. platelet aku ok lg 116..rendah tapi belum mencapai bawah 100 untuk kaitkan dengan denggi.. happy.. tapi still x makan.. rasa lapar tapi bila makan mulut rasa pahit..
Isnin aku ingt nk gi keje tapi aku rasa xpayah la..esoknya la.. malam tu ambik darah lagi sekali untuk test.. kakak aku beli chicken chop tapi aku makan sikit je. esoknya kakak aku call kata xpayah gi keje.. pegi mandi pegi emergency..platelet aku 84 ke bape.. mak aii cepatnya turun.. aku terus bangun nak pegi mandi..bila bangun berdiri mata jd gelap.. aku landing balik..bangun balik jd camtu balik.. ala camana nak pegi mandi ni.. aku duduk dulu kejap.. bagi rileks dulu. nasib baik kaklong aku x keje aritu so aku pegi dengan dia la kt OPD.. lagi pun dia pun keje HKL. fisio.. dia tolong jawab sebab aku tak paham Dr tu speaking.. then kena tahan wad.. 3 hari.. oh denggi xpayah bayar la..haha
Pengalaman kena masukkan air garam yang memedihkan urat macam nak putus.. kena minum ubat potasium yang payau.. dengan minum air garam. tapi aku cepat leh tanggalkan drip sebab aku minum banyak air.. cumanya Dr kata maybe aku ada pleural effusion.. air kat paru2.. sebab dia cek pernafasan aku problem. So aku kena wat xray.. tapi sebab sinar xray tu terlalu kuat so Dr susah nak tengok nak kata ada macam takde..nak kata takde macam ada.. so Dr kena refer sendiri kat jabatan xray.. Dr kat situ ok sume.. sorang pegawai perubatan akan round sekali then tanya pesakit samada ada sesak nafas.. cirit birit..muntah..gigi gusi berdarah..ruam.. tanya la semua.. tiap kali check dia akan tanya benda sama..sehari 2 3 kali.. then bila Dr yang lagi tinggi pangkatnya datang diorang akan round lg sekali,,bila datang Dr yang lagi tinggi dia akan round lagi sekali.. tiap kali cek tu la doktor-doktor tu tengok aku punya xray.. diorang pun pelik.. nak tengok ada pleural effusion tu satu hal..lagi 1 hal pulak aku punya xray bawah tu ada putih.. apa tu.. takut..
Tak tau la kenapa bila duk wad dah la kol 12 lebih baru terlelap..itu pun tiap kali aku tersedar jam 3.30 pagi then gi toilet kompem lepas tu aku xleh tido dah..terkebil2 kat situ sampai nurse datang untuk round cek BP kol 4 pagi pastu Dr datang round untuk ambil darah jam 5.30.. aku takleh tido dah.. yang lucunya aku bukan senang nak minum air 3 liter sehari.. biasanya pun kira 1 liter je kot sehari. jenuh kot nak minum berliter2 ni.. tapi disebabkan dia dah sediakan air kat situ dengan cawan yang ada sukatannya maka kerja aku minum sambil sukat la. minum air kopi pagi aku sukat..minum air tembikai aku sukat..air cendol aku sukat.. air mineral lagi la sukat.. sume nye sukat la.. tak ke macam orang gila tu.. menyukat je kerjanya.. nak jual ke.. then kena tulis kat kertas.. aku paksa je minum selagi boleh.. h0h0h0.. malam tu aku tak tulis lagi kat kertas.. ala kena minum la ni kang tak tulis pulak.. kang nurse kutip pulak.. orang lain maybe sekali tulis tu bape puluh ml je sekali minum tapi aku alang-alang isi air dalam cawan tu biar penuh terus cukup 250 ml wakakaka.. then aku tulis.. termenung kejap.. ok sambung minum lagi 250 ml.. haa boleh lagi kot..minum lagi 250 ml.. ok2 yang ni last ni 250 ml.. total nya 1000 ml..woww.. nak habis air sebotol besar tu.. tapi... bila nurse datang cek suhu cek tekanan darah dia pesan kat aku apa.. "kak azianti (tau la aku ni 26 tahun) kalau boleh kurangkan minum air ye sebab semalam minum banyak air masuk paru-paru.." aku jawab oooo.. tapi ikutkan aku nak cakap macam ni "kenapa tak bagitau awal2.. penat tau nak minum banyak2 ni.." err haha then esoknya bila Dr tengok kat report tu air aku minum 4 liter kot.. hati aku kata woww rajinnya aku minum.. Dr tu ternganga.. dia cakap kat aku "maksimum 2 liter sahaja.." aku jawab la "dah Dr kata kena minum banyak air saya minum la..".. dia cakap kat Dr lain xpela dia masih muda..
Hari ke 3 Dr cek platelet ok walaupun masih 90 tapi Dr kata xpe sebab lepas ni akan naik.. dah tak payah makan ubat potasium so Dr kata boleh balik la.. sebab aku kata aku balik petang so dalam pukul 10.30 Dr ambik darah lagi sekali la.. Dr tu dah refer kat jabatan xray.. tengahari tu Dr tu tanya aku balik sebab aku pernah cakap yang kadang2 aku rasa saluran pernafasan aku macam sempit.. Dr tu tanya la balik sejak bila.. kenapa tak cek.. aku punya report xray cuma minimal effusion.. so ok la x payah tebuk2.. tapi Dr yang tinggi pangkat cikit tu tertanya apa yang putih kat bawah tu.. dia ambik no tepon aku untuk panggil bila2.. tapi xde call pun. ni dia punya last reporting.. yang xray punye aku xde bawak balik.. xyah la papar kt sini.
Disebabkan rasa ingin tahu so aku belek2 jugak blog2 dalam tenet.. ada yang dia punya xray hampir keseluruhan paru2 kanan dia putih and Dr pun xtau then last dia disahkan kanser lymphoma.. aku pulak yang takut. then menambahkan ketakutan aku bila orang tu update dia punya rawatan kimo sampai dia sihat sampai apa yang menyentap aku bila dia dh meninggal. aku dah mula tak senang duduk.. aku x fokus dengan kerja aku.. sampai lama aku nak siapkan satu2 kerja.. duk terpikir2 ni dalam otak ni.. taknak pikir pun terpikir jugak.. pada masa sama aku tengok blog org lain yang sama kes mcm tu.. ada yang tak buat kimo tapi buat rawatan alternatif.. dari maklumat yang diceritakan..rawatan kimo 1 rawatan kanser di mana ubat kimo yang dimasukkan ke badan akan bunuh sel kanser tapi dia x kenal sel sebab dia akan bunuh semua sel lain termasuk sel normal.. rawatan selama 6 bulan kena dikuarantin dari jumpa sape2 sebab waktu rawatan demam or selsema biasa boleh menyebabkan pesakit mati,. makanan kena pantang sebab gula dan lemak adalah musuh utama kanser. tapi ada kes yang buat rawatan kimo dan radioterapi berbelas dan berpuluh kali.. dan tapi hampir pulih sepenuhnya.. selepas 5 tahun!
Dr kata aku punya appointment untuk buat citiscan adalah pada bulan 10.. sangat lama pada aku.. penantian itu satu penyiksaan untuk tau keputusan.. yela kalau tak tau sakit apa semua benda kita belasah je.. aku harap tak ditimpa dengan penyakit yang bahaya.. kena positif..
Sebelum ini kakju cakap kat aku yang kalau Dr x call maknanya takde apa2.. dan dia sendiri dah tanyakan pada sister kat wad 20.. tapi dia cakap kat kakak aku yang Dr wad 20 suspek kanser paru-paru.. huhu.. kenapa tak cakap awal2.. cakap saje sebab aku dah bersedia dengan sebarang kemungkinan cuma aku nakkan kepastian melalui citiscan tu supaya aku boleh berjaga-jaga dengan pantang yang sepatutnya aku ikut. Ya Allah permudahan semuanya.. aamin..