Powered by Cincopa

...

Sunday 6 May 2018

nothing~

Assalamualaikum

Bila rasa nak tulis blog macam takde masa.. Bila ada masa macam kemalasan nak menaip tulis blog tu pulak..tetiba je jadi xde idea nak menulis.. tah pape..

kalau aku tulis blog pun actually aku pusing2 cakap benda sama je kan.. sebelum ni aku dah cakap dah kali ni aku cakap lagi.. tapi sebenarnya bukan aku kisah dan bukan sape kisah pun aku cakap benda sama.. sebab aku bukan tulis artikel kemasyarakatan untuk bacaan semua orang pun.. aku jugak yang baca nye pun.  ataupun sesape yang tersinggah secara tak sengaja kat blog ni. dan terbaca.. haa ingat ada orang nak baca blog senget ni suka2? orang senget je leh terima blog orang senget ni.. kalau orang skema x dapek den nak nolong.

Pernah tak korang rasa diri korang tak berguna..rasa diri korang loser..?? kalau aku terus terang aku cakap ada je.. tapi cakap kat diri sendiri la xde la cakap macam penyampai radio. heh. ape yang buat aku rasa macam loser tu? yela aku ni sometimes buat keje xleh la nk laju macam orang lain.. orang kata bukan seorang yang fast learner.. kalau nak pahamkan sesuatu tu kena slow2. tambah pulak kalau keje tu nak rushing then boss duk tunggu kat belakang..memang jadi x keruan la diknon.. pastu boss kau kata la kau ni mula la nak gelabah..slow la ape la.. kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain yang boleh buat keje cepat..boleh mudah paham..



Then aku rasa loser bila x dapat nk sempurnakan sesuatu tu macam orang lain. walhal benda tu mudah saje tapi bagi aku susah nye benda tu nak diselesaikan. dan kalau selesai pun hakikatnya ia x sempurna langsung, sekadar menyelesaikan tanggungjawab sahaja.  sebab nanti2 pun ia tetap susah nak jadi sempurna. apa yang ekau dapat..penat saje bila buat benda sama berkali2..tapi kena buat jugak. Hanya setengah orang sahaja yang paham apa yang aku tulis ni and apa yang aku maksudkan.. boleh dikatakan dalam dunia hanya sekelompok sahaja.  itu pun sebab diorang pun sama macam aku.. yang tak paham x payah la paham.  at the end u just gonna said this is ridiculous. eh.. memang rasa loser di situ. loser bila jadi alien.  Jika kita diberikan peluang untuk buat permintaan aku hanya nak masa lalu aku.


Xpelah kat dunia ni Allah uji semua orang.. tiap orang ada bahagian masing2. orang ni diuji begini orang tu diuji begitu. kita jangan pandang apa yang x betul pada orang lain tu sebagai salah dia sebaliknya pnadang ia sebagai ujian untuk dia. Itu bahagian dia, sebagai contoh la macam kakak aku. anak dia ada tahun2 yang datang problem tanak pegi sekolah. kakak aku sorang lagi pulak bebel bila anak sedara aku tu tak pegi sekolah. bebel bila mama dia macam xbalik duk kg je jaga anak dia.  tak pegi sekolah tu salah budak tu sendiri. mama nye pun dalam dilema jugak,. itu bahagian dia. Anak orang lain maybe senang pegi sekolah xyah berkeras.sebab Allah senangkan bab tu..bab lain belum tahu ujian macamana. betul ke pandangan aku ni.



Tahun ni aku dah 29 tahun. still x kawin.. bukan tanak kawin..tapi takde yang ok.. bukan memilih.. tapi setiap orang berhak memilih yang terbaik sebagai pemimpin mereka.. kuasa mengundi di tangan anda..marilah kita mengundi..jom kita mengundi..jom..jom..kita mengundi..
Alamak kompius sudah mood bertukar2 haha.. ok la ok la.. disebabkan aku rasa macam nak kawin sebelum 30 tapi dah nak dekat 30..actually aku terima jela sape yang boleh terima aku..tapi tu pun kalau aku berkenan la.



Aku kalau boleh nak lelaki yang kelakar. itu yang penting. sebab aku kan suka gelak. tanak la yang skema. 24 jam serius. tensen tau dak.. tak kaya sangat xpa cukup setakat dia ada kerja. jangan kedekut,. walaupun tak berduit tapi jangan kedekut sangat, aku kalau boleh bila kedekut bak angg aku reject sebab dari situ boleh tengok samada dia akan berkira atau x kalau beli something kat ahli keluarga kau seksok. atau dah beli pastu nak mengungkit.. nak bersedekah kedekut..  then hantaran aku takde nak mintak puluhan ribu pun kan walaupun orang sekarang nilai hantaran dari segi pelajaran. sebab aku ni takde la pandai sangat kan.. loser pulak tu.. then aku pun tau bukan senang nak kumpul duit. aku respek laki yang boleh kumpul duit beribu2 semata2 nak kawin.. sebab aku sendiri pun susah nak kumpul duit.. xde duit nak dikumpul..

Dah aku takde benda nak diceritakan lagi la..sudah2 la..babai.


No comments:

Post a Comment